Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2012

Norikot nodi Bulan Lima…

Bulan Mei ini sudah hampir ke penghujungnya dan kita semakin hampir kepada kemuncak Pesta Kaamatan yang akan diadakan di Hongkod Koisaan (KDCA) pada 30 dan 31 haribulan nanti.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan 2012 kepada semua pembaca blog ini, semoga kita semua menjadi kaum KDM yang lebih bijak dan bersatu dalam apa situasi sekalipun. Jangan kerana politik kita berpecah, kerana undi di tangan masing-masing. Jadikan perayaan tahun ini sebagai mengimbas cerita dari lagenda Huminodun yang sanggup mengorbankan dirinya demi untuk menyelamatkan manusia yang kebuluran dan ditimpa kemarau…

Kepada anda yang masih mengamalkan aktiviti menanam padi sawah dan bukit, semoga hasil tahun ini membawa kegembiraan kepada ahli keluarga, dan jangan lupa untuk berusaha lebih di tahun akan datang.

Kita perlu bebas dan merdeka dengan acuan kita sendiri. Kopivosian Tadau Tagazo do Kaamatan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: