Stacy Tampil Album Ke-2

Penyanyi pop sensasi, Stacy kini kembali menemui para peminat dengan album barunya, Stay-C yang telahpun siap sepenuhnya 15 April lalu.

Menampilkan variasi genre lagu seperti balada, rock, dance dan pop, album terbitan Astro ini juga memuatkan lagu Kisah Dongeng, karya Edry Abdul Halim yang pernah menjuarai carta-carta hit di siaran-siaran radio-radio tempatan.

Senasib dengan Kisah Dongeng, sebuah lagi single terbarunya, Kasanova juga karya Edry sedang dimainkan di corong-corong radio dan sedang sibuk membuat persediaan untuk muzik video bagi lagu tersebut.

Kalau lagu Stacy di album pertama mempunyai lirik ‘Mengapa bah kau berubah’ untuk menonjolkan imej Sabahan, gadis kelahiran Akademi Fantasia ini, sekali lagi memuatkan perkataan ‘Sumandak’ yang bererti gadis (awek) dalam lagu ‘Kasanova’ sebagai tanda hormat kepada peminat-peminatnya di Sabah yang selama ini menyokong kariernya sebagai penyanyi.

Selain daripada Kisah Dongeng dan Kasanova, ada enam lagi lagu dalam album ini yang sedap-sedap belaka. Aku menjangkakan Stacy bakal meletupkan album ini satu persatu seperti album pertamanya, Aku Stacy.

Lagu dalam album Stay-C

  • Kasanova
  • Cemburu
  • Bosan
  • Lalai
  • Kisah Dongeng
  • Kapsul
  • Gempur
  • Pelangi Senja

Terima kasih kepada Astro yang menaja penerbangan dan hotel aku untuk pelancaran album ini pada petang tadi, 9 September 2011 bertempat di Zeta Bar KL, Hilton.

FYI, album ni berharga 19.90 di bawah edaran Warner Music. Belilah yang original untuk menyokong anak negeri kita supaya tidak berhenti dari berkarya.

Tahniah kepada Stacy! All the best girl!

2 Responses to Stacy Tampil Album Ke-2

  1. Nani says:

    aiya makin cantik oh ni amoi Penampang… Tahniah Stacy, we love u !!!

  2. ladymariah says:

    ya bah Nani… kita semua bangga tengok dia ni berjaya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: