Genap seminggu keputusan PRU13

Saya berkabung selama seminggu, bukan kerana dakwaan ‘blackout’ di tempat pengiraan undi. Tetapi kerana amalan ‘politik wang’ yang masih berleluasa ketika hari terakhir kempen.

Ada rakan yang bertanya kenapa perlu protes, kenapa perlu mempertikaikan kemenangan BN. Terima sajalah, katanya.

Aku bukannya ahli politik, tiada sebab kenapa aku perlu beriya-iya memenangkan parti pembangkang, kerana BN atau PR yang menang aku tetap makan gaji, bukannya terus jadi jutawan.

Sehari sebelum pembuangan undi, aku pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab keesokan harinya. Lagipun bolehlah aku membuat tinjauan du pusat-pusat pengundian untuk dijadikan bahan berita…

Kesedihan yang aku tidak tertanggung apabila melihat orang ramai berpusu-pusu berbaris di salah sebuah markas berdekatan dengan kawasan pengundian. Tujuan mereka berpanas di bawah terik mentari kerana mahu ‘claim’ duit mengundi RM100. Ada yang dapat, ada yang tidak dapat. Ada yang diam, ada yang mengamuk. Overall, memang agak kecoh di kawasan markas tetapi malangnya petugas sementara SPR juga turut sama mendapat habuan.

This, is one of the reasons kenapa FB profile aku went ‘blackout’ for a week. Just a personal protest, sedih dengan keadaan yang berlaku. Jauh sekali aku menyalahkan orang-orang kampung yang menerima ‘duit angin’ itu kerana wang sebanyak RM100 sangat bermakna pada mereka. Tapi sampai bila kita boleh menerima taktik sebegini?

Walau bagaimanapun, keputusan pilihanraya di negeri Sabah agak mengujakan. Sekarang Sabah mempunyai jumlah pembangkang yang lebih tinggi di Dewan Undangan Negeri berbanding PRU lepas. Dulu hanya ada 3 pembangkang, kini ada 12 orang.

1. Jelanu Hamdan (PKR), Matunggong

2. Jeremy Malazah (PKR), Kadamaian

3. Wilfred Bumburing (PKR), Tamparuli

4. Roland Chia (PKR), Inanam

5. Junz Wong (DAP), Likas

6. Christina Liew (PKR), Api-Api

7. Dr. Hiew King Cheu (DAP), Luyang

8. Dr. Edwin Bosi (DAP), Kapayan

9. Terrance Alon Siambun (PKR), Moyog

10. Lajim Ukin (PKR), Klias

11. Jeffrey Kitingan (STAR), Bingkor

12. Ching Foong Hin (DAP), Sri Tanjung

Jumlah ini mungkin agak kecil berbanding bilangan ahli-ahli Yang Berhormat dari BN tetapi aku percaya mereka boleh menjadi ‘pressure’ di Dewan Undangan Negeri untuk membawa usul dan mendebatkan dasar ataupun isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat Sabah.

Aku ucapkan selamat maju jaya kepada YB-YB dari PR dan BN yang telah memenangi PRU13, semoga lima tahun akan datang anda dapat bertanding dengan adil, dangan main buyuk, jangan kapsit!

Juga tahniah kepada tiga MP pembangkang Darell Leiking (PKR) dari Penampang, Jimmy Wong (DAP) untuk parlimen Kota Kinabalu dan Wong Tien Fatt (DAP) yang memenangi kerusi Sandakan.

Semoga kegagalan kali ini memberikan pengajaran agar dapat memperbaiki kelemahan anda. Sabah memerlukan pembangkang yang kuat dan bijaksana untuk membantu rakyat. Tanpa pembangkang, tidak mungkin ada ‘check and balance’ yang adil. Semoga YB-YB BN juga melaksanakan tanggungjawab mereka dengan saksama dan sebaik-baiknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: