Selepas Lajim membuat kejutan melepaskan tiga jawatan dalam Barisan Nasional pada 28 Julai 2012, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing pada keesokan harinya (29 Julai 2012) pula mengumumkan ketidakpercayaannya kepada Barisan Nasional dan berhasrat membantu Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan.
Ramai orang tertanya-tanya, tidak kurang yang memaki hamun setelah Wilfred mengambil langkah meninggalkan Barisan nasional memandangkan kedudukannya yang selesa sebagai slaah seorang pemimpin Barisan Nasional di negeri ini.
Wilfred mengakui dia tidak dapat menjawab persoalan tersebut serta merta kerana terlalu banyak yang terbuku di dalam hatinya, kekecewaannya terhadap Barisan Nasional.
Menurut Wilfred, kemasukan Barisan Nasional dan Umno ke negeri Sabah pada tahun 1990an dianggap sebagai satu era baru di negeri ini. Pada mulanya Sabah telah dijanjikan dengan satu impian melalui apa yang disebut ketika itu sebagai ‘Sabah Baru’.
Sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional, Wilfred berkata dia dan rakan-rakan lain berharap dengan adanya Barisan Nasional dan Umno maka segala bentuk kepentingan negeri ini akan dilindingi dan dipertahankan. Tetapi, Wilfred mengakui apa yang kita saksikan adalah satu pencerobohan yang dasyat terhadap hak-hak rakyat Malaysia di Sbaaha melalui tindakan-tindakan serta dasar-dasar yang tidak memihak kepada kepentingan Sabah sebagai salah sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysuia.
Dari perkara kecil seperti permit teksi, lesen penjaja dan pembahagian rumah rakyat dan lain-lain yang banyak dimiliki oleh rakyat asing hinggalah kepada isu menegenai telaga minyak di perairan sabah yang di negara asing, Wilfred mengakui semua hal ini dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan negeri Sabah secara umum.
Masalah besar di Sabah, kata Wilfred adalah kehadiran sejumlah besar pendatang asing tanpa izin yang seolah-olah dibiarkan menduduki negeri ini dan membuat mereka menikmati segala kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk asal.
Ternyata, tangisan Wilfred meninggalkan Barisan Nasional bukanlah kerana kuasa yang ditinggalkannya tetapi pencemaran maruah orang asal Sabah melalui pemberian MykAd secara teratur dan dirancang kepada warga asing yang tidak layak. Baginya, tindakan tersebut merupakan satu lagi jenayah besar yang seakan-akan dilaksanakan demi memenuhi satu agenda yang tersembunyi kerana nama-nama yang mencurigakan kini sudah didapati berada dalam senarai pemilih dan boleh mengundi pada mana-mana pilihanrya.
Ketika Wilfred mengumumkan keputusannya meninggalkan semua jawatannya dalam Barisan Nasional, beliau juga menceritakan berkenaan Memorandum Pembatalan IC Projek (Sabah) yang telah dihantar kepada Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Dalam Negeri pada December 2010 untuk menyelesaikan masalah pemilikan kad pengenalan oleh bukan warganegara dengan cara yang tidak jujur.
Menurut Wilfred dia sudah menghantar bukti-bukti kukuh berkenaan hal tersebut tetapi selepas setahun barulah mendapat balasan dari kementerian yang menidakkan hal yang telah menjadi kerisauan orang-orang Sabah yang terasa dirompak haknya sebagai orang asal. Wilfred akui, kerajaan tidak pernah memanggilnya untuk bertanya lebih lanjut berkenaan hal ini malah menyangkal dakwaan banyak pihak berkenaan pendatang asing yang mendapat kewarganegaraan di Sabah.
Tindakan Wilfred untuk menyokong Pakatan Rakyat bukanlah terburu-buru tetapi sudah difikir masak-masak, dan ia adalah lanjutan daripada ketidak kepercayaan rakyat kepada pemerintah yang sedia ada.
Katanya sudah panjang masa yang dia berikan untuk pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menangani masalah kehadiran orang asing di Sabah tapi ternyata mereka tidak serius malah convert isu tersebut dengan memburuk-burukkan pembangkang. Dia kata masyarakat disajikan dengan cerita mengarut sedangkan perkara pokok seperti masalah pendatang asing ini tidak ditangani dengan jujur.
Dia mengakui kehadiran orang luar ke Sabah tidak salah selagi mereka datang dari pintu yang betul dan sah, bukan dengan cara tidak jujur seperti pepatah popular di kalangan orang tempatan “Hari Ini Datang Sabah, Kemarin Sudah Dapat MyKad’.
Sehari sebelum Wilfred membuat pengumuman di Salut, Tuaran, beberapa pemimpin dari parti komponen BN yang mendakwa Wilfred membuat keputusan untuk menyokong Pakatan Rakyat kerana dia sudah tidak dipilih untuk menjadi calon Ahli Parlimen Tuaran, sedangkan beberapa bulan sebelum ini Wilfred telah menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua BN Tuaran, dan UPKO sudah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanding di kerusi parlimen tersebut.
Walaupun sudah ramai tahu dia menang jawatan tersebut menang tanpa bertanding, tetapi media terus dikecam untuk memainkan isu bahawa Wilfred mempunyai agenda peribadi untuk bersama pembangkang kerana tidak dipilih menjadi calon. Dari mana diorang dapat alasan tersebut sedangkan Wilfred sudah menang tanpa bertanding tetapi mengambil keputusan untuk menolak semuanya?
To be honest, ramai wartawan mengakui yang mereka dihubungi oleh Jabatan ‘ehem ehem’ untuk tidak mengeluarkan kenyataan Wilfred kenapa dia meninggalkan BN. Namun, syukurlah banyak newspaper yang keluarkan story panas tersebut walaupun banyak berlapik.
Satu isu yang benar-benar menyentuh hati aku ketika Wilfred berucap (aku berada di sana untuk tugas), adalah berkenaan dengan Ordinan Tanah Sabah dan Enakmen Hutan yang telah mencabuli hak-hak orang asal. Kerajaan negeri bukan sahaja tidak mengiktiraf tanah adat malah menghalau mereka dari tanah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu, membakar rumah yang mereka diami dan meracun pokok-pokok tanaman mereka tanpa belas kasihan.
“Bagi masyarakan KDM, membakar rumah dan meracun pokok-pokok ini diibaratkan sebagai tindakan kejam yang sama sahaja seperti membunuh saudaranya di dalam rumah sendiri” kata Wilfred dengan nada agak sebak.
Wilfred yang banyak kali menyuarakan ketidak puasan hati berkenaan dasar-dasar yang kejam ini mendakwa luahannya tidak didengar malah disuruh berdiam diri dan disindir supaya jangan menjadi seperti pembangkang yang banyak bersuara.
Kalau tujuannya hanya mahu kesenangan, Wilfred berkata dia boleh terus bertahan dalam Barisan Nasional tapi ternyata suaranya yang ‘sumbang’ di kalangan pemimpin di pihak pemerintah tidak digemari dan dia tidak merasakan tugasnya berbaloi sebagai wakil kepada rakyat untuk membawa isu sebegini di pihak atasan.
Pada hari itu juga, Wilfred melancarkan Angkatan Perubahan Rakyat (APS), bukan parti politik tetapi satu pergerakan untuk membantu Pakatan Rakyat menyalurkan manifesto perjuangan mereka. Wilfred mengakui, tujuannya melancarkan ‘movement’ tersebut bukan untuk menjadi sebahagian kuasa dalam Pakatan Rakyat tetapi untuk menjadi orang belakang yang menyokong parti pembangkang supaya dapat menukar kerajaa di pilihanraya akan datang.
Dia melafazkan komitmennya untuk meneruskan perjuangannya dengan memberikan kesedaran kepada rakyat tentang pilihan yang lebih baik dan peluang untuk menggubal dasar yang lebih berpihak kepada kempentingan rakyat, bukan individu-individu yang memegang kuasa.
Kalaulah Wilfred mempunyai kekuatan untuk terus berjuang untuk mengubah dasar-dasar kejam di negeri ini, aku rasa next election dia perlu bertanding untuk Pakatan Rakyat di kerusi negeri supaya boleh mengubah dasar tanah dan beberapa dasar yang di bawah kerajaan negeri.
All the best untuk siapa sahaja pemimpin yang sanggup melangkah di jalan penuh duri untuk membantu rakyat teraniaya. Kalau itulah tujuan utama Wilfred, next election kasi TUUUKAR!