PKR mengulangi janji tahun 1994, kata Herbert

January 27, 2012

SOURCE: THE BORNEO POST 27 JAN 2012

Kalau cerita pada 1994 tu, Anwar cumalah seorang TPM manakala Mahathir adalah manusia yang paling layak untuk menjawab. Di Sabah pula, Ketua Menteri sepanjang 1994 sehingga 1998 ialah Sakaran dan Salleh. Kenapa Herbert tidak bertanya apa yang mereka telah buat untuk Sabah?

Mustahil sangat ka untuk menubuhkan RCI dan memberikan 20 peratus royalti minyak?

Sekeras manapun PBS ‘menyalak’ di dewan undangan negeri atau parlimen? Di mana suara mereka di mata PM? Maximus dari PBS jugalah yang jadi ketua untuk mengkaji hal ini. Di mana RCI? Kalau tengok PBS dengan UPKO, i think UPKO lebih berani cakap pasal RCI. Tekejut jugalah tiba-tiba nampak Herbert keluar dengan statement macam ni pagi tadi, sedangkan kalau wartawan buat PC Herbert jarang mahu buat kenyataan. Ahaks!


Macamana tabur janji kosong kalau benda belum jadi?

January 25, 2012

Sebelum mengulas lanjut, sila baca petikan akhbar ini.

Anwar Hanya Tabur Janji Kosong Untuk Raih Sokongan Rakyat Sabah, Kata Musa

KOTA KINABALU. 24 Jan (Bernama) — Pelbagai janji yang ditabur oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Sabah termasuk menaikkan pemberian royalti minyak sehingga 20 peratus dianggap sebagai janji kosong yang sengaja digembar-gemburkan semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sudah menjadi lumrah bagi parti pembangkang menabur pelbagai janji apatah lagi menjelang pilihan raya umum.

“Ini kerja pembangkang… mereka menjanjikan apa saja bulan dan bintang kerana mereka tahu mereka tidak memerintah dan mereka bukan kerajaan.

“Semua janji ini adalah janji palsu. Saya percaya rakyat Sabah tahu janji ini adalah janji yang tidak boleh ditepati,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di Dewan Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, dekat sini Selasa.

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Anwar berhubung perkara itu pada majlis Rumah Terbuka PKR di Dewan Kian Kok, Likas, dekat sini semalam. Beliau berharap rakyat Sabah tidak mudah terpedaya dengan janji manis parti pembangkang untuk meraih sokongan.

“Saya percaya rakyat kita tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tahu kerajaan BN adalah pilihan yang terbaik kerana BN sentiasa mengotakan janji,” katanya.

Sambil memberi contoh pemberian bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, bantuan buku RM200 untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 bagi mereka yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, Musa berkata ini membuktikan kerajaan BN benar-benar mengotakan janjinya “tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji kosong”.

Mengenai sambutan Tahun Baru Cina, beliau berkata ia merupakan landasan terbaik untuk memantapkan perpaduan di kalangan rakyat pelbagai suku kaum.

“Amalan saling mengunjungi ke rumah-rumah terbuka adalah baik untuk menyemai semangat persaudaraan dan kekitaan dalam masyarakat majmuk seperti di negara kita termasuk di Sabah,” katanya.

Sumber: BERNAMA 

Apakah ertinya ‘janji kosong’ pada anda? Kalau hari ini saya berjanji untuk membayar hutang kad kredit pada hujung bulan, adakah anda berhak kata itu adalah janji palsu walaupun sekarang masih di pertengahan bulan?

Inilah kekeliruan dengan statement Musa. Kalau betul Anwar janji kosong, apa kata serahkan Sabah kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk 1 penggal. Biar rakyat tengok adakah PR boleh tunaikan janjinya? Actually benda ni (janji 20 peratus royalti minyak untuk Sabah) bukanlah perkara baru.

Benda ni bukan sahaja Anwar tetapi ia telah terkandung dalam Buku Jingga edisi Sabah. Janji PR adalah untuk menunaikan 10 janji dalam masa 100 hari selepas memerintah. Sebagai rakyat yang benar-benar mengikuti penderitaan Sabahan dan kemahuan mereka sejak dulu, aku melihat Buku Jingga adalah deal yang terbaik untuk kita.

Bukan apa, kalau penubuhan RCI pun tidak mendapat sokongan jitu, inikan pula untuk menunaikan permintaan-permintaan orang Sabah yang sekian lama tertunggak? Alah, paling senang jalanraya ke Sonsogon Magandai dan perkampungan Sonsogon lain di kawasan Kota Marudu…

Kalau PR boleh buat lebih baik apa salahnya tukar government? Bukannya lama sangat pun, 5 tahun sahaja berikan peluang. Lepas itu tengok sejauh mana mereka boleh deliver.

Jangan telampau taksub sama BN tu. Dalam masa yang sama, jangan juga taksub dengan PR. Kita ni kena hidup dengan logik dan berbatas. Fikiran biar ada akal sikit. Biar sekolah tidak tinggi, tapi jangan kena pijak, jangan ikut telunjuk orang, jangan jadi tukang kipas punggung!

Betul juga cakap ketua PKR Sabah, Ahmad Thmarin Jaini ketika aku hubungi petang tadi untuk meminta komen berkenaan statement Musa. Thamrin kata adalah tidak adil Musa membuat pre-judgement sebelum PR memerintah.

Thamrin kata Musa tidak layak untuk berkata bahawa Anwar mahupun ahli pembangkang cuma berjanji kosong dengan kenaikan 20 peratus royalti minyak kerana Musa sendiri tidak berusaha ke arah itu.

Betul juga la kan? Kenapa Musa perlu marah kalau dia sendiri tidak pernah berusaha untuk fight demi Sabah? Kenapa Musa sendiri tidak pernah respon secara serius berkenaan isu pendatang asing? Hmmm itu pendapat peribadi aku la…


Pemimpin PR Sabah Jangan Mimpi Atur Projek Selepas Memerintah! – Anwar

January 23, 2012

Ketibaan DS Anwar ke Kota Kinabalu tengahari tadi untuk menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR KK adalah antara event yang dinanti-nanti kerana hari ini adalah hari pertama Anwar menjejak kaki ke Sabah setelah ‘dilepaskan’ dari tuduhan Fitnah 2 oleh hakim mahkamah tinggi, pada 9 Januari baru-baru ini.

Aku datang bersama media lain ke dewan Kian Kok, Likas sekitar 30 minit sebelum ketibaan Anwar, menantikan apakah ‘highlights’ dalam ucapannya kali ini.

Ramai yang menjangkakan dia akan mengimbas kembali Kes Fitnah 1 dan Kes Fitnah 2, tapi Anwar tidak bercakap berkenaan hal tersebut, malah katanya dia maafkan ‘mereka-mereka’ yang menganiaya dirinya.

Anwar kata, perjalanan di hadapan masih jauh lagi. Orang yang ingin maju perlu berfikiran jauh ke hadapan, cerita lama biar tinggal di belakang dan maafkan orang yang sengaja menjatuhkan (Aku percaya, setiap sebanyak mana kita memaafkan orang yang bersalah kepada kita, Allah akan melimpahkan lebih banyak kurnia).

Oleh kerana sambutan CNY di Sabah dihadiri oleh semua lapisan masyarakat tidak kira agama dan bangsa, Anwar dengan sejelas-jelasnya mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang mendoakan kebaikannya.

Walaupun berbeza kepercayaan, Anwar merakamkan terima kasih bukan sahaja kumpulan-kumpulan masjid yang menghantar mesej untuk mendoakan kebaikan untuk Anwar tetapi juga kepada semua gereja-gereja dari pelbagai dominasi serta kuil-kuil yang mengadakan sembahyang khas untuk memberikan kekuatan dan melindungi orang yang dianiaya kerana kuasa.

Menurut Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memerintah kelak, segala sistem dan dasar yang menganiaya warganagara Malaysia dan cuma memberikan keuntungan kepada sesetengah pihak berkuasa sahaja akan dihapuskan serta merta dan digantikan dengan dasar dan sistem baru yang lebih baik, mengikut kehendak rakyat sendiri.

Aku personally suka bila Anwar kata sistem kewangan dalam PR perlu telus, kukuh dan tegas.

“Kalau PR memerintah Sabah, kerajaan akan kembalikan sekurang-kurangnya 20 peratus royalti minyak kepada negeri ini. Tapi harus diingat, wang tersebut untuk rakyat, untuk pembangunan dan pembelaan sewajarnya. Bukan untuk wakil rakyat. Jadi, kalau mahu jadi pemimpin PR jangan bermimpi untuk mengatur projek. Sistem kewangan perlu telus, kukuh dan tegas. Trust no one with money” – Anwar Ibrahin, KK PKR Chinese New Year 2012.

Ini adalah quote kegemaran aku sepanjang ucapan beliau. Jangan harap la pemimpin BN berani memberikan statement atau ucapan begini kerana bukti nyata telah diberikan setelah hampir sepenggal memerintah, laporan Audit Negara meletakkan negeri yang terbaik menjaga kewangan nombor satu Pulau Pinang dan nombor dua Selangor. Ini kerajaan PR.

Anwar kata, pada tahun 2008 banyak kata-kata dari pemimpin Sabah dan Sarawak mahu memberikan peluang kepada BN untuk memperbaiki keadaan, namun perkara pokok seperti dasar dan sistem yang ‘corrupted’ tidak menampakkan perubahan.

Dia berharap rakyat Sabah dan Sarawak akan memilih PR kerana BN telah GAGAL memperbetulkan apa yang SONGSANG di kalangan pemimpin.

Anwar mengimbas kembali ketika dia masih lagi Timbalan Perdana Menteri, ketika itu di Ketua Menteri Sabah ialah Sakaran Dandai. Dia telah menerima mesej dari kerajaan negeri bahawa rakyat dan negeri Sabah telah menyumbangkan 50ribu ekar kepada ayah Anwar sebagai tanda penghargaan.

Anwar sangat hairan bagaimana Ketua Menteri Sabah ketika itu mempunyai kuasa untuk memberikan tanah sebesar itu sesuka hati tanpa persetujuan dirinya sendiri. Anwar kata dia terkejut kenapa tanah di Sabah diberikan kepada orang luar tanpa sebab, sedangkan ketika itu ramai lagi penduduk negeri Sabah yang berhadapan dengan masalah tanah.

Akhirnya, Anwar sendiri menulis surat rasmi kepada Sakaran “MENGARAHKAN” naman ayahnya dibuang dari pemilik tahan 50ribu tersebut. Anwar mencabar kerajaan negeri untuk memeriksa fail sekiranya tidak percaya dengan kata-katanya.

Apa yang Anwar cuba jelaskan adalah bertapa senangnya Ketua Menteri memberikan tanah kepada sesiapa sahaja yang dia mahukan, tanpa mengikut sistem yang sepatutnya. Inilah yang menyebabkan ramai orang Sabah terkapar-kapar meminta tanah mereka diserahkan kembali, namun Ketua Menteri tidak pula selesaikan masalah tersebut dengan “KUASA” yang ada padanya.

Secara kesimpulannya Anwar kata kalau mahu negara ini “Mien Mien Hao” (Tahun-Tahun Bagus), maka rakyat perlu consider untuk memberi peluang kepada PR untuk memerintah negara ini. Rakyat di Semenanjung sudah bangun, inilah masanya Sabahan bangun mencari harapan baru!

Teringat pula dengan janji PR untuk melaksanakan 10 perkara dalam masa 100 hari memerintah Sabah melalui Buku Jingga. Maknanya janji tersebut adalah janji bertulis. Orang bilang Hitam Putih la bah kan… Apakah 10 janji Buku Jingga versi Sabah?

BUKU JINGGA SABAH:

1. Menjunjung kedaulatan Sabah sebagai negeri sah dalam Malaysia dengan mematikan sebarang tuntutan  bertindih termasuk menghentikan bayaran kepada negara asing yang membuat tuntutan itu.
2. Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menuntut hak Blok L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah dan mengambil tindakan mahkamah kepada mereka yang bertanggungjawab.
3. Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya Di-Raja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.
4. Memperuntuk RM1 bilion sebagai modal awal wang hasil royalti gas dan minyak dalam Tabung Warisan Sabah kepada rakyat Sabah yang pendapatan isi rumahnya bawah RM1,500 setiap keluarga.
5. Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.
6. Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.
7. Melancarkan program Borneonisasi dalam sektor perkhidmatan awam secara berperingkat-peringkat untuk memastikan jawatan utama dipegang rakyat Sabah.
8. Menuntut hak ke atas semua pulau-pulau kecil di perairan Sabah yang tuntutannya belum diselesaikan demi menjamin kedaulatan sempadan Sabah dan hasil minyak dan gas di perairannya.
9. Menghormati dan mengiktiraf hak tanah adat dan menarik semula semua kes mahkamah berkaitan, yang dibawa kerajaan negeri sebelum ini.
10. Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.
Kalau tengok secara logiknya, ini baru 100 hari memerintah bah kan? Apa lagi kalau beri peluang 5 tahun untuk memerintah. Kalau rasa janji tidak tertunai, tukar saja la pigi STAR ka… SAPP ka… yang penting bukan BN. Cukup-cukuplah tu.

P/S: Bagus juga kalau ada persefahaman untuk gabungkan STAR dan SAPP dalam PR kan? Tapi buli ka itu?


901: Kemenangan di hati rakyat

January 21, 2012

Kes Fitnah II menyaksikan kegembiraan rakyat setelah Anwar Ibrahim diputuskan tidak bersalah pada 9 Januari 2012. Syukurlah, doa kita didengari supaya kebenaran berpihak kepada yang dianiaya.

Rasulullah SAW, bersabda, 

“Tiga orang yang do’anya dikabulkan: Do’a orang tua, musafir dan orang yang dianiaya”.

Walau bagaimanapun, mari kita mengimbas beberapa fakta Fitnah I (Pengadu bernama Azizan Abu Bakar) dan Fitnah II (Pengadu Saiful Bukhari Azlan) yang ketara persamaannya.

1. Azizan ketika itu berkata menemui PM (Mahathir) kerana kononnya Anwar amat berkuasa, sedangkan Mahathir bukannya Menteri Dalam Negeri yang boleh menghalang siasatan polis. Dalam kes Saiful, walaupun Anwar bukan lagi seorang menteri tapi dia juga berjumpa Najib (PM ketika itu) sebelum membuat laporan.

2. Azizan tidak dibawa bertemu doktor untuk diperiksa, sebaliknya disoal siasat oleh Unit Tindakan Khas (UTK). Manakala, dalam kes Saiful, dia berjumpa beberap orang doktor yang melakukan pemeriksaan awal tapi mereka mendapati tiada kesan liwat pun.

3. Polis yang mengambil keterangan Azizan berpangkat tinggi tetapi tarikh liwat tidak dapat ditentukan. Tarikh awal 1992, kondo tempat kejadian Trivolli Villa belum siap, 1994, Azizan tidak lagi bekerja dengan isteri Anwar akhirnya dipinda ke 1993. Hahahaha senang-senang saja kan? Manakala kes Saiful ni pula, polis yang memberi nasihat sebelum diambil keterangan ialah Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Ketua Polis Melaka Rodwan Yusof. Namun Saiful terlewat 2 hari melaporkan kejadian kepada polis.

4. Azizan tidak ingat walau satu pun tarikh dia diliwat, manakala Saiful tidak dapat buktikan beliau bersama Anwar pada waktu kejadian walaupun memberikan tarikh. Gambar CCTV membuktikan Saiful cuma berada di lif dan parking kondo.

5. Paling lucu, tiada sama sekali laporan doktor ketika kes Azizan tetapi liwat tetap berlaku. Manakala, kes Saiful wujud laporan doktor menerangkan pengadu memasukkan objek plastik ke duburnya sendiri. Whatt?? LOL.

6. Pegawai untuk Azizan ialah Musa Hassan dan Rodwan Yusof, manakala penasihat kepada Saiful ialah orang yang sama, Musa Hassan dan Rodwan Yusof.

7. Ada juga fakta pelik, kerana ketika disoal peguambela, Azizan tidak ingat bila dia diliwat. Setelah beberapa kali disoal beliau memberitahu pihak polis mencadangkan tarikh tersebut (maknanya polis lebih maklum berbanding dirinya sendiri). Hahahaha. Kes si Saiful pula, dia yang sepatutnya trauma kerana diliwat diliwat membuktikan beliau lelaki sejati dengan menjalinkan hubungan mesra bersama TImbalan Pendakwaraya Farah Azlina sehingga menggoyahkan kes. Hahahaha. Kantoi la bah tu ertinya…

Walau bagaimanapun, pembebasan Anwar kali ini menguatkan keparcayaan rakyat bahawa kerajaan pemerintah telah meletakkannya di dalam situasi sedemikian kerana mahu membunuh karakter Anwar di dalam persada politik.

Nampaknya ayah Saiful masih mahu merayu untuk membawa kes ini kembali ke mahkamah, kita tengoklah sejauh mana ‘rogon’ ini berada!


