Himpunan Sabah Bangkit 2013

Himpunan Sabah Bangkit 12 Jan 2013

Himpunan Sabah Bangkit 12 Jan 2013

Muslimah di Himpunan Sabah Bangkit

Muslimah di Himpunan Sabah Bangkit

Himpunan Sabah Bangkit yang menghimpunkan ramai anak muda di Red Square, Taman Chong Thien Vun (bersebelahan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu) baru-baru ini tidaklah seramai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Luala Lumpur, tetapi kesannya sangat mendalam.

Mungkin ramai yang memanadang enteng himpunan di Sabah kerana pesertanya tidak sampai 1,000 orang. Tapi, apa yang berlaku tidak boleh dipandang sebelah mata, apatah lagi peserta himpunan itu terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dan kolej-kolej sekitar bandaraya. Secara peribadi, walaupun himpunan ini tidak mendapat izin polis, tidak bermakna anak-anak ini dinafikan.

Banyak kefahaman kita selama ini yang dikaburkan oleh pemerintah hanya kerana terlalu banyak yang dipolitikkan. Kefahaman masyarakat yang samar ini saya kira berbahaya untuk masa hadapan. Contohnya, himpunan Bersih dahulu dikata ‘haram’, malah fatwa juga dikeluarkan berhimpun melawan pemerintah jatuh hukum haram.

Kenapa perlu rakyat dikelirukan dengan hukum sebegitu sedangkan tuntutan yang dibawa oleh peserta himpunan adalah memperjuangkan keadilan? Sepatutnya alim ulama mengiktiraf tunjuk perasaan yang dilakukan dengan aman. Sedangkan sabda Nabi ada menyebut “Sebaik-baik jihad ialah menyatakan kebenaran kepada penguasa zalim”.

Himpunan Sabah Bangkit di Red Square, Taman Chong Thien Vun

Anak-anak muda yang saya lihat ketika Himpunan Sabag Bangkit baru-baru ini, mereka tidak lagi takut menuntut pendidikan percuma, malah berani keluar di jalanraya untuk mendesak kerajaan supaya mendengar rintihan mereka. Malaysia ini negara demokrasi, jadi hak mereka tidak boleh dinafikan. Selagi himpunan itu tidak memudaratkan, pendapat aku, mereka perlu diberikan ruang untuk bersuara. Syukurlah anggota keselamatan yang berada di situ bertugas secara professional, mereka ikut berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Aku personally menghubungi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Datuk Dr. Kasim Md. Mansur,bertanyakan jika ada pelajar dari universiti tersebut yang mengikuti perhimpunan dan disabitkan kesalahan ataupub dibuang dari pengajian, tapi jawabnya awal-awal lagi pelajar UMS tidak dibenarkan untuk menyertai himpunan seperti itu kerana sekarang ini musim final exam.

Walaupun himpunan itu tidak termaktub dalam AUKU, Dr. Kasim berkata pelajar-pelajar yang didapati menyertai perhimpunan akan dibicarakan dalam ‘disciplinary proceeding’ yang akan menyebabkan pelajar digantung sekiranya didapati bersalah. Tapi, mujurlah tiada laporan dari pihak polis yang mengesahkan pelajar UMS terlibat. Maknanya, kalau adapun pelajar yang terlibat, tiada perkara yang lebih baik melainkan membiarkan mereka meneruskan pengajian dan tidak perlulah menggadaikan masa depan mereka hanya kerana tekanan politik pemerintah,

Himpunan Sabah Bangkit, dianjurkan oleh Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR)mengemukakan sebelas tuntutan untuk rakyat dan anak muda Sabah.

Anak Muda di Himpunan Sabah Bangkit

Anak Muda di Himpunan Sabah Bangkit

Tuntutan yang diperjuangkan adalah peluang pekerjaan, rumah mampu milik, kos sara hidup rendah, liputan jalur lebar percuma, kadar jenayah minimum, kemudahan pendidikan berkualiti dan percuma, pilihanraya bersih dan adil, negeri hijau dan bersih, lebih royalti minyak dan balak, hak tanah adat dan pembangunan insfrastruktur.

Wakil NGO yang berucap di Himpunan Sabah Bangkit

Wakil NGO yang berucap di Himpunan Sabah Bangkit

Wakil NGO yang berucap di Himpunan Sabah Bangkit

Wakil NGO yang berucap di Himpunan Sabah Bangkit

Koordinator GEGAR, merangkap Pengerusi Penganjur Himpunan Sabah Bangkit, Harieyadi Karmin ketika menyampaikan ucapan ketika himpunan mengatakan himpuna itu adalah kali pertama diketuai oleh anak muda Sabah. Hampir kesemua jawatankuasa bertindak Himpunan terdiri daripada anak muda dan mahasiswa, menyampaikan mesej kepada pemerintah bahawa anak muda kini tidak lagi hanya tahu berseronok, duduk diam dan lihat.

“Anak muda kini sedar dan mahukan perubahan. Dengan penuh harapan dan semangat, saya menyeru seluruh rakyat sabah tidak kira walaupun terdiri daripada latarbelakang yang berbeza dari aspek agama, bangsa, budaya mahupun  fahaman politik, marilah kita bersama-sama menunjukkan solidariti kita, kita tuntut hak kita dan kita tunjukkan kita memang benar-benar mahukan perubahan.

Disamping itu, kita juga ingin tunjukkan kepada pemerintah, rakyat bukan lagi bahan tunggul dan patung padi yang hanya duduk diam kalau hak mereka tidak diberikan kepada mereka. Rakyat kini sudah pandai. Kita mahukan bentuk perubahan berlaku. Bukan lagi janji kosong yang ditabur,” katanya, ketika berucap.

Sepanduk/ Banner ketika Himpunan Sabah Bangkit

Sepanduk/ Banner ketika Himpunan Sabah Bangkit

Sepanduk/ Banner ketika Himpunan Sabah Bangkit

Sepanduk/ Banner ketika Himpunan Sabah Bangkit

Sepanduk/ Banner ketika Himpunan Sabah Bangkit

GEGAR juga memberi amaran dan peringatan kepada pemerintah, bahawa rakyat adalah pemegang kuasa dalam sistem demokrasi.

“GEGAR juga menyeru kepada bakal pemerintah Malaysia selepas  PRU13, tidak kira Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional, jangan lagi bermain politik yang membodohkan rakyat.

“Kalau mahu memerintah, bentuk sistem pemerintahan yang baik. Kalau kerajaan selepas PRU 13 juga bermasalah, rakyat juga tidak akan teragak-agak menolak kerajaan tersebut,” tambahnya.

Himpunan Sabah Bangkit berakhir dengan membaling bunga mawar ke arah keranda yang ditulis ‘Keranda Kezaliman’, sebagai simbolik melawan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah sekarang.

sabah13

Aku juga berada di himpunan #KK112 itu, dan sangat terharu dengan usaha anak muda yang berani dan mahukan perubahan. Ramai juga orang yang mengutuk tindakan mereka kerana menganggap anak muda ini membuang masa dan membawa budaya ‘kotor’ dari semenanjung.

Kalaulah kerajaan akan datang akur dengan tuntutan mereka dan menurunkan harga barang, memberikan lebih peluang pekerjaan, memberikan pendidikan percuma, menambah kadar royalti minyak… tidakkah mereka juga akan ter’ampit’?

Ramai juga yang marah-marah kerana himpunan di KK menyebabkan traffic jam yang teruk sekitar bandaraya, tapi kalau mengikut pengamatan aku, jalan di sekitar Jalan Pantai dan Jalan Gaya lebih sesak pada hari Ahad kerana Tamu Gaya Street.

Tahniah kepada GEGAR kerana berani menganjurkan Himpunan Sabah Bangkit #KK112. Simbolik keranda kezaliman berwarna hitam sangat bermakna. Lemparan bunga mawar putih kearah KERANA KEZALIMAN membawa kesan yang sangat besar, kita tidak mahu dizalimi.

Sedar atau tidak, kalau kita menidakkan hak seseorang itu bersuara ataupun mempertahankan ideanya juga boleh dianggap kezaliman. Membakar rumah orang asal di tanah adat juga kezaliman. Merampas tanah adat itu kezaliman, memfitnah itu kezaliman, menghina dan memendang randah juga kezaliman.

LISTEN! Kita kuburkan kezaliman.

Hari ini, aku membaca halaman 166 buku yang dihadiahkan oleh seorang rakan “Yusuf Al-Qaradhawi Dan Kebangkitan Rakyat”, berkenaan seorang Muslim yang diuji dengan pemimpin yang zalim, menyatakan hujahnya, adalah menjadi kewajipan ke atasnya untuk bersabar di atas kezaliman tersebut dan redha dengan ketentuan Allah serta mengharap pertolongan-Nya. Muslim ini berkeras, jangan mengambil tindakan menentang dengan sebarang cara sekalipun agar tidak memecahkan perpaduan rakyat serta mengundang fitnah yang lebih besar.

Tidakkah hujah ini kita sering dengar dari pemimpin pemerintah di Malaysia? Kita diajar, barangsiapa yang keluar daripada mentaati seorang pemimpin walau sejengkal, maka ia telah menrungkai tali Islam daripada tengkuknya.

Adakah dakwaan itu benar?

Jawapan Yusuf Al-Qaradhawi sangat jelas! Katanya, kegagalan terbesar dalam memahami Islam, hukum-hukum dan prinsip-prinsipnya bermula dengan mengikut perkara-perkara syubahat, mengenepikan perkara-perkara muhkamat dan berpegang kepada perkara-perkara ranting dan sampingan, serta mengelak daripada perkara-perkara usul dan kuliyyat. Baca buku itu dengan lebih lanjut untuk kefahaman yang lebih utuh.

One Response to Himpunan Sabah Bangkit 2013

  1. micheal says:

    Selma sa hdp 40 th ni blm rasa merdeka mcm msih dlm jajahn Hitler

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: