Harapan Orang Asal Sabah: Kembalikan Tanah Adat

Banyak tanah-tanah adat di Sabah yang dirampas oleh kerajaan kemudian mewartakan sebagai hutan simpan untuk aktiviti pembalakan, mahupun untuk pelaksanaan projek mega bagi menggumpul dana untuk memajukan negeri.

Ada juga syarikat swasta yang memohon tanah mereka di jabatan tanah untuk tujuan pertanian secara besar-besaran.

Malangnya, terdapat banyak pewartaan dan pemberian tanah tersebut berlaku di luar pengetahun orang asal yang sudah lama menduduki tanah tersebut. Tanpa sedar, mereka sebenarnya menduduki tanah adat mereka secara haram kerana tanah tersebut bukan milik mereka secara sah (hitam-putih).

Walau bagaimanapun, setelah beberapa konflik berlaku dan kajian dibuat oleh pakar, ternyata orang asal di Sabah mempunyai harapan untuk mendapatkan kembali tanah mereka daripada kerajaan, yang penting caranya betul.

Begitulah pamahaman aku selepas mendengar penjelasan daripada pakar, Prof. Dr. Fadzilah Majid- Cooke dan peguam berpengalaman Ram Singh pada pendengaran awam Suhakam berkenaan hak orang asal ke atas tanah adat pada hari ke empat dan ke limadi Wisma Sedco Wawasan Plaza.

TANAH ADAT DIRAMPAS OLEH KERAJAAN NEGERI DAN SYARIKAT SWASTA

Prof. Dr. Fadzilah Majid- Cooke, mempunyai 10 tahun pengalaman dalam mengkaji kesan sosial terhadap hak asasi orang asal di negeri ini berkata orang asal di Sabah mempunyai hak, malah mempunyai harapan untuk mendapatkan kembali tanah adat mereka yang dipercayai ‘dirampas’ oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, kebanyakan tanah adat di Sabah telah diambil oleh pihak kerajaan untuk tujuan hutan simpan selepas pewartaan Enakmen Hutan 1968 di mana semua tanah yang diwartakan sebagai hutan simpan tidak boleh didiami dan diusik oleh mana-mana pihak.

Maknanya, tanah tersebut bukanlah milik individu tertentu dan rakyat masih boleh menuntut kerana kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kepentingan dan hak asasi orang asal.

Tidak seperti di negara-negara seperti Thailand, Cambodia dan Indonesia (di Jawa dan Sulawesi) di mana tanah orang asal dimiliki oleh syarikat persendirian dan menyebabkan orang asal berhutang dengan mereka kerana dianggap menceroboh ataupun atas sebab-sebab tertentu.

Prof. Madya Dr Fadzillah Majid-Cooke, saksi pakar yang dipanggil SUHAKAM untuk memberikan keterangan berhubung isu Orang Asal di Sabah

Dr. Fadzilah juga menegaskan bahawa walaupun orang asal tidak mempunyai hutang kepada kerajaan, tetapi cubaan untuk merampas tanah hak orang asal sudah dilihat kerana mereka ‘kehilangan hak’ ke atas tanah mereka selepas pewartaan hutan simpan.

Bagi pandangan di bahagian pentadbiran pula, orang asal yang tidak mempunyai geran tidak akan diiktiraf kerana mereka tiada dokumen jelas untuk membuktikan bahawa mereka adalah pemilik, manakala pihak kerajaan mempunyai hak terhadap tanah tersebut selepas sahaja pewartaan.

Di sinilah timbulnya konflik di antara orang asal dan pihak kerajaan kerana tiada kajian terperinci dilakukan sebelum pewartaan, di mana orang asal tidak diberitahu (di peringkat awal) tanah adat mereka akan dijadikan hutan simpan.

Apabila pewartaan berlaku, maka banyaklah syarikat pembalak yang diberikan lesen untuk menebang pokok di kawasan hutan simpan, dalam masa yang sama orang asal terkejut kerana berlaku pencerobohan ke atas tanah mereka, walhal kalau dalam undang-undang orang asal berada di pihak salah kerana menurut undang-undang yang terkandung dalam Enakmen Hutan 1968, orang yang tinggal dan bercucuk-tanam di dalam hutan simpan adalah bersalah. Rujuk polisi Jabatan Perhutanan Sabah.

Walau bagaimanapun menurut Seksyen 15 di Ordinan Tanah Sabah Bab 68,  terdapat tujuh (7) kriteria Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) iaitu;
1. Perolehan tanah menurut pegangan adat / kaum;
2.Tanah yang ditanami dengan pokok buah-buahan, di mana jumlah pokok  adalah di antara 50 atau lebih pada setiap hektar;
3. Pengasingan pokok buah-buahan, sagu, rotan atau lain-lain tanaman yang mempunyai nilai komersial yang mana dapat dibuktikan oleh penuntut kepada Pemungut (PPHT) tanpa keraguan;
4. Tanah perladangan / ternakan;
5. Tanah yang telah dimajukan atau diusahakan dalam masa tiga tahun berturut-turut;
6. Tanah perkuburan atau tempat keramat;
7. Jalan masuk biasa bagi orang  dan binatang.

Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) juga merupakan hak pemilikan berkekalan atau secara turun temurun sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 65 dan Seksyen 66 dalam Ordinan Tanah Sabah Bab 68.

Ketika membentangkan kajian beliau di Pendengaran Awam Untuk Kes-Kes Tanah Adat di Sabah anjuran Suhakam, Dr. Fadzilah menyimpulkan kerajaan perlu mencari jalan alternatif untuk terus melakukan projek mega demi membangunkan negeri, tetapi dalam masa yang sama menjaga kepentingan orang asal.

Apabila YBhg Tan Sri Simon Sipaun selaku konsultan bebas di dalam Inkuiri Nasional tersebut bertanya samada projek kerajaan negeri memberikan Geran Komunal kepada orang asal adalah tindakan yang bagus, Dr. Fadzilah memberikan jawapan yang sangat logik dan bernas.

Katanya pemberian Geran Komunal boleh menjadi sesuatu yang baik kepada orang asal, tetapi usaha tersebut juga boleh menjadi tidak baik kerana setiap projek yang dilakukan oleh kerajaan di atas tanah adat perlulah mengikuti dua langkah sebelum memulakannya iaitu mengerjakan Pre-Feasibility Studies dan Free, Prior and Informed Consent (FPIC) yang melibatkan orang asal supaya mereka faham konsep keseluruhan projek, BUKAN MAIN MASUK BUAT PROJEK SAJA.

Kedua-dua Pre-Feasibility Studies dan Free, Prior dan Informed Consent (FPIC) ini bukan sahaja mengkehendaki pihak kerajaaan untuk membuat kajian sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mewartakan apa-apa ke atas tanah yang melibatkan orang asal, tetapi juga memberikan mereka peluan untuk turut serta dalam projek tersebut dari awal, di mana mereka perlu disokong dan diberi panduan untuk meneruskan projek yang diusahakan.

Dr. Fadzilah mengambil contoh inisiatif pelancongan dan pemuliharaan yang dilakukan oleh Orang Sungai di Batu Putih, Kinabatangan di mana ianya dimulakan pada 1997 setelah hampir 10 tahun mendapat bantuan dari segi penjagaan ekosistem, dan kini mereka boleh melakukan sendiri dengan berjayanya. Maknanya kedua-dua langkah Pre-Feasibility Studies dan Free, Prior dan Informed Consent (FPIC) ini perlulah memberikan kuasa kepada orang asal untuk membuat keputusan di kawasan tanah adat mereka sebelum melakukan apa-apa.

Berbalik kepada pemberian Geran Komunal kepada orang asal, Dr. Fadzilah mencadangkan supaya pihak kerajaan membuat satu contoh sebelum melakukan apa-apa pewartaan kepada tanah adat yang lain, sebagai contoh menyerahkan Geran Komunal kepada satu kawasan dahulu untuk mendapat ‘success story’ barulah beralih kepada komuniti yang lain, agar mereka faham dan melihat bukti kejayaan.

Dr. Fadzilah bimbang, jika pihak kerajaan meneruskan projek mereka tanpa bukti ‘success story’ dan langkah-langkah sepatutnya, negeri ini terpaksa bergantung kepada tenaga buruh asing untuk menguruskan kerja-kerja tersebut. Ini adalah kerana sekiranya orang asal tidak bersetuju dengan projek tersebut, mereka tidak akan menjadi pekerja. Sekiranya ini berlaku, ANOTHER PROBLEM HAVE BEEN CREATED!

MAHKAMAH PILIHAN TERAKHIR

Manakala, peguam Ram Singh yang selalu membantu orang asal di Sabah dalam kes menuntut tanah adat berkata terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan pembalak mahupun syarikat persendirian yang boleh dicabar di mahkamah.

Sebagai contoh, kenyataan daripada jabatan hutan baru-baru ini bahawa aktiviti pembakaran rumah dan meracun tanam-tanaman ‘telah diberhentikan’, menunjukkan membakar dan meracun ini telah menjadi amalan selama ini.

Ram dengan tegas berkata tindakan ini, jika mempunyai banyak saksi yang tampil ke hadapan bersama bukti-bukti boleh dibawa ke pangadilan kerana mereka dengan terang-terangan mencabuli hak orang asal.

Selain daripada amalan meracun tanaman dan membakar rumah, syarikat pembalak ataupaun syarikat swasta yang menyebebkan kerosakan dan pencemaran di perkampungan orang asal juga boleh dibawa ke mahkamah.

Ternyata, dengan bantuan pakar dan juga orang yang mempunyai pengetahuan luas dalam hak asasi manusia, orang asal mempunyai harapan untuk dibela. Ram sudah 22 tahun berkhidmat sebagai peguam dan beberapa kalai mengendalikan kes tanah adat secara pro bono (khidmat peguam percuma).

Ram Singh, saksi pakar Inkuiri Nasional menerangkan topik berhubung tatacara jenayah ke atas Orang Asal khusus dalam pembelaan hak tanah adat

Satu perkara lagi yang Ram bentangkan pada hari ke lima pendengaran awam Suhakam, ialah berkenaan dengan cara mengambil statement di balai polis yang tidak lengkap menyebabkan pendakwaan berkenaan rampasan tanah adat tidak kuat.

Ram menasihatkan, setiap statement yang dibuat oleh pengadu harus memasukkan segala hak-hak mereka sebagai orang asal, dan harus menyatakan dengan jelas bagaimana tanah mereka diceroboh dan kesan selepas itu. Orang asal juga patut belajar untuk memahamoi beberapa seksyen dalam ordinan tanah atau hutan supaya senang untuk menulis apa yang boleh membantu mereka ketika pendengaran di dalam mahkamah.

Sekiranya berlaku pencerobohan, orang asal mestilah terus membuat laporan untuk mohon tindakan selanjutnya, bukan untuk memohon untuk maklumat selanjutnya.

Sekiranya laporan orang asal tidak dibawa ke pengadilan (mungkin kerana tekanan dari pihak atasan atau ahli politik), Ram berkata orang asal sebagai pengadu mempunyai hak untuk membawa kes ke mahkamah kerana laporan mereka tidak diendahkan.

Nampaknya, sepanjang pendengaran tersebut, aku melihat sudah ramai pengerusi jawatankuasa bertindak kampung yang sudah pandai bertutur soal hak dan undang-undang, terima kasih kepada pihak Pacos yang sekian lama mendidik orang kampung akan hak mereka.

Semoga perjuangan orang asal tidak akan terhenti di sini sahaja. Sekiranya pihak kerajaan tidak mengembalikan tanah orang asal, mahkamah adalah pilihan terakhir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: