Lajim kecewa dengan Barisan Nasional

Bukan rahsia lagi!

Selepas 7 bulan membiarkan ramai rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik tertanya-tanya di manakah halatuju Datuk Seri Panglima Lajim Ukin di dalam Umno, dia akhirnya dia memberikan jawapan dengan mengucapkan selamat tinggal kepada ketiga-tiga jawatannya di dalam parti tersebut, dan menyerahkan nasib jawatannya sebagai timbalan menteri kabinet kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menyifatkan dirinya sebagai lilin, Lajim menceritakan sejarahnya dalam politik sebagai perjuangan ‘politik mengutamakan rakyat’.

Secara jujurnya, aku kurang berminat dengan keputusan Lajim keluar dari BN dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat kerana aku membesar dengan cerita-cerita negatif mengenai Lajim. Aku berkali-kali diingatkan bahawa Lajim adalah pengkhianat rakyat kerana sanggup ‘melompat’ dari PBS bersama Rubin Balang suatu ketika dahulu dan memberikan peluang Umno bertapak di negeri ini dan akhirnya merompak kekayaan negeri Sabah sehingga disenarai sebagai negeri termiskin dalam Malaysia!

Di dalam ucapan Lajim ketika pengisytiharan dia keluar dari BN pada 28 Julai yang lalu, katanya politik sudah sebati dalam perjuangan selama hampir 4 dekad, bermula dari zaman Usno,  kemudian Berjaya dan PBS, hinggalah ke era Umno dan Barisan Nasional. Sepanjang tempoh tersebut, dia mengharungi berbagai cabaran- di darat penuh onak duri, di lautan pula dilambung gelombang samudera yang mengganas- tetapi semuanya ditempuhi penuh keredhaan.

Ini kerana dalam perjuangan politik, Lajim percaya rakyat adalah keutamaan dalam perjuangan. Katanya, kepentingan rakyat sentiasa didahulukan berbanding kepentingan diri, kerana rakyat yang mengangkat dia menjadi pemimpin. Kerana rakyatlah dia berkuasa, dan pemimpin seperti mereka tidak boleh digelar pemimpin sekiranya kita tiada pengikut dan pemimpin. SETUJU!

Kalau Lajim rasa bersalah dengan tindakannya membawa masuk Umno berkuasa di Sabah, aku rasa tindakannya untuk keluar dari BN adalah di jalan yang betul. Cuma, setakat hari ini (1 Ogos 2012) Lajim masih belum mengundurkan diri atau membatal keahlian parti beliau dalam Umno. Maknanya dia masih berada di dalam parti tersebut.

Ramai juga yang menggelarnya tidak ‘gentleman’ kerana tidak meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri, tapi aku rasa aku faham tindakan beliau. Bukan pentingkan diri tapi mahu tengok sejauh mana Perdana Menteri melepaskan marahnya. Psikologi orang lama bah…

Dia cuma melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Beaufort dengan serta merta.

Menurutnya dia tidak membuat keputusan terburu-buru, malah memberikan banyak masa berfikir sehinggalah menemui jalan yang jelas demi untuk kepentingan pengundinya yang dahagakan kemajuan dan memangkah untuk perubahan.

Katanya, rakyat Sabah, khususnya orang asal di Sabah merasa terpinggir dengan arus pembangunan negara ini dari segala bidang. Pelbagai jenis resolusi dan memorandum berhubung dengan penjagaan kepentingan rakyat Sabah, yang selama ini, disampaikan kepada pimpinan Barisan Nasional melalui parti yang diwakili oleh kaum masing-masing tetapi tiada tindakan konkrit sehingga kini. Kerana itulah rakyat Sabah kini mahukan ‘peralihan kuasa’ dengan slogan ‘TUKAR’, katanya.

Lajim juga menggesa kerajaan persekutuan untuk menubuhkan RCI secepat mungkin, bukan hanya mengumumkan untuk menubuhkannya tapi tiada pelaksanaan.

Apabila aku membaca lanjut teks ucapan Lajim pada hari tersebut, aku  agak familiar dengan point-pont yang beliau cuba sampaikan. Dia membaca segala cadangan di dalam Buku Jingga; mengkaji Perkara 20, menghentikan tuntutan negara asing terhadap Sabah, melancarkan program Borneosasi, naikkan royalti minyak kepada 20 peratus, menuntut hasil minyak Block L dan Block M dan menilai semula cabotage policy.

Lajim mengakui dia tidak menyertai mana-mana parti setakat ini dan berhasrat untuk berbincang dengan mana-mana parti di bawah Pakatan Rakyat untuk berjuang bersama. Dia juga menegaskan sekiranya dia tidak diberikan peluang untuk mempertahankan kerusinya di beaufort, dia tetap akan meneruskan bantuan untuk memestikan kemenangan pakatan Rakyat.

“saya telah membenarkan diri dibakar seperti lilin apabila saya mengorbankan diri untuk meniggalkan PBS pada 24 Mac 1994. Ramai menggelar saya katak, tapi keputusan saya telah membantu membentuk Barisan Nasional sehingga ke hari ini.

“Tetapi saya menyedari setelah hampir 50 tahun pembentukan negara ini, Sabah masih jauh ketinggalan dari segi pembangunan, suara kita menjadi bisu di kalangan telinga-telinga pemimpin persekutuan,” kata Lajim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: