Kekeliruan angka Hari Merdeka

Hari ini, 31 Ogos 2012, aku bersyukur kerana sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri dan kebangsaan telah disambut dengan meriah di seluruh negara. Sebagai seorang Sabahan, aku tertarik dengan sambutan yang penuh warna-warni di setiap pelusuk kota, termasuk Bandaraya Kota Kinabalu walaupun terdapat sedikit kekeliruan dalam angka ’55 Tahun Malaysia Merdeka’.

Kontinjen SESB

Kontinjen SMK Badin Tuaran

Kontinjen SK St Francis Convent

Kontinjen Komander Kesatria UiTM Sabah

Murid Sekolah Menyertai Acara Perbarisan

Anak Merdeka Berbilang Kaum, Tapi ‘Sebangsa’

Peserta Koir Hari Merdeka Sabah ke-49, Tahun 2012

(GAMBAR-GAMBAR DI ATAS DIAMBIL KETIKA SAMBUTAN HARI MERDEKA 2012 PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 31 OGOS 2012 DI DATARAN BANDARAYA KOTA KINABALU)

Imbas kembali, 31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan dari British. Jadi, kalau kita kira pakai ilmu hisab, sambutan Hari Kemerdekaan ini adalah yang ke-55 tahun untuk Tanah Melayu (Malaya SAHAJA), tetapi bukan Negara Malaysia.

Sejak malam tadi, hashtag #merdeka55 trending di twitter, tapi malangnya kebanyakan post yang aku baca merujuk kepada ‘Hari Merdeka Malaysia’, sedangkan Malaysia baru berumur 49 tahun, kerana penubuhan negara ini adalah pada 16 September 1963. Maka, janganlah ucap ‘Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55’, tapi ‘Selamat Hari Merdeka Tanah Melayu yang ke-55′.

Akupun tidak lepaskan peluang untuk tweet. Setiap tweet ‘Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55 Tahun’ yang keluar di timeline aku, aku akan reply atau RT mengingatkan hanya Tanah Melayu yang merdeka pada 1957, manakala Sabah merdeka pada 1963 (tarikh dan bulan yang sama), sehinggakan ada yang reply aku tidak puas hati dan cakap aku tidak pergi sekolah la, fat and ugly la (ntah, apa kaitan LOL) dan ada juga yang secara baik bertanya apa argument aku mengatakan umur Malaysia baru 49 tahun.

Terima kasih kepada yang susah-susah RT untuk sebarkan fakta sebenar, terima kasih juga kepada yang bertanya secara baik, dan terima kasih juga kepada yang cakap kasar. Tiada guna panjang-panjangkan hal gaduh, buang masa. Banyak lagi perkara penting yang perlu diutamakan.

Tidak salah kalau kita memilih 31 Ogos untuk meraikan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan, tapi biarlah faktanya jelas dan jangan mengelirukan rakyat, terutama anak-anak di sekolah dengan berulang-ulang menyebut ‘Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55 Tahun’ kerana hanya Malaya yang merdeka pada tahun 1957, sedangkan Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 manakala Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963.

Kenapa perlu ketepikan kedua-dua negeri ini sedangkan kami juga sebahagian dari negara Malaysia? Kenapa perlu menggunakan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia sedangkan negara yang bernama Malaysia belum wujud ketika itu?

Ah… ini cuma hal kecil, apalah yang ada pada angka 49 dan 55 tahun kan? Tapi, pernahkah anda berfikir sedikit angka yang salah itu menggambarkan pemahaman kita terhadap sejarah tanahair sendiri? Apa gunanya hashtag #merdeka55 itu trending sampai mencecah jutaan post sekiranya matematik mudah ini diambil enteng? Adakah sejarah kemerdekaan Sabah dan Sarawak tidak penting dalam Malaysia sehinggakan tidak dijadikan ‘highlight’ dalam Perutusan Merdeka oleh Perdana Menteri?

Datuk Seri Najib Razak, berkali-kali menyebut Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-55 tahun. Menyampah aku tengok, tau! Lebih menyampah apabila Anwar Ibrahim sendiri (kalaulah dia ditakdirkan menjadi Perdana Menteri kelak), juga menggunakan angka yang sama untuk merujuk Hari Merdeka Malaysia.

Sejak bila sejarah negara ini ditulis semula sehinggakan Sabah dan Sarawak seperti tiada kepentingan dalam negara ini? Aku hairan! British telah memberikan kemerdekaan kepada Sabah pada 1963. Selama dua minggu- dari 31 Ogos sehingga 15 September, Sabah (atau lebih dikenali sebagai North Borneo ketika itu) merupakan sebuah negara yang ‘completely’ merdeka sebelum bergabung dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk persekutuan MALAYSIA.

Sabah sehingga kini, adalah negeri yang mempunyai angka tertinggi isirumah di bawah tahap kemiskinan. Negeri ini juga mempunyai perkhidmatan kesihatan paling buruk dalam negara. Terdapat hospital kerajaan di ibukota yang diisytihar tidak selamat dan terpaksa diruntuhkan untuk dibina semula. Malah, ada pesakit yang cedera terkena runtuhan konkrit! Kalau cerita pasal infrastruktur, sampai pagi besok pun tidak habis. Maintainance berkualiti rendah, malah ada jalanraya yang tidak dapat dilintasi kereta terutama di kawasan luar bandar, sehinggalah ada orang sakit yang terpaksa berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer jauhnya semata-mata untuk mendapatkan rawatan perubatan di kawasan pekan.

Manakala mereka yang mengalami sakit kronik, ada cerita di kampung-kampung yang terpaksa menunggu masa untuk mati sahaja kerana tidak mempunyai wang (tambang sewa kereta) untuk mendapatkan rawatan atau menjalankan ‘review’ di kota.

Penderitaan di Sabah bukan sekadar kepayahan meredah jalanraya yang teruk, tapi juga kesengsaraan anak-anak kecil meredah hutan dan teriknya mentari selama berjam-jam untuk mendapatkan ilmu di sekolah yang terletak jauh dari kampung mereka.

Manakala, bekalan elektrik yang sentiasa terputus pula sudah menjadi masalah biasa, di mana langkah penyelesaian kepada masalah ini tidak pernah serius. Pengumuman demi pengumuman, projek demi projek dijadikan bahan bualan untuk memberikan harapan kepada rakyat, malangnya tema ‘Janji Ditepati’ bertukar ‘Janji Tinggal Janji’.

Sebagai pengeluar petroleum terbesar, pengeluar kelapa sawit terbesar dan salah satu negeri yang menyumbang kepada komoditi getah yang terbesar di Malaysia, negeri ini terpaksa mengharapkan ‘ehsan’ daripada pemerintah pusat sedangkan hasil negeri ini KAYA-RAYA. Royalti minyak pula hanya 5 peratus, manakala selebihnya dijadikan dana untuk membangunkan negeri-negeri di Malaya.

Salah satu perkara yang aku paling bangga sebagai seorang Sabahan adalah sifat kita yang bersatupadu tanpa mengira agama dan bangsa. Tidak perlu ambil contoh jauh-jauh, dalam keluarga aku sendiri kami boleh berkumpul dalam satu rumah, tidur sebantal dan makan bersama walaupun ada yang beragama Islam, Kristian, Buddha, Bahai dan Pagan. Bangsa kami juga sudah bercampur-campur kerana memang itulah identiti Sabah.

Orang asal Sabah adalah bumiputra, dan sepatutnya diberikan HAK yang sama seperti orang Melayu di Malaya sana. Namun, sudah semestinya adat resam kita berbeza kerana menjulang keris bukan asalnya dari sini. Cuma, kami mahukan hak samarata sebagai warganegara tulen (bukan import dari tanah seberang).

Sudah hampir 50 tahun negara kita ditubuhkan, bulan September ini kita meraikan sambutan Hari Malaysia ke-49, tapi kita masih belum mengecapi pembangunan yang samarata, dengan alasan negeri Sabah sukar untuk dibangunkan kerana banyak kawasan kampung yang berjauhan antara satu sama lain, perlukan dana yang besar untuk dimajukan (ini perlu belajar lebih subjek geografi di sekolah). Namun, Kuala Lumpur dulupun hanyalah kawasan lombong, tapi kini sudah jadi metropolitan! Begitu juga dengan negeri-negeri lain dari Perlis sampai ke Johor, jalanraya bukan main canggih, mahu sebut pun tidak mahu jalanraya tapi LEBUHRAYA! Bezanya kerana pemerintah beri peruntukan untuk dibangunkan. Tapi kenapa tidak di Sabah dan Sarawak?

Kita mempunyai Wawasan 2020 (Terima Kasih Tun Mahathir kerana membawa visi ini), tapi dengan hanya beberapa tahun lagi baki untuk menuju negara maju, aku merasa was-was dengan wawasan ini. Mana mungkin Malaysia boleh mencapai status negara maju dengan keadaan kemiskinan di Sabah yang masih tinggi? Wawasan 2020 sekadar ungkapan ‘Indah Khabar Dari Rupa’.

Siapapun pemimpin yang akan menerajui negara ini (aku rasa BN sudah gagal setakat ini) kelak, pembangunan perlulah fokus kepada nilai yang menyeluruh. Tidak kiralah apa bangsa ataupun agama, kita mahu anak-anak kita berpelajaran tinggi dan berjaya menerajui negara ini dengan keseimbangan. Kita semua mahukan keamanan, kesejahteraan, kesihatan yang baik, jalanraya berkualiti tinggi dan keselamatan. Tidak perlu berlumba-lumba bangsa siapa yang maju.

Aku seringkali ditanya kenapa suka sangat ‘main’ isu kenegerian.

Aku lahir di negeri ini. Aku faham kepayahan dan kesusahan yang dialami oleh ramai Sabahan yang tidak mendapat ‘KEMERDEKAAN’ yang sebenar. Mreka terpaksa ‘tunduk’ kepada pemerintah, terpaksa ‘akur’ kepada mainan politik. Ada di antara mereka bantuan ditarik balik kerana ‘disyaki’ menghadiri program kebajikan parti pembangkang (WHAT?!). Beginikah maruah kita sebagai WARGA MERDEKA?

Jawapan aku – Aku bangga menjadi Sabahan dan aku mencintai negara aku Malaysia. Namun, ‘sayang’ itu ada batasnya. Tidak bermakna ‘sayang’ itu termasuk kepada golongan pemerintah yang telah melukakan hatiku. Bukan apa, tanah tumpah darah aku ini tidak dilayan dengan seadil-adilnya. Diskriminasi telah meremukkan hati kami, namun itu bukanlah halangan untuk membenci negara ini. Tidak. Aku lebih bersemangat untuk melihat masa depan negara yang lebih cerah.

Anak-anak Sabah, teruslah berusaha untuk mendapatkan hak kita. Teruslah berdoa agar negara ini menjadi negara yang lebih baik. Kita tidak mahu dipandang rendah selama-lamanya. Kita perlu MERDEKA!

Selamat Hari Kemerdekaan Sabah ke-49 Tahun.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaya ke-55 Tahun.

15 Responses to Kekeliruan angka Hari Merdeka

  1. bob says:

    Sesuatu yg ikhlas…

  2. Sam Sumi says:

    Now I understand🙂 Selamat Hari Kemerdekaan Sabah ke-49 Tahun! Anyway, you should at least listen to what DSAI said in his latest interview, about celebrating both day Sept 16th and Aug 31st. A national celebration for all🙂

    • ladymariah says:

      as i said, i dont mind if we celebrate national merdeka day in 31 august. however, it is not correct saying ‘happy merdeka 55th malaysia’ when malaysia only 49 years old. our leaders should have the courtesy to respect the facts. wishing happy merdeka malaya, sabah and sarawak separately doesn’t take so much time. 3 minutes is enough. no need to mislead the people…

  3. ladymariah says:

    thank you my friend. thanks for spending ur time reading this blog. really appreciate.

  4. lu pikir la sendiri says:

    mcmmana ngan serawak kene sambut hari lain la yek?dah dorg kan 22 julai….sambut awal skit…saya rase kite ckp malaysia supaya menampakkan yg kita ini majmuk…kalau takat tarikh nak dipertikaikan..bagaimana nak ckp yg kita ni BANGSA MALAYSIA?
    my 2 cent

    • ladymariah says:

      seperti yg saya cakap, tak salah kalau jadikan 31 ogos sebagai hari kemerdekaan kebangsaan… bolehlah kita cakap selamat hari merdeka MALAYSIA. tapi kalau sebut tahun, kena cakap satu persatu la baru rakyat (yang tak tahu sejarah) tu faham… kalau ucap SELAMAT HARI MERDEKA SABAH & SARAWAK KE 49 dan SELAMAT HARI MERDEKA TANAH MELAYU KE 55 takkan susah sangat? takkan ucapan begitupun dah menunjukkan tak majmuk?

      speaking of BANGSA MALAYSIA, benda tu tak kena mengena dengan ANGKA yang aku maksudkan. entri ni bermaksud perlunya pengiraan matematik yang TEPAT untuk mengira umur kemerdekaan.

      kalau 31 ogos 2012 najib kata “selamat hari merdeka malaysia ke-55”, logik tak kalau pada 16 september 2012 nanti dia cakap “selamat ulang tahun malaysia ke-55”?

  5. faiz says:

    saya setuju jika 31 Ogos hanya cuti utk Semenanjung Malaysia dan Sabah sahaja dan Sarawak patut diberi cuti pada 22 Julai. Manakala 16 September pula merupakan tarikh yg patut dirai oleh seluruh rakyat Malaysia menandakan hari penubuhan dan kelahiran Negara Malaysia. kita perlu waspada memandangkan negara Malaysia sekarang adalah hasil gabungan wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selamat menyambut hari kelahiran Malaysia ke-49 kpd semua rakyat Malaysia.

  6. ronald says:

    History belongs to all, include this in our text book. As i recall, this is note included in our text book. Let us decide for ourselves if it’s good or if it’s bad.

  7. tentang infrastuktur pembangunan ini berpunca dari org2 sabah sendiri. cuba tanya diri kamu kenapa kamu hendak lari dari malaysia? kenapa kamu tidak mahu menjadi sebahagian dari malaysia?

    mungkin kamu kata kamu ingin menjadi sebahagian dari malaysia..namun 80% dripada penduduk sabah tidak mahu berada di dalam malaysia.

    bayangkan sekiranya..segala pembangunan di naikan di sabah, kemudian rakyat sabah memberontak ingin bebas dari malaysia.. siapa yg akan menanggung kerugian?

    kamu rakyat sabah sendiri menunjukan sifat sedemikian, bagaimana pemerintah pusat ingin menolong? cuba kamu bersama kami inginkan malaysia..sudah tentu kamu juga mendapat apa yg kami dapat.

    kes antara tuntutan filipine terhadap kamu ( negeri sabah) sampai sekarang pun belum selesai. ini kamu rakyat sabah masih buat hal ingin bebas dan sebagainya.apabila kamu jadi sebahagian dari malaysia..kamu harus terima dengan hati yg terbuka. bahawa kami merdeka pada tahun 1957 dan bukannya pada tahun 1963.

    kami mengaanggap kamu sebahagian dr malaysia sbb itu kamu menyambut kemerdekaan pada hari yg sama dan tahun yg sama. namun kamu tak menganggap kamu sebahagian dari malaysia. kamu menganggap yg kamu merdeka pada tahun 1963.

    rasa2nya lama kelamaan malaysia akan melepaskan kamu daripada malaysia.. dan mungkin Philipines akan berjaya di dalam perbicaraan dunia yg menentukan hak sabah di perintah oleh mereka. barulah kamu mengerti erti bersyukur. kesilapan kamu telah menghancurkan keturunan2 kamu yang bakal di lahirkan di bumi sabah.

  8. zita says:

    Dato Sawajaan kata,

    ‘tentang infrastuktur pembangunan ini berpunca dari org2 sabah sendiri. cuba tanya diri kamu kenapa kamu hendak lari dari malaysia? kenapa kamu tidak mahu menjadi sebahagian dari malaysia?

    mungkin kamu kata kamu ingin menjadi sebahagian dari malaysia..namun 80% dripada penduduk sabah tidak mahu berada di dalam malaysia.

    bayangkan sekiranya..segala pembangunan di naikan di sabah, kemudian rakyat sabah memberontak ingin bebas dari malaysia.. siapa yg akan menanggung kerugian?

    Kata aku ‘bayangkan kalau segala pembangunan dinaikkan di Sabah, kemudian rakyat Sabah memberontak ingin bebas dari Malaysia, siapa yg akan menanggung kerugian? Hmm, perlu ke timbulkan pasal kerugian? Perlu diingat Sabah adalah antara negara (instead of negeri-kita follow history) penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia so pembangunan itu biarlah disamaratakan. Biar semua rakyat menikmati kemajuan yg dicapai. Btw Sabahan bukan jenis pemberontak. We are live in peace in Sabah. Boleh makan, berkumpul, tidur sebantal tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik.

    Tentang nak keluar dari Malaysia, itu semua terjadi bila kebanyakkan rakyat Sabah mulai celik sejarah. Status Sabah adalah negara dimana Malaysia dibentuk dgn cara penyatuan Wilayah Semenanjung, Sarawak & Sabah. Tetapi aku yakin, kalau Sabah diberi pembangunan yg sewajarnya dan hak yg samarata seperti Melayu di Semenanjung, isu ini tidak akan wujud. Perlu diingat, pembangunan adalah tanggungjwab kerajaan. So apabila Sabah tidak mendapat pembangunan yg sewajarnya, adakah itu berpunca drpd rakyat Sabah sedangkan peruntukan untuk pembangunan di sebelah sana adalah sebahagian besar hasil drpd bumi Sabah sendiri?

    Kamu kata lg, ‘kamu rakyat sabah sendiri menunjukan sifat sedemikian, bagaimana pemerintah pusat ingin menolong? cuba kamu bersama kami inginkan malaysia..sudah tentu kamu juga mendapat apa yg kami dapat’

    Aku kata lg, ‘Kami sudah bersama Malaysia selama 50 tahun tetapi masih tidak mendapat apa yg Semenanjung dapat. Kelakar la soalan kamu yg 1 ini. Hahaha..Btw kami masih bangga dgn Malaysia cuma pemerintah perlulah alert & adil demi kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan masyarakat secara menyeluruh. Last but not least, kenapa perlukan Phillipines sekiranya kita mampu mentadbir Sabah sendiri? Philipines tiada hak ke atas Sabah dan sejarah sudah membuktikan bahawa Sabah adalah milik Malaysia’.

    *Peace no war ^_^

    • Mya says:

      sy setuju dgn kata2 dato itu. if Sbh klr Msia mmg bkemungkinan bsr filiphine akn mndpt haknya kmbali ke ats Sbh.. sbnrnya jgnlh kta tlalu bsr kepala n bkira..kehdpn kta tdklh seteruk mana atau tseksa cuma kta yg tlalu mlebih2 nk keistimewaan. ok sure x salah tp jgn mncari n mnuding keslhn tnpa ambl kira 1 kebaikan pun..blk2 status negara yg dsbut tp tau ka kta British beri kmerdekaan pun sbb nk pmbntukan Malaysia tcapai n dorg sndr rela ati lpskn Sbh. Sbh nak dberi kemerdekaan pd tarikh asl pnubuhan Msia sbnrnya 31 Ogos 1963 tp tertangguh dsbbkn mslh konfrantasi phk luar yg mnentang pnubuhan Msia. mgkn kta tdk puas ati sbb rasa ketidak adilan bgai tp ada adakah perlu mngungkit2 bnda yg sama berulang kali hgga npk kelucuannya seolah2 kta mcm ibarat lipas kudung br dpt cincin.. sblm mmbidas cb kta renung jgk keadaan dr sudut lain n Smnjung mnerima Sbh pun dlu dlm keadaan Sbh yg msh mundur n smnjg xlokek utk mngeluarkn dana mrka tlbh dlu utk membangunkn Sbh peringkat demi peringkat. apa yg pntg skg kta jgn ada ptikaian.. sgala mslh kta cb cr pnyelesaian terbaik bkn dgn menista hbs2an.. kta tetap 1Malaysia

  9. bugirah says:

    Saya sokong sabah seharusnya menyambut hari kemerdekaan tanah melayu bersama-sama demi semangat malaysia dan sambut hari british melepaskan pajakan keatas sabah. sabah tidak pernah merdeka kerana sabah adalah salah 1 negeri milik sulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: