Pendengaran Awam RCI (Hari Pertama)

Hari pertama pendengaran umum Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 14 Januari 2013 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terganggu dengan kejadian kelam-kabut sekitar jam 2.50 petang, setelah pihak polis yang bertugas di kawasan mahkamah mengarahkan semua orang untuk meninggalkan bangunan berkenaan dan mencari kawasan selamat.

Hal itu berikutan dengan panggilan yang diterima operator daripada seorang lelaki sekitas 2.30pm yang meminta untuk disambungkan kepada kakitangan di bangunan pentadbiran mahkamah. Dipendekkan cerita, pihak polis mendapati kejadian itu hanya panggilan palsu dan kawasan mahkamah dilaporkan selamat.

Terdapat tiga saksi yang dipanggil ketika pendengan awam RCI di hari pertama. Pertamanya,  pengkaji sejarah Prof Datuk Ramlah Adam menerangkan ikatan Sabah dan Filipina adalah disebabkan oleh sejarah lama, negeri ini dulunya diperintah oleh Kesultanan Sulu, dan segelintir orang di negara itu merasa Sabah masih lagi di bawah pemerintahan kesultanan dahulu.

Walaupun Kesultanan Sulu sudah tidak wujud lagi, Datuk Ramlah menerangkan masih ada orang di sekitar kawasan selatan Kepulauan Sulu ‘practice’ sistem kesultanan, yang mereka warisi dari orang tua.

Sehingga kini, Datuk Ramlah percaya, melalui apa yang dibacanya, perkara itu masih berlaku. Orang dari Kepulauan Sulu merasakan mereka masuk ke Sabah secara sah, padahal jika mengikut perundangan mereka dianggap pendatang asing tanpa izin.

Datuk Ramlah menegaskan isu ini perlu dibincangkan melalui aspek nasional dan masalah negara secara professional, bukan dipolitikkan.

Manakala seorang lagi saksi, bekas ketua Unit Penempatan Jabatan Ketua Menter Abdul Jaafar Alip mendedahkan seramai 73,000 pelarian dari Filipina disahkan status ‘pelarian’ yang mempunyai hak untuk tinggal di Sabah sekitar tahun 1976 sehingga 1985, dengan niat mereka haruslah berasal dari Mindanao Barat dan berniat untuk kekal tinggal di Sabah.

Abdul Jaafar memberitahu, orang pelarian tidak semestinya Islam untuk tinggal di sini, tetapi mereka adalah golongan tidak berumah dalam konflik di selatan Filipina pada masa itu. Beliau menambah lima lagi perkampungan ditubuhkan pada tahun tersebut, di Telipok dan Kinarut di Kota Kinabalu, Kampung Bahagia di Sandakan, Kamoung Selamat di Sempoerna dan petempatan Hidayah di Tawau.

Pelarian ini, setelah disahkan status, dirujuk ke Jabatan Imigresen di mana mereka boleh memohon untuk dokumen IMM13 yang lebih dikenali sebagai ‘Pas Lawatan Kerja’. Selepas itu, mereka juga diberikan kad pengenalan khas untuk membenarkan mereka tinggal di kelima-lima perkampungan yang tetetapkan, tetapi malangnya kad itu tidak diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Abdul Jaafar menambah skim penempatan itu dihentikan pada tahun 1985, berikutan pertukaran kerajaan dari Parti Berjaya kepada Parti Bersatu Sabah (PBS). Di bawah pentadbiran PBS, Abdul Jaafar berkata bancian peringkat negeri diadakan untuk mengenalpasti angka pelarian yang tinggal di Sabah. Bancian itu dilakukan dalam dua fasa, di mana fasa pertama melawat setiap rumah yang dipercayai tempat tinggal pendatang asing itu, manakala fasa ke dua mendaftar mereka dengan kad sementara yang dipanggil ‘Kad Burung Burung’.

Katanya, dokumen itu yang diberikan kepada pendatang dari Filipina, Pakistan, Indonesia dan India juga tidak diiktiraf oleh JPN sebagai kad pengenalan.

Teruskan membeli sebanyak mungkin newspaper tempatan dan nasional untuk menggumpul fakta-fakta ini untuk masa depan. Pendengaran awam ini akan berterusan sehingga 18 Januari, dan disambung dari 28 Januari ke 1 Februari, kemudian sesi terakhir dari 22 Ferbuari ke 27 Februari.

Leave a comment