Jangan berkasar pada wartawan

Kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis kepada wartawan ketika himpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak dapat diterima, apatah lagi wartawan sudah memberikan kad media (dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan) untuk membuktikan mereka datang untuk menjalankan tugas.

Beberapa orang wartawan telah dibelasah dengan teruk, dan ini adalah salah satu contoh kekejaman pihak polis yang tidak patut berlaku. Aku juga punya keluarga yang bekerja sebagai polis, dan aku tahu bukan semua polis itu jahat kerana mereka juga manusia. Cuma, kekecohan yang berlaku ketika himpunan bukanlah alasan untuk segelintir daripada mereka membuat keputusan untuk mengikut emosi. Sepatutnya latihan yang diberikan sebelum memulakan tugas harus dipraktikkan sepanjang masa. MESRA, CEPAT dan BETUL – itulah yang sepatutnya menjadi pegangan.

Wartawan separti aku tidak mempunyai apa-apa alasan untuk bermusuh dengan polis kerana sekiranya ada apa-apa yang berlaku, kepada siapa aku minta tolong kalau bukan polis, kan? Kalau ada jenayah berlaku di kawasan kejiranan kita, tentunya polis juga yang akan membantu kita kan?

Tapi apa yang berlaku kepada rakan-rakan wartawan di Kuala Lumpur adalah sesuatu yang tidak boleh berlaku sekali lagi. Kejadian tersebut adalah pengajaran untuk semua pihak, kita ini manusia tapi janganlah ambil kekerasan sebagai perkara utama ketika bertugas apatah lagi ketika berhadapan dengan mereka yang tidak mempunyai senjata. Aku juga menentang sekeras-kerasnya tindakan beberapa orang yang berkata-kata kesat kepada pihak polis. Kalau anda dimaki hamun, biarkan saja. Terimalah semua itu walaupun hati anda sakit kerana itu kerja Allah untuk membalasnya. Yakin!

Oleh itu, sempena dengan Hari Kebebasan Wartawan Sedunia baru-baru ini, aku bersama dengan wartawan-wartawan lain di Kota Kinabalu telah berkumpul di Dataran Deasoka untuk menunjukkan sokongan kami kepada wartawan yang telah cedera di belasah. Kami berpakaian hitam dan memasang reben kuning sebagai tanda solidariti untuk mengecam tindakan polis mengasari wartawan ketika bertugas. Sekian dan terima kasih!

Selamat Hari Kebebasan Wartawan Sedunia

Merdeka Daily News

The Borneo Post

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang sentiasa membantu dan memberikan kerjasama kepada wartawan di Sabah, dan semoga hubungan di antara media dan jabatan anda akan terus berkekalan.

TIADA LAGI KEKERASAN TERHADAP MEDIA. PLEASE.

P/S: Saya pun bekas Sarjan Kadet Polis di sekolah… Jurulatih sangat baik, tidak pernah berkasar.

2 Responses to Jangan berkasar pada wartawan

  1. james says:

    Polis tidak patut berkasar kepada wartawan dan wartawan juga perlu pandai bawa diri, perlu mematuhi undang-undang, jangan semata-mata kerana mahu dapat ‘good coverage’ masuk ke kawasan larangan sehingga boleh disifatkan sebagai ‘hina mahkamah’.

  2. ladymariah says:

    Pegangan pertama Etika Kewartawanan Malaysia (EKM) adalah “Wartawan melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat benar” – ini adalah paksi utama setiap pengamal media di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: