Menulis sekadar untuk suka-suka. Artikel-artikel beliau pernah dihantar untuk pertandingan menulis esei yang dianjurkan oleh MERPATI JINGGA. Terdapat artikel beliau yang telah dimuatkan ke dalam buku yang berjudul Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING.

DESCRIPTION
Melangkaui Sempadan: KONFLIKTING ialah sebuah kompilasi pelbagai rencana dan hasil karya seni hasil nukilan pendapat dan pemerhatian muda mengenai situasi dan pergolakan politik Malaysia. Penulis-penulis masih tidak ada nama di bidang penulisan, diberikan peluang dan platform bagi mereka menyatakan hasrat, cita-cita terhadap negara mereka. Kebebasan memberi pendapat yang semakin meruncing, sistem pendidikan yang memfokuskan kepada pembelajaran kajian dan kekangan universiti member sedikit sebanyak kebebasan mereka untuk berkongsi idea melalui penerbitan ini. Perbezaan pendapat yang diekspresikan di dalam buku ini bukan bermakna penulis-penulis ini menentang sistem dan budaya yang ada sekarang. Kekangan-kekangan itu sesungguhnya bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia dan Perlembagaan Malaysia.PRODUCT DETAILS :
Publisher : TokobukuISBN : 9789834371807
Author : Susunan oleh Faisal Mustaffa
Number of Page(s) : 56Item Price : RM10.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Item weight : 0.11 lb(s) Berminat untuk memiliki buku ini? Ikuti arahan berikut: 1. SMS 019-2232002 Taip <Item28Nov07>
2. Selepas mendapat harga sebenar, jawab SMS dengan menyatakan alamat surat-menyurat dan pindahkan * wang ke akaun Faisal bin Mustaffa MBB 114179439605. * pilihan: maybank.2u.com, Maybank kawanku ATM, atau cawangan-cawangan Maybank berhampiran.
Round 1
(Tahun Melawat Malaysia 2007)
Tahun melawat Malaysia 2007 telah dilancarkan pada 31 Disember 2005 di Dataran Merdeka dan dirasmikan oleh datuk Seri Najib Tun Razak. Program ini bertujuan untuk mempromosikan negara kita sebagai destinasi pelancongan utama di dunia. Maka bermula dari detik itu pelbagai usaha telah dijalankan untuk mempromosikan program ini termasuk iklan di media cetak dan juga elektronik.
Negara ini mempunyai pakej yang baik untuk dipromosikan kerana penduduknya terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Kita tidak pernah kesunyian dengan perayaan yang diadakan sepanjang tahun. Perayaan separti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Pesta Kaamatan, Gawai, Hari Kemerdekaan mahupun Citrawarna Malaysia adalah diibaratkan sebagai produk untuk menarik pelancong dari luar Negara mahupun masyarakat negara ini sendiri.
Pada hemat saya, perkara yang paling penting adalah menarik pelancong asing untuk datang ke Malaysia kerana kita mahu agar pelancong luar mengenali budaya kita dengan lebih dalam. Bak kata pepatah, ‘Tak kenal maka tak cinta’. Kebanyakan pelancong yang datang ke negara kita buat kali pertama pastinya akan merancang untuk kembali dan seterusnya akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama. Ini akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Jika tarikh 2 Julai 1997 indeks BSKL jatuh mendadak, negara kita mengalami kejatuhan ekonomi yang telah menyiksa segolongan masyarakat yang kehilangan kerja dan terpaksa menyara hidup dengan keadaan yang amat daif sekali. Kita tidak mahu perkara ini berulang kembali dan Tahun Melawat Malaysia 2007 merupakan salah satu program yang boleh meyakinkan pelabur luar untuk terus berniaga di dalam industri pelancongan kita.
Menurut sasaran 17.5 juta pelancong yang telah ditetapkan dari Menteri Pelancongan Malaysia pada tahun 2006, jumlah pelancong seramai 17.5 juta telah mengunjungi Malaysia dan angka ini sedang meningkat dan pastinya akan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Pendek kata, industri pelancongan sentiasa gah dan kukuh dan berupaya melonjak dan berkembang dengan baik.
Secara sedar atau tidak, kempen Tahun melawat Malaysia 2007 telah berjaya memupuk budaya melancong secara terancang di kalangan warga tempatan. Acara-acara seperti Karnival Beli Belah, Citrawarna, Pesta Makanan dan Buah-buahan serta program seperti homestay, pelancongan agro dan pelancongan warga emas merupakan di antara strategi bagi menarik masyarakat negara kita untuk melancong di dalam negeri demi mempekenal dan memajukan produk-produk pelancongan domestik.
Kita menjuruskan pemikiran kita sebagai positif dan menyokong program ini tetapi adakah kita telah berjaya menjadi tuan rumah yang berkualiti? Saya kecewa dengan sikap sesetengah jurujual di pusat membeli belah yang melayan pelanggan sambil menunjukkan muka masam dan kadang-kadang menggunakan kata-kata kesat. Beginikah sikap kita sebagai tuan rumah? Tepuk dada tanya minda.
****
Round 2
(RTM Perogol hak media)
Apabila berlakunya perang diantara Iraq dan Amerika, pemimpin Malaysia bermati-matian mencemuh CNN kerana bersikap pro-Amerika dalam menyebarkan berita. Aku menyifatkan pemimpin ini sebagai ‘memaku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’. Kebebsan rakyat di Malaysia untuk bersuara melalui media telah dicabuli kerana media (cetak dan elektronik) disekat melalui undang-undang, pemilikan media oleh parti politik dan juga penapisan oleh editor dan wartawan.
Aku mempunyai keinginan yang sangat besar untuk melihat keseimbangan dalam media. Aku mahu setiap lapisan rakyat mempunyai medium mereka untuk menyuarakan apa yang mereka mahukan. Perbincangan yang menyeluruh harus dilakukan tanpa mengira kasta dan kedudukan.
Jesteru, pihak media jangan sesekali menyebarkan khabar angin. Dari sini, kita dapat lihat bahawa institusi pengajian tinggi awan dan swasta mahupun pertubuhan NGO yang menawarkan kursus di bidang ini memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang menegakkan keadilan dan kebebasan masyarakat.
Secara logiknya, pihak media tidak boleh dimiliki oleh mana-mana parti politik kerana kita mahukan maklumat yang benar dan jitu. Sebagai contoh, di Malaysia itu sendiri arus perdana RTM dimiliki oleh kerajaan dan mereka digunakan sebagai medium utama untuk memanipulasikan rakyat. Mereka menggunakan saluran ini untuk memburuk-burukkan pihak lawan dalam politik. Perogol hak media namanya!
Masih ingat pilihanraya di Ijok? Kejadian membaling botol diantara satu sama lain dijadikan propaganda untuk memburukkan Parti Keadilan Rakyat. Begitu juga dengan video rakaman Anwar Ibrahim menari. Masyarakat yang tidak mengetahui hal sebenar menjadikan video tersebut sebagai bahan gurauan dan cerita panas di kedai-kedai kopi. Aku amat kecewa dengan keadaan ini tapi kita haru menerima kerana RTM merupakan arus perdana dalam menjadikan media sebagai senjata mereka untuk berkempen.
Perkara ini jelas menunjukkan yang media cetak dan elekrtonik di Malaysia adalah berat sebelah dan ia telah berlaku sejak beberapa dekad lalu. Sehingga kini tiada apa-apa perubahan berlaku. Tiada kebebasan. Tapi kenapa? Takut pada ISA? Takut didakwa? Takut disaman? Kenapa kerajaan yang menentukan hak kita sedangkan kita sebagai rakyat yang harus menentukan siapa yang di atas sana?
Bukalah mata anda. Dah berbuih mulut kita laungkan hak kebebasan media. Belum ada perubahan yang kita nampak. Dah penat kita buat demonstrasi tapi hanya ‘sunburn’ yang kita dapat. Marilah kita satukan suara kita. Tunjukkan hak kita untuk bersuara di media. Hapuskan media kerajaan. Belilah akhbar dari Barisan Altenatif lain dan buku-buku yang ditulis oleh individu ‘free thinker’ barulah membuat penilaian sendiri. Begitu juga dengan siaran televisyen. Jangan Cuma mendengar kata-kata pujian dari kerajaan untuk orang-orang kuatnya. Belajarlah untuk menerima bahawa mereka sebenarnya lebih teruk daripada insan yang mereka fitnah di saluran media mereka sendiri. Jika terus mahu membela mereka, tepuk dada, tanya minda.
****
Round 3
(Apa jadi pada sumpah Ahli Parlimen)
Golongan kebanyakan membawa maksud masyarakat yang terdiri daripada kelompok sederhana dan bawahan. Ia membawa erti berlawanan kepada golongan atasan yang punya kedudukan serta pangkat. Lebih sedap dipanggil GOLONGAN ELIT. Perkataan ‘mewakili’ dalam erti kata ini pula membawa difinisi ‘menjadi mata dan mulut rakyat untuk bersuara’. Jika kita melihat sejauh mana Ahli-ahli Parlimen di Malaysia mewakili rakyat kebanyakan, tidak ada tali pengukur ataupun alat sukatan yang memberikan jawapan tepat. Kita lihat sahaja apa yang berlaku di tempat masing-masing.
Saya tidak punya waktu untuk menyelidik atau ‘busy body’ bagi menyelami apa yang telah dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen kita dari setiap ceruk di Malaysia. Namun melalui pemerhatian mata kasar ini, saya sebagai golongan kebanyakan rasa terkilan kerana jawapan saya menjurus kepada negatif. Kita ambil contoh pelajar-pelajar yang dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.
Sebilangan kecil daripada mereka sahaja yang mendapat biasiswa dan pinjaman boleh diketegorikan sebagai golongan kebanyakan. Saya bercakap melalui pengalaman saya di mana kebanyakan pelajar yang mendapat tajaan JPA adalah anak kepada meraka yang bergelar Datuk, Tan Sri dan juga golongan atasan pegawai kerajaan walaupun keputusan peperiksaan mereka lebih kurang sama sahaja dengan kami (golongan kebanyakan) yang belajar dari tajaan ibu bapa.
Seperti yang kita tahu, Ahli Parlimen mempunyai kod etika mereka sendiri. Ahli Parlimen sebelum mengambil kerusinya telah mengangkat dan menandatangani sumpah akan dengan jujur menunaikan segala kewajipan sebagai Ahli Parlimen dengan segala daya upaya serta menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia. Tata laku Ahli Parlimen secara am pula adalah seperti berikut:
i) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa adil, amanah dan bijaksana;
ii) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa berintegriti dan mempamerkan akhlak yang terpuji;
iii) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menghindar diri dari kegiatan yang boleh mendedahkan mereka kepada rasuah;
iv) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa menunjukkan tata laku dan keperibadian yang terpuji dan boleh dicontohi baik dalam kapasiti rasmi mahupun dalam kapasiti persendirian;
v) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa bertanggungjawab (accountable) atas segala tindakannya; dan
vi) Ahli Parlimen hendaklah sentiasa mengamalkan gaya hidup mengikut kemampuan masing-masing
Jika dilihat dari contoh peruntukan biasiswa untuk pelajar ke luar negara, dengan rasa tidak puas hati saya memberikan jawapan kepada persoalan kali ini. Sejauhmanakah Ahli-ahli Parlimen Di Malaysia Mewakili Rakyat Kebanyakan? Maka jawapan saya: TIDAKLAH SEJAUH MANA… Sudah ramai golongan kebanyakan seperti saya yang tidak punya semangat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kami bukan anak kepada Datuk atau Tan Sri. Golongan kebanyakan seperti kami digalakkan belajar di dalam negeri sahaja. Jangan banyak cakap nanti tidak bisa kerja selepas ‘grad’. Ada tak Ahli Parlimen yang tidak setuju? Tepuk dada, Tanya minda. Jangan Tanya selera.
****
Round 4
(Belia Tonggak Keterusan Kepimpinan)
Golongan belia merupakan golongan majoriti yang mendominasi populasi rakyat Malaysia. Belia diertikatakan sebagai mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Selaku golongan paling ramai, belia memainkan peranan ke arah pembangunan negara.
Belia sering dikaitkan dengan semangat yang tinggi, berkarisma, semangat juang yang kental dan seumpamanya. Belia merupakan tonggak kepada keterusan tampuk kepimpinan kerana belialah yang akan menggantikan pemimpin masyarakat yang akan pergi. Belia yang berkualiti perlu dihasilkan untuk memastikan negara ini dipandang sebagai negara yang bermaruah dan terhormat. Kelompok belia ini pasti mempunyai kesedaran untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara.
Politik merupakan satu cabang perjuangan yang harus diceburi oleh belia bagi melahirkan baka pemimpin yang benar-benar cekal dalam memperjuangkan kedaulatan maruah sebagai warganegara. Jika di Malaysia, kita masih terdedah dengan pimpinan politik yang menjurus kepada susur galur berkeluarga dan kurang menonjolkan pemimpin baru yang benar-benar berkelayakan.
Adakah ini yang kita mahukan dalam corak pentadbiran negara kita? Waris menteri adalah anak dan cucu. Atau juga anak menantu? Mungkin juga penulis artikel ini disifatkan sebagai pengecut kerana tidak menyatakan nama para pemimpin di yang dimaksudkan tetapi sesiapapun yang membaca dengan logik pasti dapat meneka di dalam hati siapakah yang dimaksudkan di sini.
Namun sejak kebelakangan ini, telah muncul beberapa anak muda yang tergolong di dalam kelompok belia sudah mula menonjol dan berani untuk berpolitik kerana dunia kita semakin maju. Fikiran lebih terbuka dan tidak lagi di takuk lama.
Belia masa kini sudah mula menjinakkan diri untuk mempertahankan hak dalam berpolitik lantaran inspirasi daripada semangat perjuangan beberapa golongan intelektual yang telah membuka mata dunia. Contoh paling mudah, pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Ini merupakan salah satu sejarah dunia yang banyak menjadi idola kepada perjuangan belia alaf baru yang mahukan keadilan.
Setiap inci langkah perjuangan belia pada masa ini adalah penentu arus perjuangan negara di masa akan datang. Jestru, Hishamuddin Tun Hussien yang kononnya ingin mengambil tindakan tegas ke atas guru-guru yang aktif berpolitik boleh dianggap sebagai melampau kerana golongan pendidik merupakan insan-insan ilmuan yang mempunyai pemikiran yang bisa membuahkan bibit-bibit manusia yang cintakan negara. Mereka tidak sepatutnya dihalang daripada berpolitik cuma perlu diberikan garis panduan yang sesuai dengan etika sebagai pendidik.
Setiap pengundi yang berdaftar tidak kira dari golongan manapun harus diberikan peluag untuk berpolitik terutamanya golongan belia. Rakyat yang terdiri daripada majoriti golongan belia sepatutnya menentukan siapakah pemimpin mereka dan bukannya pemimpin yang menentukan siapakah yang layak dan tidak layak untuk berpolitik. Jika belia dari golongan pendidik ini dihalang untuk berpolitik, bukankah ini taktik kotor dan busuk hati? Tepuk dada, tanya minda!
****


November 13, 2007 at 7:55 am |
buat yang terbaik untuk kita bumiputra malaysia. BERSIH ITU INDAH SEPERTI WARNANYA jangan campurkan putih itu dgn warna lain. HIDUP TOMBONUO!
November 17, 2007 at 8:14 am |
uh i just wanna say thanks for the compliment,
nothing is less dear.
roles
December 11, 2007 at 3:00 am |
nice article you got there…
December 11, 2007 at 3:40 am |
THANKS GUYS!
January 31, 2008 at 2:44 am |
good job mariah!
hehe
i dah baca artikel u di ‘konflickting’
sgt cool!
January 31, 2008 at 3:40 am |
really? thanks, kiki. i belum baca pun buku tu
April 1, 2008 at 1:40 am |
Benda ni mmg sensitif.. n islam memang ndak pernah memaksa seorg tu untuk masuk kedalam islam… n mmg dlam Islam pun… Tidak boleH memaksa Orang yng buKan islam tu MAsuk kedalaM islaM… melainKan denGan keinginaN Diri SenDiri..
DalaM Islam… kalo SeOrang Tu BerAgaMa Islam.. Dia keNa ikuT Apa yaNG ISlaM SdaH garisKAn.. PeremPuan IslaM ndak bOleH mengaHwiNi lelAki yang Bukan IslaM.. MelainKAn lelaKi tu maSuk ISlam dahUlu.. baRu Boleh KawiN… n benda Ni menJadi KewajiPan UntuK Orang PeremPuan Muslim tu (SahaJa)UntuK ikuT.. n Sama jugaK dengaN pihaK lelaki… Benda tu tidak Tertakhluk Untuk yang Bukan MuSlim.. samaada PeremPuan au lelaKi…
2 masaalah YAng kita keNa bezakan disini…
1. MasaalaH yang BerkaiTAn dengan General Situation
2. Masaalah yang ada hubung-kaitnya dengan Agama….
n Bila Kita ckAp psl seSuatu MasAalah.. Kita ndak Boleh MenCampuR-Adukkan Point2 yang pentIng…
1. Massalah YAng BerkaiTan denGAn SituaSi SemAsa..
- Pandangan BahaWa Islam itu memakSa OraNg yanG buKan Islam MemelUk IslaM.
Seperti yang sy katakan td, Islam sama sekali tidak membenarkan penganutnya memaksa orang yang bukan Islam untuk memeluk ISlam. dan hal ini pun termaktb dalam Al-Quran.
-Pandangan bahaWa apabiLa SeseoraNG itu Sdah Menagut ISlam, maka Dia TErpakSa meninggalKAn Segala AdaT tuRun temuruNnya..
Setahu Saya, AdaT kiTa oRang2 Bumiputera ini Adalah berlandaskan Kepada Benda-Benda yang baik2. DahuluNya, Bangsa di Sabah iNi banYak memperCayai Benda-Benda GhaIb n yang Seumpamanyalaa.. selepAs itu datNGlaa Kristian, Islam, n len2 AgaMa unTuk MeluRuskaN lagi KonseP dan PemikiRan oraNg-OranG sabaH. Tapi bnda ini bukaN persoalaNnya….
yaNG sy mau Highlightkan disini ialah Islam Mengajar UmatnYA untuK Menjadi leBih Baik. Apa2 yaNG baik semuanya diterima dalam ISlam. dan ISlam menghalaNG benda2 yang MenjatuhkaN maruAh dan MArtabat malaH isLam MenjaGa dan MengangKat keduduKAn sesuatu BangSa itu. kesimPulannya, AgaMa menJAdi Teras kePAda AdaT n BudaYA sesuatu BangSa… Tidak Kiralaa bangSa apa pUn.. CthNya DusuN yang BerAgama KristiaN.. dia MesTi akaN menyeSuaikan AdatNya deNgan AgamaNya.. kalau Dulu oraNG2 dusuN berpegaNG kepaDa KonseP ketuhaNan yang Lain, SetelaH masuk Ke krisTian, dia Kena Ubah n mesTi Alter ckiT AdaT dan KebiasaanNya SupaYa selaRi DengaN KristiAn.
-PandaNgan bhaWa selepaS maSuk Islam, Anak-Anak SdaH tiDak Ada hubuNgan dengaN iBu-Bapa.
ActuallY, IslaM tiDak pernaH mengajaR bahawa selePas masuK islaM, HUbungan dengan Ibu-Bapa YANg bukan Islam akan terputuS begitu sahaJa. Bahkan ISlam MeWajibkan Anak-Anak yang meMeluk Islam AgaR menjaga dan MembuAt keBaikaN kePada Ibu Bapanya.. WalaupuN ibu-bapaNya itu BUkan ISlaM.
2. Perkara yang Ada Hubung kaiTnya Dengan AgaMa
-Dalam Islam, seperti yang Saya Cakap diatas Td, Bila Seseorang SudahPun Islam, dia tidak boleh lAri dariPada mengikuTi hukuM2 Islam. Cthnya masaalah kahwin yang saudari ckp diatas tu. Benda itu Sdah TermakTuB dalaM IslaM. BendA yang TidaK boleH diUbah laGi. Wanita Islam tiDak Boleh berkahWin dengan leLAki yang Bukan Islam. Ini adalaH benDa yang Berkaitan Dengan PeratuRan Islam. Benda YaNg tiDak boleh DijadikaN Isu Oleh Orang2 yaNG bukaN Islam. dan PeratuRanyaNya tidak tertakhluK kepaDa oraNG yang bukan Islam. So, mau Ndak MAu, Lelaki YAng BuKan MusliM, Bila mau MengahwiNi Wanita yang MusliM, kena mSuk duLu Islam baru boleH kahwiN. KalO ndaK, Ndak boleh Laa Kawin Nagn Wanita MusliM tu. KeraNa WaniTa musLIm tu Ada PerjanJian dan Peraturan yang Wajib Diikuti.
N benDa ini tidaK berSifat PAKSAAN. Ia leBih BersiFat ToleRansi. KalAu lelaKi iTu BetuL maHu MengahwiNi PeremPuan MuSliM itu, dia jUga kenalaa berToleransi Dengan PeratuRan yang telah ditetapkaN oleh AgaMa Wanita Islam ini.
realiti yang Berlaku Hari ini, banYak juga Sy jumpa org2 yang mcm ni.. cuba try tanya dengan Org2 yang memeluk Islam ini sebelum berkahwain ngan wanita muslim. Jwapannya, Mudah.. FaktoR Kahwin Bukanlah faktor Utamanya untuK memeLuk ISlam. bilA ditanya, Dorg suka Dengan Cara hiDup yang IDajarKan oleh Islam. Memanglah realiti yang Berlaku hari ini, Orang2 islam amat lemah sekali. tapi Ndakkan laa kita Bagaikan salahkan Van bila Pemandu Van yang bawa kereta ndak betul. Sama jugak kita mau judge Islam itu dari Penganutnya yang banyak buat Salah. Sepatutnya, Kita liHat Islam iTu dari PerspektifNya yang seBenaR.. Iaitu KAndunGan Al-Quran itu Sendiri. Bukan meLIhat KepadA penganut islam yang Lemah.
Sama Jugak Dengan masaalah MurtaD. Dalam Islam, murtaD Adalah DIHARAMKAN. TidaK boleH seseorang yang Sudah ISlam itu Keluar Dari Islam. So Peraturan ISlam MenetapkaN BahaWa Orang2 Islam Tidak Boleh keluar Dari Islam. Tidak Ada PAksaan Dalam BerAgama itu MembaWa 2 makSud.
1) Seorang MusliM tiDAk boLeh memakSA oraNG2 yang Bukan Islam Menganut IslaM.
2) Orang IslaM AdalAh WajiB UntuK mengamalkan Apa yang dibaWa Oleh ISlam.
Tidak Ada PAkSaan tu memBawa kePAda RelaTion anTara yang Muslim n yang buKAn Muslim SahaJa. ManaKala Orang IslaM itu Mesti memaHamai dan Mengikuti apa Yang dibawa dan Diajarkan Oleh Islam.
ApapuN Sy HaraP SauDari tiDak SalaH anGgap denGan apa Yang Sy sebuTkan DiAtas. SY cuma mahu MerungkaikaN SedikiT SimpulaN BenanG yang Di Himpunan BenanG yang AmaT banyaK. Dan pAstiNya BenaNg ini Bukanlah Terdiri DariPAda BEnanG yang KebasaHan. CumA keLemahaN piHak2 Tertentu MenyebabKAn iAnYa Nampak seolah-olaH beNanG yang BAsaH..
PeaCe…
“Maka, adalah baik sekiranya sesebuah negara itu mempunyai agama rasmi sebagai tunjang kedaulatan dalam kepimpinan tetapi tidak mengikat rakyatnya dengan beban yang berunsurkan paksaan beragama. Dalam negara yang berbilang bangsa dan agama sebegini, isu agama sangat sensitif untuk dibicarakan. Biarlah kita percaya apa yang kita pegang kini. Kerana hubungan baik sesama kita semua itulah yang paling utama. Aku percaya akan agamaku, Kristian. Dan aku mencintai Fazly yang beragama Islam. Aku juga mengasihi sahabatku Jaswarren yang beragama Hindu. Begitu juga sayangku kepada Ang Sock Hoon tidak pernah pudar meskipun dia beragama Buddha. Aku cukup berbanga dengan warna-warni budaya yang tumbuh mekar di negara ini. Adakah anda ingin pecah-belahkan keharmonian yang ada sekarang? Tepuk dada, tanya minda!”
P/S :- Sy Setuju deNgan PerenggaN laSt ni…
Let Us MaKe PeacE toGetheR..
http://www.al-basayuv.blogspot.com
April 1, 2008 at 1:40 am |
Sori PAnjaNG SangaT..
September 4, 2008 at 9:50 am |
pls Mariah hantar saya 1 buku ko tu di KM k
September 5, 2008 at 11:54 pm |
going back Marudu this afternoon. will bring 1 book. So, ko datang cafe kami before evening.
December 26, 2008 at 11:09 am |
Kita harus bicara dengan minda dan bertingkah dengan kata demi keamanan sejagat raya. Selamat melayari log saya http://mutalibmd.blogspot.com
March 9, 2009 at 6:15 am |
Teruskan berjuang demi kehidupan demokrasi yg sejati..
ramai yg support ko dr blkng…
July 10, 2009 at 5:10 pm |
Lady…
Kalo ko ada masa p keningau bulela kta sembang2 kejap tuk tukar idea…
emel.. Goyang_hai@yahoo.com.my