Di sebalik terma rujukan RCI

Cerita sudah basi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan TOR (term of reference) ataupaun perincian dan terma rujukan untuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing (RCI) di negeri Sabah.

Namum, sehingga kini tiada sebarang update daripada panel-panel yang dilantik bagi menunjukkan mereka sudah mendapat maklumat untuk memuaskan hati rakyat. Ramai antara kita yang merasa terancam dengan kehadiran warga asing di negeri terutamanya apabila mereka memegang kewarganagaraan dan dibolehkan mengundi.

Setelah membuat beberapa interview bukan sahaja dengan pemimpin kerajaan dan pembangkang, juga ahli akademik dan orang awam yang mahukan penyelesaian terbaik untuk masalah yang dianggap kritikal ini, aku terpanggil untuk mengimbas kembali TOR yang diumumkan oleh Najib ketika lawatannya ke negeri ini  pada 11 Ogos 2012.

Najib berkata siasatan akan menjurus kepada sama ada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah adalah menurut peruntukan undang-undang.

Suruhanjaya juga akan menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah yang memegang kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara (biru) atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih, katanya.

Selain itu, Najib berkata RCI juga akan menyiasat sama ada pihak berkuasa yang berkenaan telah mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa penambahbaikan kepada prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan bagi mengelakkan apa-apa ketidakteraturan daripada segi undang-undang.

Siasatan lebih lanjut juga perlu berhubung prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan mengambil kira standard dan norma antarabangsa yang terpakai bagi Malaysia.

Kata Najib lagi, RCI juga ditubuhkan bagi tujuan menyiasat sebab-sebab peningkatan populasi di Sabah mengikut pelbagai kategori iaitu warga Sabah yang menetap di Sabah, termasuk mereka yang diberikan kad pengenalan biru dan kewarganegaraan melalui sijil kelahiran (pendaftaran lewat), pekerja asing (termasuk ahli keluarga), pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga) dan pelarian serta meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih.

RCI juga menyiasat implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dan menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang yang tidak bernegara.

Ketika pengumuman tersebut, aku tidak ditugaskan untuk membuat liputan kerana standby di pejabat buat followup beberapa hal lain, namun pelbagai persoalan yang bermain-main di minda sementara menunggu rakan sekerja kembali ke pejabat untuk ‘file’ story.

Timeline twitter aku agak sibuk, manakala hashtag #rci agak rancak terutama among Sabahan yang mahukan penyelesaian terbaik untuk negeri ini.

Beberapa hari sebelum Najib datang ke Sabah untuk umumnkan TOR, ramai yang agak ‘panas’ kerana mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan lantang bahawa RCI tidak berguna dan tidak diperlukan di Sabah. Mahathir juga menafikan kewujudan warga asing yang mendapat kewarganegaraan berlaku di era pemerintahannya.

To be honest, sudah terang lagi bersuluh all eyes are on Mahathir dalam hal ini kerana terdapat banyak desas-desus berkenaan Projek M (Projek Mahathir) adalah hasil daripada ‘kreativiti’ pemimpin ini.

Jadi, rasanya not appropriatelah kalau Mahathir bersuara lantang menafikan kewujudan projek tersebut sedangkan RCI masih belum jelas proses penyiasatannya. Sedangkan, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sendiri menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang.

Pairin berkata alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara, perlu berlandaskan undang-undang.

Bekas ketua menteri itu bertegas mengatakan satu daripada sebab wujudnya RCI ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dalam hal ini, dan ia menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan layak mengundi kerana nama mereka tertulis di dalam buku daftar.

Pairin tegaskan, itu adalah isu sebenar. Bukan kerana mereka dikatakan sudah lama disini! (Maksud Pairin, Mahathir sudah putar alam la!) Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.

Paling menarik, Pairin cakap begini:

“Pemimpin veteran tidak perlu lagi cakap-cakap pasal ini kerana kita sudah sedia maklum mengapa perkara ini berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin ini boleh masuk ke negeri Sabah. Dalam 22 tahun beliau (Mahathir) memerintah, usaha untuk membanteras memang tidak mencukupi. Kalau kita mahu mengatakan benar-benar, persepsi rakyat di negeri Sabah ini ialah bahawa beliau tidak mahu menutup jalan orang-orang yang tiada dokumen ini masuk ke negeri Sabah,”

Jadi, kalau Mahathir sudah boleh membuat kenyataan yang mengguris hati bekas ketua menteri Sabah, adakah kerajaan persekutuan akan proceed dengan ‘ketelusan’ yang dijanjikan dalam mengendali RCI yang baru ditubuhkan ini?

Kalau dilihat daripada barisan panel suruhanjaya, saya tidak nafikan kredibiliti individu-individu bijaksana ini. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong manakala Ketua Setiusaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai setiausahanya.

RCI dianggotai empat pesuruhjaya iaitu bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Besar Negeri Sabah Tan Sri Herman Luping, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk K.Y Mustafa dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.

Tapi, jika membaca laporan dari media yang menyiarkan TOR tersebut, aku rasa banyak benda yang ‘missing’. Aku hairan kenapa tiada sebarang explaination jelas sedangkan benda begini bukan perkara mudah!

Tiada sebarang cadangan kepada pelaku sekiranya didapati bersalah, tiada ‘commitment’ tegas untuk mencari punca masalah tersebut dari pokok. Malah, ia tidak menitik beratkan individu-individu yang telah memberikan pendedahan berani berkenaan hal ini, iaitu Mutalib Muhd Daud dan Dr. Chong Eng Leong yang telah menulis beberapa buah beserta bukti-bukti mahkamah, saksi dan nombor kad pengenalan yang disyaki ketulenannya.

Buku-buku merekalah yang yang membuka mulut pemimpin-pemimpin dari Sabah untuk ‘demand’ jawapan dari kerajaan persekutuan kerana tidak mungkin mereka berani menerbitkannya sekiranya tiada bukti sahih.

Aku tertarik dengan respon daripada Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang menyatakan ketidakpuasan hati dengan tempoh singkat untuk menyelesaikan penyiasatan. Katanya, sedangkan RCI untuk kematian TBH pun memerlukan masa setahun untuk diselesaikan, inikan pula kes yang mengancam keselamatan negara yang melibatkan ratusan ribu manusia.

Suruhanjaya itu diberi masa enam bulan untuk menyiapkan siasatan mengenai masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah. Najib berkata tempoh enam bulan itu bermula dari tarikh tauliah pelantikan pengerusi dan anggota RCI dikeluarkan dan laporan siasatan itu perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong. (Malangnya, tidak disebut sebarang tarikh mahupun jumlah bayaran untuk duduk sebagai panel).

Sebagai wartawan, aku kurang senang apabila rakan sekerja memberitahu semua rakan media yang hadir ketika penumuman TOR tersebut tidak dibenarkan untuk bertanya soalan. Dengan alasan, Najib perlu bergegas ke lapangan terbang untuk catch up flight.

Bohonglah kalau tidak terlintas di hati perasaan ‘mengaus’ apabila mendapat tahu PM sanggup menolak permintaan untuk ditanya soalan-soalan penting. Sedangkan isu RCI ini merupakan salah satu isu PALING PENTING yang kita mahu diselesaikan tanpa sebarang ‘delay’.

Persoalan utama yang menjadi buah mulut di Facebook, twitter dan blog adalah: Adakah Najib takut Mahathir marah dengan pengumuman penubuhan RCI? Adakah panel-panel yang bijaksana tersebut akan diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mendapat maklumat tanpa ada unsur politik yang mengikat tangan mereka? Berapa gaji mereka dibayar? Adakah Najib mengumumkan TOR hanya sekadar ‘melepas batuk di tangga’? Adakah tindakan Najib mengelak ditanya wartawan selepas pengumuman tersebut menandakan dia hanya membaca skrip dan tidak mempunyai pendirian dalam menangani isu yang sangat penting ini?

Aku menanti jawapan yang jelas dengan bukti. Kalau tidak… persoalan ini akan terus menjadi persoalan… Moga Allah memberi petunjuk untuk pemimpin-pemimpin kita supaya dapat berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tugas yang diamanahkan rakyat. Jika tidak, biarlah Allah yang membalasnya. Semoga penantian selama enam bulan akan menghasilkan ‘buah’ yang manis dan berkhasiat… InsyAllah…

2 Responses to Di sebalik terma rujukan RCI

  1. Reni says:

    Saja nak perhalusi.supaya warga asing jadi warganegara kononnya sah mengikut undang2.****** !

  2. ADELLMIEY says:

    kalo bole lah warga asing yg dapat kad pengenalan dan konon nya mereka adalah warga negara malaysia .pihak pendaftaran mesti membuat soal siasat kepada yg memiliki kad pengenalan warganegara ..sedangkan saya masih lagi belum dapat ditentukan kan warganegara dan masih ramai orang yang di luar sana yang belum warganegara …tiada guna saya bersekolah di sabah dan membesar disabah pun belum jadi warganegara malaysia ,sedangkan orang yang datang dari luar senang-senang dapat warganegara malaysia ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: