BN menang besar di Sabah. Kotoh!

Seperti yang kita tahu, PRU-12 menyaksikan keunggulan BN menakluk Sabah. Berita sedih ini menunjukkan kami tidak akan dapat keluar daripada cengkaman korupsi dan ketidakadilan parti pemerintah. Apa yang sangat menghairankan, majoriti kemenangan BN semakin bertambah. Malah, ini menunjukkan rakyat semakin menyokong padu perjuangan BN. Apakah PKR tidak diterima di Sabah? Atau mungkin rakyat Sabah menantikan parti Sabah sendiri seperti USNO, BERJAYA dan PBS?

Pada hari pembuangan undi, aku seawal pagi menuju ke pusat pengundian SRK Pekan Pitas (PPU Kalumpang- Pusat Pembuangan Undi Kalumpang). Keadaan agak terkawal kerana aku kira tidak ramai yang membuang undi berikutan hujan lebat di sekitar daerah Pitas. Sekitar jam 10 pagi, aku menerima sms dari adik lelakiku:

“Kak, org BN sedang agih duit di Tambilidon (kampung saya). Nama kakak pun ada tapi diorang taknak bagi sebab kakak buat ceramah utk PKR.”

Aduh, akupun tak ingin duit diorang tu la. Panas hati jugak bila dapat tahu diorang masih guna taktik ni. Tidak lama lepas itu, ada rakan-rakan dari PPU lain sms benda yang sama. Org BN agih-agihkan duit untuk pengundi di markas masing-masing. Nah, kalau orang-orang kampung yang taksub duit gerenti undi BN sebab dah dihasut last minute macam ni. Selepas melaksanakan undi, aku dan Junaida (Ketua Wanita Bahagian Kudat) bergegas ke PPU SMK Pitas, PPU Pinggan-Pinggan dan PPU salimpodon. Jarak agak jauh dan aku tidak dapat membuat pemantauan di sekitar pedalaman Pitas. Di PPU Kusilad ada beberapa orang disyaki pengundi hantu dan salah seorang daripada mereka telah ditangkap. Yang lain lari. Ada buat report tapi macam biasa la, polis buat ‘dunno’

Dari Pitas, aku pula menuju ke Kudat untuk proses pengiraan undi kerana aku merupakan wakil kepada calon Parlimen P167 Kudat (Yahya Othman). Proses pengiraan agak mengecewakan kerana ternyata BN mendahului. Namun, sms dari kawan-kawan di semenanjung menjadi pengubat kerana kemenangan demi kemenangan dikecapi oleh BA. Aku mampu tersenyum! Rakyat sudah bersuara di Malaya…

Bagi Negeri Sabah, kekalahan demi kekalahan kami terpaksa telan. Apatah lagi setelah pengmuman keputusan untuk DUN saya N.3 Pitas.

Bolkiah Ismail (BN) – 5, 761 undi

Paul Tom Imbayan (PKR) – 1, 913 undi

Jolly Majalap (Bebas) – 120 undi

Yusof Matarang (Bebas) – 127 undi

Sedih memang sedih tapi mungkin keputusan ini ada maksud tersirat. Seperti yang dari awalnya, pemilihan calon di N3 Pitas agak kucar-kacir dan jentera terpisah. Jolly Majalap yang merupakan salah seorang dalam pencalonan PKR pula mengambil keputusan untuk berdiri sebagai calon BEBAS. Tidak mengapa, yang penting kita nampak perjuangan dia bagaimana.

Apa yang meninggalkan kesan pada saya, adalah berkenaan dengan masalah tanah yang telah menjadi manifesto kami di Pitas. Masalah wujud setelah sebuah syarikat besar telah membuat permohonan untuk tanah di sekitar daerah Pitas. Tanah yang sekian lama diduduki orang kampung telah dicerobohi oleh syarikat mega dari luar sedangkan tanah-tanah ini telah dipohon oleh orang kampung di sekitar tahun 70-an. Terdapat banyak tanah yang belum mempunyai geran kerana permohonan mereka disekat. Kononya tanah itu milik kerajaan.

Tetapi apa yang menyulitkan keadaan, permohonan Syarikat Mega Raya telah membuat permohonan sekitar tahun 90-an pula diluluskan dan mereka bakal merampas tanah-tanah ini untuk menjana keuntungan meraka. Di mana keadilan untuk orang kampung yang bergantung hidup dari bercucuk tanam dan berbakti pada tanah? Selama 3 penggal BN memerintah mereka mengelak untuk menguruskan masalah ini. Persoalannya sekarang, KENAPA SYARIKAT LUAR BOLEH MEMILIKI TANAH INI SEDANGKAN ORANGF KAMPUNG YANG SEKIAN LAMA MENDUDUKI TEMPAT ITU TIDAK DILULUSKAN PERMOHONAN?

Akupun tidak tahu apa yang rakyat Pitas mahukan. Adakah mereka setuju tanah mereka dirampas begitu sahaja? Adakah mereka mahu terus menjadi daerah termiskin di Malaysia?Sekarang BN sudah menang. Tambahlah mereka bermaharajalela. Kotoh (Padan Muka!) pengundi BN! Apa kau rasa? Oren?!!

19 Responses to BN menang besar di Sabah. Kotoh!

  1. alexander ah tong says:

    orang pitas akan bertambah misikin lagi selama 4 tahun. eh.. eh.. baru saya ingat, ramai
    budak2 sabah yang tiada kerja di jb jadi pengundi hantu di parlimen pekan di pahang dan besut.diorang bilang dapat rm600 seorang.

  2. sumbiling says:

    kekalahan yang amat mengecewakan . bukan sahaja di pitas tapi di kawasan2 lain juga.
    anyway… jangan putus asa… perjalanan masi jauh…

  3. sam says:

    Saudari,
    Sejak dari awal telah saya jangka bahawa BN akan menggunakan wang untuk merasuah pengundi dan ini telah menjadi lumrah bagi BN di Sabah sebab itu tidak hairan kita mengalami kekalahan teruk di bumi Sabah. Apa yang paling menyedihkan saya maruah pengundi kita hanya bernilai RM50 sahaja, dengan wang RM 50 mereka telah lupa keperitan yang mereka alami selama 5 tahun mendatang, namun ini adalah kehendak mereka, kita teruskan perjuangan.

    Saya cuba menghubungi saudari beberapa kali melalui no hp yang saya ada tetapi gagal sebab tu kalau saudari ada kesempatan sila emai kepada saya dan berikan no.hp saudari. Email jef007_lagan@yahoo.com

  4. KNizam says:

    wahhh hangat pilihanraya di sini ya 🙂

  5. Well, time for sulking is over and it’s now the right time to reconvene and reassemble ourselves to prepare for the journey…a very long and tiresome journey but again we should never forget history when the humble PBS humiliated the mighty Berjaya. It could happen but in the meantime BR should do something concrete and constant to counter the lies by BN. Hopefully, we all will be there in 2012 to see BR takes over Sabah.

    Lawan tetap lawan!

  6. bumilangit says:

    takper, kita letih, mereka pun letih.

    kita rugi, mereka pun rugi.

    tapi kita tahu perjuangan kita benar!

  7. nini says:

    teruskan perjuangan!!Mahu lihat juga bila agaknya Sabah Maju Jaya!!!!

  8. Molbat_empirE says:

    Hello…
    Kenapa kita tidak berterimakasih sahaja pada BN. sebab BN lah kita dapat merasa apa yang ada pada hari ini…
    Memanglah SABAH tak maju lagi…kenapa? Sebab sabah ni besar. untuk memajukannaya dalam sekelip mata memerlukan satu keajaiban yang luar biasa. bersabarlah. cuba perhatikan sekeliling kita, bukankah sudah nampak pembangunan. jadilah insan yang bersyukur.

  9. Tombol says:

    Saya rasa bukannya rakyat sabah tak mau ‘bertukar angin’, tetapi antara UMNO dan PKR sama saja. Dua-dua semenanjung-based party. Tengok apa jadi dengan PAS, malah PKR sendiri, ada yang hilang wang pertaruhan. Rakyat Sabah menantikan satu parti Sabahan sendiri. Saya sendiri sudah bosan dengan karenah double-standard terutama dalam isu pekerjaan. Sabahan cuma jadi kuli di Semenanjung. Orang semenanjung jadi Boss di Sabah (tak perlu cakap.. termasuk IOI – Ibrahim Oil Industries..tepuk dada anda dah tau siapa punya). Sekarang pun Sabahan jadi kuli di tempat sendiri. Ramai guru-guru dihantar ke Sabah. Orang Sabah pun ramai lulusan U, tapi susahnya nak dapat kerja. Sekolah-sekolah di Sabah? Sekolah orang asli di semenanjung lagi cantik. PKR pun kalau menang di Sabah akan buat perkara yang sama. Jadi kalau nak takluk Sabah, tubuh parti Sabah sendiri, perjuangkan hak-hak rakyat Sabah. Perjuangkan Kesaksamaan dari segi ekonomi, perkerjaan, pendidikan, Hak-hak peribumi, Pendatang, Infrastuktur. Kami akan menyokong anda.

  10. perjuangan mesti di teruskan,jgn kecewa kerana dalam perjuangan mesti melalui 10 kepahitan untuk mendapat satu kemanisan

  11. alexander ah tong says:

    sabah besar, menjadi masaalah untuk maju?????????????????? hello molbat-empiree,,,,,
    kau belajar tentang pembangunan ini di mana???? Bukan hanya kawasan yang luas yang
    perlu dimajukan tetapi rakyatnya yang hanya 3juta orang.

  12. Al-BasayuV says:

    Salam Sejahtera… Syok laa plak kan bila tau ada jgak member2 sabahan yang kuarkan isu2 mcm ni.. nmpaknya adalaa peluang sy bila balik nnti.. haha.. bgus2…

    bagi pendapat sy laa… 2 penGgal lagi laa kita boleh dapat sabah ni untuk org2 kita.. insyaAllah… Try masuk di sini http://members.tripod.com/SabahProblem/tsbbm.htm Try baca2 ckit… psl dlam kertas keja oleh Jeffry Kitingan ni hanya menyebut psl masaalah KDM.. tapi bg sy laa… ini bukan masaalah KDM jak… tapi masaalah bagi semua bumiputera sabah…

    Bika sy baca2 artikel atas ni… apa yang sy nampak… masaalah yg paling besar yang berlaku adalah dikalangan pemimpin… bila pemimpin teruk… ndak tau objektif n matlamat.. terlalu racist.. n mcm2 lagi… rakyat pun akan jadi mcm tu… yang sepatutnya kita perjuangkan adalah hak rakyat bumiputrera… ndak kiralaa bangsa apa pun… KDM ka… bajau ka… sungai ka.. bugis… semualaa…

    “Jadi kalau nak takluk Sabah, tubuh parti Sabah sendiri,” -Tombol-

    sy setuju jgak dengan pndapat saudara tombol ni… bg pendapat sy.. boleh jak kalau kita mau buat parti tuk org sabah jak… tapi ndakkan kita ndak tau sejarah politik di negeri kita ni kan… banyak jak parti2 yang kununnya berjuang untuk org sabah.. tapi tinguk2 sama jak… kalau kita buat lagi parti baru… masalah yang sama akan terus berulang… balik2 bnda2 tu jgak yang mnjadi masaalah… so tugas kita akan jadi lebih lambat… tinguk2.. kita laa pulak yang menyebabkan lagi banyak perpecahan yang berlaku antara kita org2 sabah..

    so, kalau sy… sy akan terus jgak dengan parti yang ada.. cthnya BR (PKR PAS DAP) … yang memperjuangkan kesamaan antara kaum.. memang laa org akan cakap.. dorg ni pun sama jak.. mcm tu jugak… mcm org2 bn jugak… Memang bnda tu akan jadi jugak… tapi kan itu hanya kemungkinan yang akan berlaku…. (HANYA KEMUNGKINAN) 50% ya.. n 50% tidak….. n org2 kita ni ndak berani untuk cuba buat perubahan… Takut sangat dengan provokasi2.. lagi2 media dikawal oleh kerajaan BN….

    jadi 2 masaalah disini… 1. Majoriti pemipin sabah Teruk (x semua.. ada yang Ok..) 2. Orang sabah sendiri perlu berubah

    Selepas 2 benda ni ok… InsyaAllah kita boleh mengawal SABAH kita sendiri… berkonsepkan KEBAJIKAN untuk rakyat sabah… tanpa mengira kaum n agama.. InsyaAllah….. OKlaa.. apa2pun… Feel Free to visiT my Blog.. al-basayuv.blogspot.com

  13. kontakante says:

    molbat otak ko kecil dan sempit agaknya

  14. mimang banyak rasuah di sabah..apalagi UMNO sabah,berabut2 projek..CM pula ada share di SMC, bila QEH request MRI Scan tiamo approve, supaya urg kg terpaksa jual tanah pigi scan sana MRI SMC…pintar2…5juta ja bah tu nda kan Govt Sabah nda mampu..CM macam nda mau org2 sabah sihat..yag dia pigi bili MRI Scan EX-smc, rusak pula tu…nda picaya pigi tinguk SMC lama sikarang, Hospital Likas, mcm keranda kana simpan sana…Kalo CM-Ketua UMNo Sabah sudah rasuah,penting diri sendiri…mcm kata pepatah bah…CIGU KANCING BEDIRI,ANAK MURID KANCING BELARI2…UMNO semenanjung suka camtu tu.,….kita kana kasi palui2…bila CM mo lawan, leher dia sudah kana ‘pigang’ BPR….kalo lawan tangkap rasuah…terpaksa diam2…sidap suruh budu kan…kanina bah CM kita ni…ham ka can..tiu nia sing…marah ni…

  15. saya cadang,kita urg2 sabah,young generation kasi tinggi IT knowledge kita, buat BLOG Website sendiri…lebih effective be kempen…kalo terang2 silap2 yag karaja govement kana guring sutung…pikir juga anak bini, gundik dan minyak kereta….mimang lah nda gentlmen…tapi sekurang2 tekeluar juga marah kita, yg penting jangan tandang tu komputer waktu menaip blog…itu budu palui juga tu…..KITA MAU OUR FELLOW MALAYSIAN RESPECT US…NEVER EVER THREAT US 2ND CLASS….

  16. Lucky Boyd says:

    Renungan buat ladymariah dari luckyboyd,

    Semua insan merasa dirinya tak pernah bersalah. Ayat ‘Tiada bumi yang tak di timpa hujan’ atau lebih kurang ‘aku tau aku tersalah’, hanyalah penyedap rasa selepas tersilap langkah.

    apa yang saya dapat rasakan dan faham tentang orang2 Politik zaman ini, adalah berjuang untuk mengajar kekayaan. Termasuk kiranya kamu sendiri. Kutuk mengutuk, caci mencaci, maki-memaki….. penyokong pula adalah pengampu, tukang jeck…. agar dapat tempias kalau parti yang diwakili menang. Tahniah kerana bukan ramai sangat yang berbakat seperti ladymariah.

    Saya berasal dari kg. Batu 10 Lout, Pitas.Sabah dan belajar di University College Sedaya International (UCSI) Kuala Lumpur. Saya amat serius dalam memerhati politik semasa di kawasan kita Pitas. Tapi saya tidak mahu turut berkempen untuk mengutuk orang lain.

    Masrani Parman dah kaya…. hasil politik dia, silapnya dia tak berjaya keluarkan daerah Pitas dari Gelaran Daerah termiskin di Malaysia. Sekarang dia telah cadangkan saudaranya yang bernama Bolkiah Ismail. Tahniah dia menang, tahniah juga buat Paul Tom Imbayan yang kalah. Tak perlu mereka di hukum, tapi mari kita sama2 minta agar semua jalanraya di Pitas di Aspal (Turap) dan buat bekalan air paip keseluruh kampung di Pitas. Mari kita minta En. Bolkiah Ismail agar menghayati kemiskinan kita di Pitas, suruh dia melawat semua kampung dan bermalam di kampung2 di wakilinya. Minum dan makan bersama orang kampung. Tak perlu bagi dia makan sedap2. Bagi dia makan jagung campur ubikayu dan minum air perigi atau air hujan yang di tadah.

    Saya tak melihat perjuangan politik PKR, PAS, UMNO, atau seangkatannya dari sudut negatif, mereka semua kelihatan berjiwa Positif…. tapi kitalah yang mentakrif mereka.
    ladymariah buat assignment dan hantar kepada ketua menteri agar susun kerja2 ADUN, semua mereka buat kerja!!!!

    Ladymariah dah ada kerja untuk parti, jadi lebih ketara kalau ladymariah yang menulis artikel itu.

    Politik itu Sejarah, cinta itu saling menghormati.

    dboyd4044@gmail.com

  17. choki2 says:

    wahai orang2 negeri kelahiranku….kita jangan salahkan orang 100%. kita tengok dulu diri kita ni perfect atau tidak. bukan apa, sebenarnya masalah tanah tu berlaku sejak tahun 70an lagi kan… kenapa menuding jari pada BN seratus peratus. bukan kah pada masa itu juga ada parti-parti lain yang memerintah, contohnya PBS… tapi, apa tindakan diorang?????? FIKIRLAH…… kalau nak salahkan pun, salahkan kepada pemerintah sesuatu kawasan tersebut. kerana semua masalah-msalah ini adalah tanggungjawab mereka. apa guna mereka dilantik sebagai wakil rakyat kalau mereka tak buat kerja, tak menyuarakan ketidakpuashatian penduduk di peringkat yang lebih tinggi, tak berani menentang pentadbiran yang lemah dan hanya ikut sahaja telunjuk atasan kalau apa yang diarah itu adalah salah.

    kita semua tahu, negara adalah negara deokrasi, bebas bersuara, bebas berpendapat. jadi buat apa risau tentang pemerintahan….. kawan-kawan senegeriku…. buang sikap non-aktif untuk bersuara. apa yang kamu rasa tak puas hati, suarakan…. tapi bukan dengan cara mengutuk… tak gentle langsung….

    kita kena akur dengan kemenangan yang telah tercapai… jadi bagi lah peluang kepada muka2 baru yang telah menang. manalah tau mereka dapat buktikan kepimpinannya… kalau dia memang tak layak, suarakan….. mengapa, apa, dia tak layak….. faham kan….

    kepada pemerintah dan wakil-wakil rakyat yang telah menang, tolong jangan jadi pasif sebab nasib rakyat di kawasan anda adalah di tangan anda…. anda kena selalu memantau dan turun padang meninjau kawasan anda dan jangan hanya makan gaji buta sahaja. fikirkan nasib rakyat yang berada di tangan anda…… anda dipilih oleh rakyat keana rakyat tahu anda berkemampuan. jadi buktikan kemampuan anda….

    kepada pembangkang, jangan putus asa… peluang masih ada… kekalahan bukan penghalang…. kalau anda rasa anda betul, bukan hanya dengan katak-kata tetapi buktikan….. kalau rasa tak puas hati.. suarakan saja, sebab anda tidak akan dipinggirkan… kalau anda dipinggirkan, itu memang salah pihak pemerintah. ana ada hak sebagai rakyat…. INGAT ITU………….

    wahai anak-anak senegeriku……..INGAT JANGAN KALAH…. JANGAN HANYA TUNDUK.,… INGAT JADILAH RAKYAT YANG AKTIF….. JANGAN TAKUT DENGAN STATUS ANDA KERANA ANDA HAK BERSUARA SEBAGAI SEORANG RAKYAT……

    I LOVE SABAH…. Jaga lah SABAH. kerana SABAH adalah hak kita… negeri kita….

  18. bayumurni says:

    molbat emperes,kenapa kau sudah termakan taikk ka,,??? bodoh punya manusia,!!!!

    • tanakwagu sabah says:

      molbat emperes….ko org mana?..jgn pntingkan diri sndri,pndg jauh ke hadapan…ingat anak cucu ko akn dtg,adakah mrka akn nikmati sprti apa y ko nikmati skg ini,ko bnyak harta ka mau kc waris sama anak cucu ko???…fikirkan..tanamkan sikit rasa cinta akan ngri sndri…jgn jdi mcm pmimpin ngri sabah skg…….

Leave a comment