Review Nasi Lemak 2.0


Terima kasih kepada Namewee, pengarah movie Nasi Lemak 2.0 kerana ‘belanja’ beberapa orang wartawan di Kota Kinabalu termasuk aku menonton movie yang telah lama ditunggu-tunggu selepas pengumuman filem ini beberapa bulan lepas.

Mendengar desas-desus dari kawan-kawan di KL yang memuji filem ni, aku yakin mesti ada sesuatu yang tersirat dalam karya beliau kerana bukan sahaja Adibah Noor dan Afdlin Shauki sebagai bintang Melayu yang terkenal di Malaysia malah David Arumugam dan Reshmonu, celebriti senior tanah air juga membintangi watak dalam movie istemewa ini.

Jika anda pernah menonton filem arwah Yasmin Ahmad dan meminatinya, Nasi Lemak 2.0 adalah filem yang WAJIB TONTON kerana Namewee telah membangkitkan semangat ‘kesatuan’ dan perpaduan yang telah diserapkan oleh mendiang kepada rakyat Malaysia.

Namun, sekiranya anda tidak mengikuti perkembangan politik dan isu-isu semasa di Malaysia, anda akan tafsirkan filem Nasi Lemak 2.0 ini sebagai filem komedi semata-mata.

Bagi aku, setiap saat dan pergerakan tubuh badan mahupun skrip yang Namewee buat selama 2 tahun ini berkait rapat dengan setiap inci perkembangan negara kita.

Background yang dipilih juga memberi makna tertentu, contohnya terdapat signboard ‘dilarang membuang sampah’ tetapi sampah bertaburan di kawasan tersebut.

Selain daripada itu, bekalan elektrik yang kerap putus-putus juga dimasukkan dalam beberapa babak, jelas menyindir kualiti perkhidmatan keperluan asas di negara ini. Kalau TNB protes pasal movie ni aku tak heran hahahahaha.

Setiap butir ayat yang diperkatakan juga sangat ‘pedas’ dan ‘menyindir tajam’, contohnya ‘Orang Cina tolong orang Cina’, ‘Lu balik Negara Cina la’ dan banyak lagi quotes yang sangat familiar (sekiranya anda mengikuti perkembangan negara, bukan melalui RTM atau TV3 sahaja).

Babak kegemaran aku time Afdlin Shauki pegang keris (macam menteri pegang keris kat perhimpunan UMNO) dan 3 orang pengadil masakan yamg sama-sama berhak untuk memberikan pendapat menyerahkan keputusan bulat-bulat kat ketua pengadil (macam MCA dan MIC yang bagi keputusan mutlak kat Umno) hahahaha. Itu pendapat aku je… Takde kena mengena dengan yang hidup atau yang mati!

Secara jujurnya, aku sangat terharu dengan kemunculan movie Nasi Lemak 2.0 ini kerana selagi kita memberikan sokongan kepada Namewee untuk berkarya, pastinya dia akan terus keluar dengan lebih banyak movie seperti ini selepas ini.

Lantaklah kalau ada sesetengah pihak yang pendek akal ingin memboikot filem ini atas alasan penghasilan video klip Negarakuku yang pernah menjadi ‘tamparan hebat’ kepada pemerintah negara ini. Diorang tu bukannya pernah nampakpun video klip tu tapi terus-terus memaki hamun beliau sebab terikut-ikut dengan kata-kata orang lain. Alah… begitulah kelas kebanyakan rakyat Malaysia, suka sangat dengar cakap orang, diri sendiri yang berdosa sebab percaya fitnah dan siap tabur fitnah lagi. Huhuhuhu…

Movie Nasi Lemak 2.0 tidak sesuai untuk mereka yang kurang akal dan berfikiran tertutup.

Kepada mereka yang suka membangga-banggakan bangsa sendiri pula perlu tonton wayang ni sebab impaknya sangat mendalam. Tidak perlulah racist (bersifat perkauman) sangat sebab tiada maknanya terlalu bangga dengan satu bangsa sahaja kalau mahu terus duduk di Malaysia. Paling senang, kalau keluar dari rumah, cuba toleh kiri dan kanan, semuanya dari bangsa berlainan tapi kita duduk dalam sebuan negara yang sama. Jadi tiada guna bermusuh-musuh. Buang masa je!

Oh ya, kalau anda adalah salah seorang yang suka guna Bahasa Inggeris dengan tunggang tebalik, movie ini akan memberikan tamparan hebat. Hahahahaha. Terdapat karakter istimewa dalam cerita ini yang menggunakan bad command of English dalam percakapan harian. Lawak nak mampos! Pengajaran untuk kita supaya gunalah Bahasa Malaysia atau bahasa ibunda kalau tidak pandai Berbahasa Inggeris kerana semua orang pun faham πŸ˜€

Wartawan juga diberi sindiran tajam melalui beberapa babak ‘meniru’. Hehehehe. Memang ada kelasss betul!

Seteruk manapun orang kita, Malaysia adalah negara yang indah untuk didiami, cuma perlukan perubahan yang sangat besar.

Kalau anda sekarang berada di luar negara, lagu soundtrack Rasa Sayang dalam movie ini akan membuatkan anda ingin balik kampung dan makan nasi lemak. Hahahahaha. Kotoh! (padan muka) Siapa suruh migrate jauh-jauh.

Selepas tengok movie, aku berkesempatan lepak untuk press conference dengan Namewee bersama rakan media lain dan tanya beberapa soalan. Dia cakap tajuk Nasi Lemak 2.0 tiada kena mengena dengan Bersih 2.0 kerana dia buat skrip dua tahun lepas. Nasi lemak banyak campurannya, maka begitu juga dengan masyarakat majmuk negara kita. Manakala 2.0 membawa maksud generasi baru, generasi kita yang dapat menerima antara satu sama lain.

So, kalau korang taknak tengok movie ni sebab takut ada kaitan dengan Bersih ka, Negarakuku ka, baik hempas kepala kat dinding. Jangan ikut sangat bodoh tu, cuba dulu baru tahu. Sedap I tell you…. Hehehee.

Aku tabik spring kat Namewee kerana berani bawa movie ni ke tengah. Harapan aku supaya hang terus berkarya untuk masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. Jangan pula menteri dah puji dan beri ‘jalan’, you terus berat sebelah. Hehehe.

All the best, bro! Nasi Lemak 2.0 layak mendapat 5/5 bintang untuk mesej yang sangat bermakna! Aku sangat merindui karya Yasmin Ahmad (al-Fatihah) dan Namewee telah mengubatinya.

P/S: Aku ada join game sebelum special screening di GSC 1 Borneo Hypermall tapi tak menang. Cuma dapat poster je… Hehehehe. Muah Muah (LOL)!

23 Responses to Review Nasi Lemak 2.0

  1. Mas Light says:

    I watched the movie the moment it comes out. This movie is a must watch! Most definitely.

  2. aRina says:

    Waa, I want to watch it !! Thanks utk review ini ya, Lady M πŸ˜€

  3. Tian says:

    i tabik spring kat u juga Lady Mariah.. u memanglah anak Malaysia.. your review so far is the best i have read.. sedap sekali macam nasi lemak :))

    Tak kira apa bangsa, kitalah adik-beradik..

    Tian

  4. ladymariah says:

    Mas Light: Thanks for the comment.
    Arina: Cepat2 gi tengok πŸ™‚
    Tian: Thanks for comment… Suda tengok ka?

  5. taufulou says:

    wow.. amazing review on the movie with so details..one of the best i read so far. .

    especially your sentence on :
    Movie Nasi Lemak 2.0 tidak sesuai untuk mereka yang kurang akal dan berfikiran tertutup.

  6. sumbiling says:

    namewee claimed this is a truly 1 malaysia movie…. actually… it’s 1 malaya la…

    very very nice movie anyway…..must watch

  7. ladymariah says:

    Sumbiling: I have asked Namewee the same question but he said budget diorang banyak bergantung kepada sponsor tidak dapat bawa pelakon untuk turun and shoot di Sabah. BTW, exclusive producer dia Sabahan and Karen (lead actress) also from Labuan. Walaupun teda slang Sabah in the movie tapi at least Sabah ada representative juga- this is according to Namewee’s answer la.

    He promised he will look into it. Dia bilang kalau jualan bagus dia memang ada plan untuk shoot in Sabah or Sarawak.

  8. ye saya tahu sini lg detail review. kan saya dah baclink ke blog awak. heheheheh πŸ™‚

  9. sumbiling says:

    ya si pete teo… saya suka lagu dia (jesselton tonight) … masa saya tingu ni movie.. timbul pula idea “nakal”… hehe.. they use dslr fully to shoot this movie.. nikon d5 ka..

    kau punya dslr pun boleh ada movie mode bah kan… mungkin kita boleh experiment buat short film.. kau pun ada belajar kan. kita buat movie pasal sabahan punya issue…

  10. ladymariah says:

    good idea, darling. but u know what… last week my camera jatuh and kena air. now langsung tidak buli on. i vh to send for repair la ni… and yeah, its a gud idea. VERY.

  11. sumbiling says:

    alala…. :)…… time to get a new 1… hehe

  12. jelani says:

    Jika anda pernah menonton filem arwah Yasmin Ahmad dan meminatinya, Nasi Lemak 2.0 adalah filem yang WAJIB TONTON kerana Namewee telah membangkitkan semangat β€˜kesatuan’ dan perpaduan yang telah diserapkan oleh mendiang kepada rakyat Malaysia.

    naper tulis mendiang kat situ …siapa mendiang ?

  13. ladymariah says:

    Ray: sia hantar repair dulu la ni. jimat sket.
    Jelani: Yasmin Ahmad

  14. Good review! This is exactly the type of blog post that should be shared around the internet. Sad on the search engines for not positioning this post higher!

  15. karulann says:

    πŸ™‚ Sia suka ini review.. Sharing it on FB πŸ˜›

  16. asri says:

    Learn to forgive. What have been done cannot be undone right. Whether we like it or not, we are still like nasi lemak in Malaysia with so many ethnic. Its hard because there are so many barrier between ethnic. You got only two choice, living in hatred or peaceful. Don’t make 1 Malaysia is just an ideology. Forgiveness is the key

  17. MohdZamri says:

    Review ini menerangkan filem ini fari sudut psikologi… ia amat lucu:

  18. Veanne says:

    Hi, I found your blog when I’m visiting a friend’s blog.

    Yes, I do agree with your sentence, “Movie Nasi Lemak 2.0 tidak sesuai untuk mereka yang kurang akal dan berfikiran tertutup.”

    Even though there’s still a lot people complaining about this movie, I still feel that this is a great movie to share among us, Malaysians.

    If they, can’t accept this movie… Which means they can’t accept the truth that is happening in Malaysia.

    Actually, I was thinking… After so many years of us, Malaysians celebrating “MERDEKA”… What do we really celebrating? Kenapalah rakyat Malaysia mempunyai pemikiran yang sebegini? Bukankah, ajaran kita mengajar kita supaya hidup hormat-menghormati, dan saling maaf-bemaafan?

    Anyway, “saya suka sangat dengan blog kamu.” Have a nice day.. ^.^

  19. ladymariah says:

    thanks for the great comments, v. i really appreciate it.

Leave a comment