Highlights Parti STAR Sabah

January 7, 2012

Pelancaran Parti Star Sabah pada 6 Januari 2012 telah menyemarakkan perjalanan politik di Sabah, apatah lagi dengan perjuangannya untuk menuntut dan mempertahankan hak-hak dan kemerdekaan Sabahan, menguatkan hubungan Sabah-Sarawak untuk memperjuangkan kepentingan bersama dalah Perjanjian Malaysia, memperkenalkan reformasi dan pembaharuan dasar-dasar dalam negeri dan seterusnya menghentikan ‘penjajahan’ dari parti pemerintah.

Dr. Jeffrey Kitingan, sebagai pengerusi Star Sabah dalam ucapannya berkata keputusannya membawa Parti Star dari Sarawak adalah atas permintaan penyokongnya yang mahukan parti tempatan untuk mendominasi kepulauan Borneo Malaysia tanpa dicengkam oleh politik dari Semenanjung.

Ketika pelancaran pada hari Jumaat lalu, aku berada di sana untuk membuat liputan. Kedengaran jeritan “INI KALI LAH!” berkumandang di sepanjang dewan. Secara peribadi, aku melihat parti ini akan menyemarakkan lagi landskap politik Sabah yang semakin terserlah, apatah lagi pilihanraya semakin hampir.

Menurut ucaptama daripada Dr. Jeff, teras perjuangan Star terkandung dalam  Agenda Borneo dan akan dihuraikan dalam manifesto Star sedikit masa lagi. Antaranya, Star adalah parti yang akan membawa perubahan dan pembaharuan dalam sistem kerajaan. Yang pasti, katanya Sabah dan Sarawak akan bersatu hati sebagai penentu ataupun King Maker.

Menurutnya juga, Star, bersama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Borneo akan menggunakan kekuatan tersebut sebagai penentu untuk memulihkan autonomi negeri Sabah dan Sarawak. Dia bilang, untuk memastikan negeri Sabah dan Borneo dikuasai oleh orang sendiri dan bukan oleh orang lain atau dari wilayah lain.

Star juga akan melaksanakan reformasi dalam sistem kerajaan yang ada sekarang termasuk seperation of powers (judiciary, executive and legislative), accountability of Petronas terus ke parlimen (bukan PM sendiri yang menentukan halatuju), One Country Two System (Semenanjung dan Sabah Sarawak), reformasi dalam hal tanah (undang-undang baru yang memberikan hak kepada pemilik asal), reformasi dalam pentadbiran (mengikut keperluan dan teknologi semasa), reformasi dalam pembangunan dan ekonomi, review dalam agreement minyak (tidak mahu setakat 5 peratus) dan paling penting menghapuskan rasuah.

Dr. Jeff juga mengatakan Star dan rakan-rakan dalam Pakatan Borneo akan terus menuntut supaya Perjanjian Malaysia dikaji semula termasuk asas pengagihan pungutan hasil atau cukai negeri dan minyak.

Menurut Dr. Jeff juga selama ini Sabah rugi kerana kekayaan minyak telah diambil secara tidak adil, di mana Sabah hilang RM15-18 bilion setiap tahun, manakala cukai dan hasil negeri telah mengalir keluar ke Kuala Lumpur lebih kurang RM15-20 bilion. Selain itu, kerakyatan negeri juga diberikan secara terang-terangan kepada orang asing tanpa mematuhi Perlembagaan dan Undang-Undang.

Walaupun kebanyakan orang yang hadir ketika pelancaran tersebut terdiri daripada golongan berumur dan orang muda, ternyata kebanyakan mereka sudah faham bahawa perwakilan Sabah di perlimen dan dewan undangan negeri telah diubah dan diturunkan nisbah. Ternyata rata-rata mereka menganggap pemimpin-pemimpin yang ada sekarang di dalam kerajaan tidak boleh dipakai lagi kerana mereka telah gagal mempertahankan hak negeri dan gagal menyelesaikan masalah-masalah seperti pendatang asing (mereka panggil PATAI), kemiskinan, tanha dan hak asasi.

Kata-kata penutup daripada Dr. Jeff agak keras dan berbunyi seperti ini:

“Kini masa sudah tiba untuk bungkus Barisan Nasional dan menghantarnya balik. Kalau parti-parti tempatan dalam BN di Sabah terus menyokong Penjajah Umno, kita akan juga membuangkan mereka keluar dari Sabah.”

PENUTUP UCAPAN DR. JEFF:

Masa depan Sabah adalah dalam tangan kamu!

Hantikan Penjajahan! Selamatkan Negeri Kita! Selamatkan Sabah!

INI KALI LAH!

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?

SABAH NEGERI MERDEKA!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

P/S: Kita lihat sejauh mana parti-parti komponen BN lain respon dalam hal ini. Adakah Pakatan Rakyat akan mempunyai kesepakatan dengan Star? Yang pastinya, kita akan lihat politik yang lebih berwarna-warni pada pilihanraya akan datang.


Apa Rasionalnya Kempen #BebasAnwar901?

January 7, 2012

Hampir 4 tahun kes Fitnah Liwat II dimainkan dalam skrip yang diperbaharui sejak Fitnah Liwat I 1999, tanggal 9 Januari 2012 akan menentukan apakah noktah yang telah dicatur sekian lama yang kononnya akan memuktamadkan kareer Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tahun 1999, rakyat dikejutkan dengan keputusan hitam Mahkamah ke atas Anwar pada tanggal 14 April.
Dan kini, 9 Januari 2012, atau 901, tiada beza dengan Black14 yang pernah tercetus pada 14 April 1999. Kedua-duanya mempunyai dua konotasi jelas, baik di pihak pemerintah mahupun rakyat.

Di mata pemerintah: ia adalah ‘noktah yang dirancang’ untuk menamatkan kareer politik Anwar Ibrahim.
Tetapi di mata rakyat: ianya adalah ‘pembuka kata’ kepada kefahaman dan kesedaran rakyat akan bobroknya sistem di bawah pemerintah Umno-BN.

901 bukan sekadar isu Anwar.
901 bukan satu petunjuk betapa Anwar itu bersalah.
901 bukan pula satu petanda rakyat akan dipergunakan untuk Anwar.
Tidak, sama sekali tidak.

901 adalah satu titik permulaan untuk membuka mata rakyat betapa daifnya perjalanan sistem kehakiman Malaysia, yang mana, secara khusus menyerang Anwar selaku musuh Umno-BN.

Politik desperado Umno-BN membenarkan pembunuhan karakter yang melampau, apa sahaja asalkan mereka terus berkuasa. Dan Anwar Ibrahim adalah sasaran utama mereka. Dengan permainan media arus perdana yang saban waktu melancar serangan tanpa putus, menenggelamkan fakta perundangan yang jelas menunjukkan keraguan munasabah ke atas kes yang disabit ke atas Anwar Ibrahim.

‘Anwar On Trial’, nukilan peguam tersohor, Pawanchek Marican telah membongkar kelom

pongan Fitnah Liwat I. Dan dalam Fitnah Liwat II, dengan hujah-hujah peguam pembela serta kredibiliti saksi pembela yang langsung tidak tercabar, di mana ruang untuk mensabitkan kesalahan ke atas Anwar?

Ditambah dengan ketidaktentuan hakim khususnya dalam beberapa isu berbangkit: penafian hak Anwar mendapatkan dokumen seperti senarai saksi pendakwa dan kenyataan saksi; hubungan mesra penuduh dengan seorang ahli pasukan peguam Persekutuan; penafian dokumen dan material penting termasuk sampel DNA; dan beberapa kecelaruan lain.

Tidak timbul isu memanipulasi rakyat. Tidak berbangkit isu mengaburkan mata massa.
Isunya ialah penyelewengan sistem yang sudah sampai ke satu tahap yang sangat kritikal.

Tatkala media mula memainkan semboyan bahawa ‘Anwar sudah tidak relevan’, maka 901 tidak perlu ditakuti. Biarlah rakyat yang menentukan secara aman dan sah seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.


Siapa Lemahkan Melayu?

January 2, 2012

Oleh Nurul Izzah Anwar

Sinopsis sejarah negara kita jarang sekali dipapar di dada media arus perdana. Walhal kisah lampau berserta pengajaran yang disemat di hati kita semua lah yang menjadi penentu kepada kejayaan kelak.

Seraya mengambil hasrat ini sebagai pembuka kata, saya lontarkan persoalan-persoalan berikut dalam meneliti liku-liku sebab-musabab kelemahan kita:

Siapa yang telah memerintah negara selama 54 tahun tanpa putus dengan menggunakan undang-undang keras anti-demokratik?

Siapa bersubahat dengan penjajah British menahan dan tidak berusaha membebaskan pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu daripada tahun 1948 sehingga 1957?

Siapa yang sengaja benarkan Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965 dengan mudah?

Siapa lemahkan kuasa dan martabat raja-raja dengan pindaan perlembagaan pada 1993?

Siapa  memberitahu seluruh rakyat bahawa raja-raja Melayu tidak relevan dan membahayakan bangsa pada tahun 1993?

Siapa yang menghasut agar semua harta Raja-Raja disiasat dan dirampas pada 1993?

Siapa yang melemahkan institusi kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan meminda perlembagaan pada tahun 1988?

Siapa yang hancurkan UMNO Lama yang ditubuhkan tahun 1946 dan gantikan dengan UMNO Baru pada tahun 1988?

Siapa yang melemahkan kuasa politik Melayu dengan mengurangkan kerusi majoriti melayu melalui proses persempadanan semula semenjak 1999?

Siapa yang memberikan kerakyatan dan kad pengenalan biru kepada warga asing dengan mudah untuk undi?

Siapa lemahkan ekonomi Melayu dengan menjual RM50 billion daripada RM52 billion saham DEB semenjak 1970?

Siapa serahkan dengan mudah dan murah; Pulau Batu Putih dan tanah KTM ke Singapura dan Blok L dan M ke Brunei?

Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu dengan merubah status tanah kepada pegangan bebas (freehold) dengan mudah?

Siapa yang telah menenggelamkan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang diwujudkan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1965?

Siapa yang memberikan lesen judi yang bertentangan dengan Islam kepada syarikat swasta tauke seperti Genting, Berjaya Sports Toto dan lain lagi?

Siapa lemahkan penguasaan matematik dan sains anak melayu dengan mengubah bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan setelah berbelanja lebih RM6 billion dan 8 tahun sekarang mahu mengubah balik kepada Bahasa Melayu?

Siapa yang membebankan anak muda dengan hutang pendidikan tinggi melebehi RM 25 billion?

Siapa yang menyebabkan peluang pekerjaan anak muda berkurangan dengan dasar pengunaan buruh asing yang membantut kadar upah di pasaran buruh Negara?

Siapa galakkan harga barang naik berganda dengan membenarkan monopoli seperti Bernas dan amalan herotan pasaran yang hanya menguntungkan para peniaga berterusan?

Siapa bebankan rakyat dengan kadar bil letrik yang tinggi berbanding dengan  Negara jiran yang bukan pengeluar minyak?

Siapa yang bertanggung jawab meluaskan lagi jurang pendapatan dengan ‘gini coefficient’  0.492 yang kedua tertinggi di Asia dimana yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin?

Siapa yang menjadikan harga kereta mahal dua kali ganda dengan dasar perlindungan otomotif yang membebankan rakyat dan menguntungkan industri otomotif?

Siapa bebankan rakyat dengan kadar tol lebuhraya yang tinggi sedangkan kutipan cukai jalan dan saman kenderaan mampu menampung pembinaannya tanpa tol?

Siapa yang membenarkan harga rumah bertambah tinggi sehinga 15 kali gaji tahunan berbanding piawaian antarabangsa dengan hanya 5 kali gaji tahunan?

Siapa benarkan syarikat-syarikat gergasi merosot dan gagal sehingga hanya menjadi jaguh kampung seperti MAS, Perwaja dan Proton?

Siapa yang untung daripada bakal penyenaraian 800,000 hektar tanah perladangan milik peneroka nanti dengan anak syarikat Felda yang rugi besar?

Siapa benarkan rangkaian stesen minyak Esso dijual bukan kepada LTAT yang wakili perajurit majoriti Melayu tapi dijual kepada syarikat arak San Miguel dari Filipina?

Siapa untung apabila hasil khazanah minyak negara akan diberikan kepada syarikat milik anak-anak pemimpin melalui skim lapangan minyak pinggiran (marginal oil fileds)?

Siapa untung apabila semua harta kerajaan seperti pelabuhan Pulau Pinang yang bakal diswastakan murah dan apabila rugi seperti Indah Water akan diselamatkan kerajaan menggunakan duit rakyat dengan harga tinggi?

Siapa yang menyebabkan kemerosotan Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa yang telah jatuh ke-60 daripada 183 negara, berbanding tangga ke-37 pada tahun 2003?

Siapa yang membeli alat-alat pertahanan Negara seperti Kapal Selam (RM6 billion), kapal laut (RM9 billion) dan kereta perisai (RM6 billion) yang berlipat ganda dari harga biasa semata-mata untuk memperolehi komisen untung atas angin?

Siapa kekalkan 70% melayu terus miskin dengan pendapatan bawah RM3,000 sebulan sehinggakan majoriti 5.2 million yang dijangka dapat sumbangan RM500 daripada kerajaan adalah melayu?

Siapa yang kurangkan pengurusan dan peluang perniagaan Melayu dalam Petronas dan syarikat-syarikat GLC lain?

Siapa yang menyebabkan dan juga menerima faedah ketirisan ekonomi lebih RM1 trillion semenjak merdeka?

Siapa yang menambahkan lagi beban hutang negara bakal melebihi 50% KDNK yang mencecah RM500 billion yang digunakan untuk berbelanja boros membayar projek atau pembelian dengan harga yang sengaja diganda tinggikan?

Siapa yang menerima tapi pada masa yang sama tidak mahu mengaku menerima pinjaman dari Bank Dunia?

Siapa benarkan ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan yang sama besar dengan Negara pada tahun 1960an merosot jauh ketinggalan sebanyak tiga kali ganda sekarang?

Siapa yang hidup mewah dengan mampu membeli kondo mewah, kereta mewah, pakaian fesyen mewah, perhiasan mewah, cincin mewah, percutian mewah dan gaya hidup serba mewah dengan gaji penjawat awam atau gaji menteri?

Siapa selalu meggunakan bahasa keras dan lucah untuk mengugut diludah serta memaki hamun orang dan bangsa lain?

Siapa gemar memperkudakan semua institusi dan agensi kerajaan untuk kepentingan sempit?

Natijahnya, kenalilah kita siapa penghasut, pembatu api dan pengkhianat Agenda Melayu sebenar. Dan bangkit mengganti kelemahan dengan kekuatan sebenar.

(Kali pertama disiar dalam Sinar Harian 27hb Disember 2011)


Landskap Politik Sabah Sepanjang 2011

January 1, 2012

Salam.

Maaf kerana sudah jarang membuat entri ke dalam blog ini. Bukan kerana sibuk, tapi terlalu letih dengan kerja sampaikan tidak berdaya untuk post banyak perkara di dalam blog.

Hari ini adalah hari pertama tahun baru 2012. Moleklah kalau aku berkongsi sedikit perkembangan politik Sabah untuk refresh memori kita.

Politik di negeri ini melakar banyak drama sepanjang 2011. Kita menyaksikan pelantikan speaker dewan undangan yang baru dan pemilihan timbalan ketua menteri yang baru. Seorang menteri yang selama setahun setengah tidak menyertai apa-apa parti kini telah membuat keputusannya. Secara keseluruhannya, semua parti dari kerajaan dan pembangkang bermainan dengan teka-teki Pilihanraya ke-13. Bukan sahaja pemimpin, tapi pengundi dan bloggers membuat prediction sendiri.

Selepas kejayaan penganjuran himpunan aman BERSIH 2.0, Datuk Dr. Max, menteri federal berasal dari Sabah telah menjadi ketua jawatankuasa pilihan khas parlimen, yang mana bertujuan untuk memastikan pilihanraya yang bersih. Kelapan-lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak sampai melalui tangan ketua Bersih 2.0, Datuk Ambiga kerana Bersih 2.0 dianggap sebagai pertubuhan haram, dan sebarang laporan atas nama Bersih 2.0 tidak diambil kira.

Manakala, president UPKO, Bernard Dompok yang juga menteri federal telah menyatakan persetujuannya pada bulan Ogos, akan penggunaan dakwat hitam ketika mengundi berbanding sistem biometrik untuk mencegah daripada pengundi hantu mengundi lebih dari sekali, at least kurangkan penipuan ketika pilihanraya.

Presiden SAPP, DSP Yong Teck Lee pula menegaskan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan masalah pendatang asing tanpa izin si Sabah.

Sementara, timbalan ketua menteri yang juga persiden PBS, Tan Sri Pairin mengatakan TIDAK kepada cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan sistem undi proksi pada Pilihan Raya Umum ke-13. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu temubual dengan media memberitahu suruhanjaya itu sedang mempertimbang untuk melaksanakan sistem undi proksi pada pilihan raya umum akan datang.

Undi proksi adalah sistem yang membolehkan individu tertentu membuang undi bagi pihak pengundi berdaftar yang lain seperti biasa diamalkan dalam mesyuarat agung tahunan badan korporat. Cadangan tersebut adalah sebahagian daripada 30 cadangan pindaan yang telah dibentang SPR di Parlimen pada bulan Mac. Kata Pairin, sistem undi proksi tidak selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

Tidak lama selepas itu juga, Pairin menyelar tuduhan SAPP bahawa pemimpin KDM dalam BN adalah ‘tools’ semata-mata. Pairin menegaskan pemimpin KDM dalam BM bekerjasama dengan perti komponen lain dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Dalam bulan Jun 2011 pula, Pairin menamatkan gossip di kalangan penyokongnya bahawa dia akan bersara dari mengetuai PBS. Dia mengumumkan istilah ‘pencen’ dalam dunia politik adalah masih jauh dalam fikirannya.

Dalam perkembangan lain, ketua PKR yang bernama Pajudin Nordin telah ‘melompat dari kapal’ dan menyertai UMNO pada bulan Febuari. Pada mulanya, Pajudin telah dilantik oleh president PKR Wan Azizah, namun dia menyatakan kehendaknya untuk keluar dari PKR kerana kecewa dengan bekas ketuanya itu dan Anwar.

Tahun lepas juga kita menyaksikan bekas ketua menteri, DSP Salleh Tun Said mengangkat sumpah sebagai speaker dewan undangan yang baru selepas pelantikan TYT yang baru, Yun Juhar Mahiruddin menggantikan Tun Ahmadshah.

Manakala, menteri belia dan sukan Datuk Peter Pang menyertai parti Gerakan selepas 6 bulan tidak berparti. Dia meninggalkan LDP setelah pemimpin LDP menyatakan mereka tidak dapat lagi bekerjasama dengan ketua menteri DS Musa Aman. Peter Pang meletak jawatannnya sebagai timbalan ketua menteri, manakala kuota kaum Cina tersebut telah diserahkan kepada timbalan presiden PBS, Datuk Yee Moh Chai.

Pelantikan tersebut tidak diterima baik oleh LDP apabila pada bulan Mac presiden LDP Datuk VK Liew mengkritik tindakan Musa sebagai tindakan tidak bijak kerana melantik kedua-dua timbalan ketua menteri dari parti yang sama: PBS (Yee Moh Chai dan Pairin).

Seperti yang dijangka, ketua menteri Musa Aman membalas kritikan LDP dan menyatakan komitmennya untuk terus mendengar pandangan LDP, asalkan mereka masih bersama dalam perjuangan BN.

Cerita Peter Pang menyertai Gerakan tidak berhenti di situ. Tindakannya telah menyebabkan MP Kalabakan, Datuk Ghapur telah menanyakan soalah di parlimen samada akan membenarkan Gerakan untuk memasuki Sabah dan bertanding di negeri ini. Ghapur dengan terang-terangan mengatakan Gerakan adalah parti yang tidak boleh menang di Sabah. Dia juga mengaitkan semua pemimpin dari Sabah yang menyertai Gerakan sebagai ‘KATAK” kerana sanggup meninggalkan parti lama semata-mata untuk terus memegang jawatan dalam kabinet.

Musa yang memberi respon kepada statement Ghapur berkata itu adalah pandangan peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan pandangan BN secara keseluruhan.

Setelah tahun 2011 hampir ke penghujungnya, BN dan PR semakin sengit mengukuhkan kedudukan masing-masing. Musa mahukan pemimpin BN bekerjasama untuk memenangi pilihanraya, manakala PR melalui Buku Jingga dengan jelas akan memberikan kepastian bahawa Sabah akan memberikan kebebasan dalam sistem pendidikan yang selama ini dicengkam oleh federal. PR juga berjanji akan membuat review cabotage policy yang menyebabkan kesengsaraan di Sabah, menanggung harga barang yang sangat mahal. SAPP masih belum mendapat kata putus samada menyertai PR atau tidak, tetapi berjanji akan terus memperjuangkan autonomi Sabah.

Penutupan cerita politik 2011 dikipas dengan cerita Mohd Akjan Ali Muhammad, seorang bekas pemimpin Umno yang melantik dirinya sebagai Sultan Sulu menggunakan jawatannya sebagai Pengerusi Pekida Sabah dengan lancang menolak cadangan RCI. Ramai pemimpin dari parti komponen BN yang tidak berpuas hati mengapa Akjan masih boleh sesuka hati membuat kenyataan media sedangkan taraf kewarganagaraannya yang masih diragui.

Pertama kali Akjan membuat sidang media, dia cakap dia sedang menyiapkan sebuah buku menerangkan kedudukannya sebagai warga Malaysia yang setia dengan kepimpinan kerajaan. Dia juga menyatakan penolakan RCI kerana katanya pengundi hantu tidak terdapat di Sabah. Akjan juga menegaskan dia akan membawa beberapa individu ke mahkamah kerana menuduhnya bukan-bukan.

Paling hebat, Akjan pengadakan sidang akhbar pada tahun baru 1 Januari 2012 (hari ini) bahawa dia mahukan rakyat Sulu yang tidak diterima oleh negara Filipin agar debebaskan dari tahanan Rumah Merah demi kemanusiaan.Kita ikuti perkembangan politik Sabah tahun ini. Kalau boleh, ingatkan aku untuk membuat entri lebih banyak pada tahun ini.

P/S: Aku kagum dengan kekerasan hati Akjan menyelamat orang-orang sebangsa dengannya, sedangkan pemimpin kita sendiri tidak mempunyai hati perut sanggup membiarkan ramai orang kampung masih berada di tahap miskin tegar, tidak mempunyai bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik, tiada pendidikan sempurna (sedangkan pengumuman dibuat kononnya NEGARA KAYA-RAYA!)


Selamat Natal 2011

December 14, 2011

PLEASE don’t condemn a mualaf and her family who celebrates Christmas with her Christian family members. That doesn’t make the mualaf “less muslim”. SEKIAN DAN TERIMA KASIH. MERRY CHRISTMAS, SULODKU KIAWI!


Double Six: Haris VS Yong Teck Lee

December 10, 2011

Saya tidak pasti adakah anda semua mengikuti perkembangan perbicaraan Datuk Harris Salleh (Ketua Menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad Stephens pada 6.6.76) melawan Datuk Yong Teck Lee (juga bekas Ketua Menteri Sabah) berkenaan Tragedi Double Six.

Hari Selasa (6 December) yang lepas merupakan kali yang ke tiga perbicaraan ini dibawa ke muka pengadilan, di  mana Harris memfailkan kes saman fitnah RM50 juta kepada Yong Teck Lee sebagai defenden pertama dan SAPP (parti politiknya) sebagai defenden ke-2.

Saman terhadap Yong Teck Lee tersebut difailkan oleh peguam Harris Tetuan Maringking and Co. setelah membaca siaran akhbar Yong Teck Lee yang menyeru siasatan semula bencana tersebut.

Hal itu ditimbulkan oleh Yong Teck Lee setelah mendengar penerangan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Ahli Parlimen Gua Musang dan juga Mantan Menteri Kewangan Malaysia yang diberi jolokan sebagai Pengasas Petronas, ketika ceramah perdana bertajuk ‘Minyak Sabah Untuk Siapa?’, pada bulan April 2010.

Pada masa itu, Ku Li yang sepatutnya menaiki pesawat yang sama telah dibawa ke dalam pesawat lain oleh Harris yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah ketika itu, untuk melawat ladang sapi di Pulau Banggi.

Harris menggantikan Tun Fuad sebagai Ketua Menteri Sabah kelima. Di sinilah bermulanya kes ini, di mana Harris tidak berpuas hati dengan ‘statement’ Yong teck Lee yang seakan-akan menunding jari ke arahnya.

Beberapa perbicaraan lepas juga sangat menarik, namun mari kita berkongsi perbicaraan pada hari Selasa.

Ketika itu, pengerusi UBF, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga dipanggil sebagai saksi. Katanya, Tragedi Double Six bukan sekadar sejarah tetapi ianya lebih dari itu.
Dalam perbicaraan dalam Bahasa Inggeris tersebut, Jeffrey bilang kejadian tersebut bukan sahaja membawa kesan kepada keluarga mangsa sehingga ke hari ini tetapi juga kepada masa depan negeri ini kerana terlalu banyak persoalan yang tidak dijawab dengan jelas.

Antara jawapan Jeffrey dalam mahkamah:

I really would like to know what happened before that as it might have significant implications after the event. From what I read, they talked about possibilities such as overloading, pilot error, maybe technical defect. These are being speculated upon at that time and when you think about it, this speculation raises more questions than answers.

This is a big tragedy involving half of the cabinet ministers and they were supposed to be in Labuan to sign an oil agreement and from what we know, the agreement was not signed and there was a crash including the Chief Minister (CM) who was supposed to sign the agreement.

And then one week later it was signed by the next CM who took over who was not in that plane and who invited the Petronas chief, the other party to the agreement, out of the plane to another plane.

So won’t you want to know? Would that not raise so many questions? Would that not lead to so many speculations? Some may even speculate that this incident might have been planned, otherwise why did this tragedy happen? Why was the agreement not signed? Why some people went out of the plane? Why was the agreement rushed when the State and the families were still in mourning?”

He (Ku Li) said he was very sad whenever he comes to Sabah because he was being reminded of this incident and he described that particular happening in which he said he was seated in the plane and was already strapped with his safety belt when Datuk Harris came and invited him out and another person to join him in another plane. He said Datuk Harris invited him to visit his cattle farm in Banggi.

It seems to me that there are so many unanswered questions, so many doubts that lead me to believe that if you put together this doubt and this question, you begin to wonder why the oil agreement was not signed in Labuan; why some people left the plane against the protocol; why the plane mysteriously crashed; why certain people left the plane just to see a cattle farm; why these said people survive to sign the agreement; why the agreement was rushed to be signed given the tragedy of such magnitude; why didn’t the state government take the opportunity to bring this to the State Legislative Assembly or the Cabinet before it was signed.

It seems to me that when you look at the whole scenario before, in between and after the incident, it gives you the feeling that something is at play here, meaning, could the state government be under pressure to succumb to the demand of the federal government?

Why would any state government or leader want to surrender or give away fundamental state resource at five per cent?

Don’t you think this is ridiculous; where is the negotiation? I have not heard of any negotiation about the oil agreement between the state and the federal governments.

As I said before, it would be stupid of the state to simply agree to give away this fundamental state resource called oil and gas at merely a payment of five per cent. And not only that – why should the state government in this agreement that they signed even waive the five per cent royalty, meaning you not only give away the oil resources but you also give away a royalty of five per cent and accepted a cash payment of five per cent when you could have 10 per cent even if you have given away the oil for five per cent cash payment.

So because of this, I tend to believe that there is coercion and pressure from the federal government that leads me to say that this agreement is invalid.

*** Menarik untuk follow-up kes ini kan? Mari ke mahkamah pada 22 December untuk perbicaraan seterusnya.

Read more: Air crash more than historical event- Jeffrey


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers