Aku rasa sangat bertuah kerana dapat menyaksikan pelancaran Angkatan Perubahan Sabah oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Seri Wilfred Bumburing yang membuat keputusan kelujar dari Barisan Nasional.
Sebagai wartawan yang bekerja di syarikat akhbar tempatan, aku sering mempunyai kesempatan untuk menyaksikan beberapa perkara penting yang berlaku bukan sahaja dalam negeri tapi di dalam negara Malaysia secara amnya. Manis atau pahitnya sesuatu perkara itu, sebagai petugas media aku rasa bangga menjadi sebahagian daripada sejarah tersebut.
Perkembangan politik di Sabah, tidak kurang hebatnya sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terutama dengan khabar angin Wilfred dan Lajim Ukin dikhabarkan mahu menyertai pakatan pembangkang.
Seperti yang dimahukan oleh setiap rakyat Sabah, siapa sahaja pemimpin yang boleh menawarkan dasar-dasar terbaik untuk kami itulah yang akan mendapat tempat ketika pilihanraya (kes bom duit lain cerita). Masalah di Sabah terlalu banyak untuk dibangkitkan. Dari royalti minyak, cabotage policy, isu tanah, pendatang asing yang mendapat taraf kewarganegaraan dengan cara yang tidak jujur dan juga pengangguran.
Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang datang menyaksikan pelancaran ‘movement’ oleh Wilfred di Tuaran memenrangkan beberapa perkara berkenaan perjuangan Pakatan Rakyat di peringkat nasional.
Kalau kita memulakan cerita berkenaan Anwar, cerita ‘liwat’ adalah satu perkataan yang tidak pernah lari dari nama beliau. Walaupun kes baru-baru ini beliau dibebaskan dari tuduhan kerana bukti yang tidak masuk akal, tapi ramai yang fikiran diracuni dengan fitnah tersebut akan berfikir Anwar akan membuatkan negara ini kucar-kacir sekiranya memerintah kerana dia akan membalas dendam kepada pemimpin yang menyumbatnya ke penjara pada tahun 1998.
Walau bagaimanapun, mendengar ucapan Anwar pada hari tersebut membukakan hati apabila dia kata Pakatan Rakyat adalah gabungan parti politik yang mahu menunjukkan dasar-dasar jelas yang lebih baik dan menjadi pencetus kepada pemerintahan yang telus.
Katanya dia sudah meringkuk di penjara kerana difitnah, tapi kejadian tersebut menyedarkannya akan peranan pemimpin untuk menjadi jujur kepada rakyat dan berusaha sekeras-kerasnya untuk memastikan Pakatan Rakyat untuk ‘kiss goodbye’ politik jahat.
“Pakatan Rakyat bukannya mahu pegang kuasa kerana dendam. Dulu aku dipukul, juga ditelanjangkan. Tapi aku BUKAN nak pukul balik. Politik dendam tidak akan berikan manfaat. Kita mahu buktikan yang negara ini perlu ditadbir dengan baik dan bersih,” katanya.
Anwar juga berpesan sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, kerajaan persekutuan akan berikan kuasa kerajaan negeri sepenuhnya kepada pemimpin negeri, maka dengan itu adalah tanggungjawab orang Sabah untuk memilih pemimpin yang terbaik untuk negeri ini.
Katanya Pakatan Rakyat telah berikan komitmen untuk menurunkan harga miniyak, menaikkan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus, memberikan pendidikan percuma, kereta lebih murah dan juga mengkaji semula cabotage policy.
Walau bagaimanapun, urusan negeri perlu diberikan kepada pimpinan negeri keran hanya orang Sabah yang tahu apa yang terbaik untuk negeri ini. Jadi, ‘Elect the right Sabah, not just for Sabah but the right Sabah for the people of Sabah’, katanya. Anwar menegaskan pemimpin yang curang kepada rakyat di Sabah bukan sahaja pemimpin dari Semenanjung tetapi ada juga pemimpin dari Sabah sendiri yang khianat rakyatnya. Maka itu, Sabahan perlu memilih pemimpin yang benar-benar tahu apa yang terbaik untuk Sabahan.
Tapi kenapa ya? pemimpin sekarang bukannya the ‘right people’ untuk memerintah ka? Answer for yourself!