Tengku Razaleigh melancarkan Amanah Sabah

Tengku Razaleigh Hamzah

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang baru sahaja melebarkan sayapnya ke negeri di bawah bayu, Sabah pada 3 Jun 2012 di mana pelancaran Amanah Sabah telah disempurnakan oleh presiden Amanah Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, sejak dari dulu lagi sememangnya begitu vokal dalam perjuangan politiknya, tanpa mengira parti politik yang disertainya. Walaupun dia dari parti Umno, tapi dia akan terang-terang ‘menegur’ kalau ada perkara keterlaluan yang dilakukan oleh mana-mana ahli parti.

Pada hari tersebut, aku bersama dengan wartawan-wartawan yang lain sudah berteka-teki, samada presiden Amanah Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing akan mengisytiharkan dirinya keluar daripada parti UPKO, memandangkan kedengaran desas-desus dia mahu menyertai parti pembangkang.

Malangnya, ucapan alu-aluannya cuma mengulang beberapa perkara ‘pending’ di Sabah yang tidak diselesaikan oleh pemerintah. Kebanyakan isu yang dia sebutkan dalam ucapan alu-aluan sudah diulang beberapa kali.

Manakala, Tengku Razaleigh dalam ucapannya mengulang kembali apa yang dikatakannya ketika Ceramah Umum: Minyak SABAH Milik Siapa? pada tahun 2010 bahawa peratus royalti minyak untuk negeri Sabah adalah terpulang kepada rakyat Sabah untuk menentukan berapakah yang mereka mahukan.

Menurut Tengku Razaleigh juga, tidak ada sesuatu yang kekal dalam perjanjian itu memandangkan 5 peratus yang dijanjikan ketika itu adalah apa yang dipersetujui pemimpin ketika itu, dan sekiranya tidak mencukupi maka rakyat Sabah mempunyai hak untuk meminta lebih, sesuai dengan keperluan untuk pembangunnya masa kini.

Kalau tidak cukup katanya, maka harus dirunding semula… Kebetulan ketika itu, Tengku merupakan pengerusi Petronas.

Walau bagaimanapun, Tengku Razaleigh menegaskan tidak ada gunanya meminta royalti minyak walaupun setinggi 50% kalau wang dibelanjakan tidak memberikan faedah kepada rakyat secara langsung. Maksudnya, tidak ada guna wang dari persekutuan disalurkan ke dalam kerajaan negeri sekiranya yang mengaut keuntungan adalah pemimpin yang tamak haloba. Walau 0.5% pun royalti minyak yang diminta tapi disalurkan dengan telus dan jujur kepada rakyat melalui proses yang amanah maka itulah yang lebih baik daripada 50% tadi.

SABAH BUKAN DIJAJAH, HENTIKAN PERBEZAAN HARGA
Apa yang menarik bagi aku, ketika ucapan perasmian tersebut Tengku Razaleigh juga menyeru rakyat Sabah untuk melihat sendiri apa yang berlaku di Sabah ketika ini.

Dia mahu rakyat bertanya sendiri kepada diri mereka, apakah yang mereka kecapi sekarang ini sudah cukup berbanding dengan apa yang diperolehi oleh negeri-negeri lain di Semenanjung?

Tengku Razaleigh menegaskan Sabah bukan lagi negeri yang dijajah, jadi kenapa perlu ada perbezaan harga barang yang berlaku di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi di negeri ini.

Bekas  menteri kewangan dan pengerusi World Bank itu juga menegaskan jarak yang memisahkan Sabah, Sarawak dan Semenanjung bukan bermakna pemerintah boleh membezakan hak mereka sebagai rakyat yang berpijak di negara yang sama, memandangkan perbezaan harga barangan adalah disebabkan oleh DASAR ataupun POLISI yang menjerat rakyat.

Dasar ‘1 Harga, 1 Negara’ adalah wajar untuk diperkenalkan serta merta untuk memastikan tiada perbezaan di antara rakyat. Itu adalah usaha yang perlu diusahakan oleh pemerintah sendiri, katanya.

Dasar perkapalan yang hanya membenarkan syarikat tertentu (SAHAJA) menghantar barang ke Sabah dilihat tidak membawa kebaikan untuk kedua-dua pihak, sedangkan kapal dari luar boleh datang sendiri ke pelabuhan Sabah (kalau dasar dihapuskan atau dipinda).

Mengambil contoh di negara Amerika yang mepunyai wilayah besar, Tengku berkata konsep menyeragamkan harga ke seluruh negara adalah dasar yang patut dicontohi, dan bukan dinafikan.

Namun, dasar perbezaan harga barang diantara Sabah, sarawak dan Semenanjung adalah salah satu bukti nyata kenapa Najib begitu berusaha untuk menyatukan rakyat dengan ‘kata-kata’, bukan dengan memusnahkan DASAR yang membelenggu rakyat. Rakyat akan bersatu jika dasar negara tidak berat sebelah…

Dia menyelar slogan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak sebagai slogan yang tidak mempunyai keperluan kerana slogan tersebut menunjukkan pemimpin tersebut tidak mempunyai keyakinan bahawa boleh rakyat bersatu.

Walau bagaimanapun, pengumuman Najib untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah mendapat respon positif dari Tengku Razaleigh yang menggesa Najib untuk mempercepatkan suruhanjaya tersebut dengan melantik badan bebas untuk mencari punca dari akar, demi untuk keselamatan negara.

Katanya, banyak benda yang berlaku di negara ini berada di luar perlembagaan, maka kerana itulah rakyat mula sangsi. Tengku Razaleigh berharap Amanah Sabah akan menjadi platform bebas untuk membantu mencapai impian Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman. Imbas kembali ketika pelancaran Amanah Malaysia, Tengku Razaleigh  mengucapkan kembali kata-kata Tunku:

“Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain- Melayu, Cina, India, Dayak, kadazan, Siam dan lain-lain lagi… Orang Islam,, Buddha, Hindu, Kristina dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ikhlas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan orang lain. Sebagai anggota keluarga yang ikhlas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin dan yang sudah berjaya hendaklah menolong mereka yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap otang akan berasa gembira, barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia” – Tunku Abdul,Rahma Putra Al-Haj.

Upacara persamian Amanah Sabah itu juga dihadiri oleh Datok Ong Tee Keat (Timbalan Presiden) Datu Amir Kahar Tun Mustapha (Timbalan Presiden), Tansi Simon Sipaun (Naib Presiden) dan Mohd Lukhman Ghani (Naib Presiden).

Manakala, veteren politician seperti Datuk Osu Sukam, Datuk lajim Ukin, Datuk Mijul Mahap dan Datuk John Ghani juga bersama-sama menyambut kedatangan Tengku Razaleigh.

One Response to Tengku Razaleigh melancarkan Amanah Sabah

  1. Saya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete. Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com
    Sebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di universiti malaya.
    Ini ada kempen kesedaran saya buat dlm kesibukan bekerja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: