Himpunan ‘123 Bangkit’, Sabah

Himpunan '123 Bangkit' berarak ke Wisma Innoprose, Likas menuntut hak tanah adat yang telah diceroboh.

Tanggal 12 March 2012, hari Isnin merupakan hari yang sangat bersejarah apabila sekumpulan 300 orang (anggaran) berkumpul di Anjung Selera, Likas mengadakan perarakan aman ke pejabat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Wisma Innoprise menuntut pembelaan dari kerajaan negeri ke atas tanah adat yang diceroboh.

Perarakan yang dipanggil ‘123 Bangkit’ merupakan anjuran NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH).

Dengan semua masalah tanah yang berlaku di Sabah, aku rasa perhimpunan ini sangat penting untuk menunjukkan rakyat mahukan pembelaan sewajarnya tanpa ditendang ke sana ke mari oleh pihak yang bertanggungjawab.

Sidang Akhbar '123 Bangkit' di hadapan Innoprise Likas

Persoalan yang paling nyata ialah kenapa ketua menteri boleh menangguhkan permohonan tanah orang kampung yang sememangnya penduduk asal di situ, sedangkan permohonan beribu-ribu ekar oleh syarikat dari luar untuk membangunkan tempat tersebut tidak sampai pun 5 tahun sudah lulus.

Paling menyakitkan hati apabila ada penduduk kampung yang dihalau dari rumah mereka kerana kononnya tanah itu milik syarikat yang ingin membangunkan kawasan tersebut. Malah, ada juga tanaman mereka yang disuntik dengan racun supaya mati dan orang kampung akan meninggalkan kampung tersebut.

Polis khas bertugas untuk perhimpunan '123 Bangkit'

Berbalik kepada himpunan ‘123 Bangkit’ kemarin, asalnya TABAH mahu menyerahkan memorandum kepada ketua menteri tetapi ternyata Musa tidak mempunyai keberanian untuk berhadapan dengan orang kampung yang telah menjadi mangsa ini. Hanya wakilnya sahaja yang menerima memorandum dari perhimpunan tersebut.

Timbul juga pertanyaan adakah begini pemimpin yang kita mahu di Sabah? Adakah ruang kemaafan untuk dia?

Kalau menurut laporan setiausaha TABAH Lahirul Latigu, isu tanah di negeri seolah-olah tiada penghujung. Setakat ini terlalu banyak yang dibicarakan di mahkamah, siapa yang berminat boleh  datang 15 March ke mahkamah KK, ada satu kes lagi. Menurut Lahirul juga Sabah mencacat aduan tertinggi berkenaan pencerobohan tanah adat oleh syarikat luar iaitu sebanyak 977 kes.

Sedih aku tengok cara layanan dari pejabat ketua menteri yang seperti tidak layan orang-orang kampung datang ke pejabat mereka, dibuat seperti anjing, disuruh menunggu di bawah pokok berdekatan Wisma Innoprise sedangkan semua pegawai diorang tu pun makan gaji hasil dari cukai yang dibayar rakyat. Diorang tidak malu ka tu ah?

Banner-banner yang tertulis ‘kembalikan tahan rakyat’, ‘tanah itu kami punya’ ‘jangan musnahkan periuk nasi kami, jangan biarkan kami mengemis di bumi peladang sendiri’ adalah luahan mereka tapi tidak diambil peduli.

Part yang paling bikin geram apabila sekitar petang kemarin semua akhbar di Sabah menerima panggilan dari pejabat Ketua Menteri (sumber dirahsiakan) supaya story pasal ‘123 Bangkit’ tidak dilaporkan di media cetak dan elektronik.

Itulah sebabnya aku letak status dalam Facebook ‘esok aku mau tengok paper mana yang bijik dia besar’. Geram betul bah bila story sudah submit tiba-tiba ada orang cakap jangan buat story tu. Astagaaaaa…. bikin gorigitan oooo!

Tambah la gorigitan bila hari ni buka paper, cuma newspaper berbahasa Cina yang carry story tu, dan The Star pun carry walaupun sedikit.

Aku yakin, paper local tidak berani mau carry story tu sebab takut dengan akta cetak, sebab kalau arahan sudah keluar begitu maknanya amaran sudah la tu. Silap-silap kalau berdegil untuk publish, lesen printing kena tarik balik. Di mana la kami mau cari makan kan?

Aduh, sampai begitu bah hinanya media di Malaysia ni yang senang-senang saja kena ugut. Terpulanglah kepada pembaca untuk menggelar kami penakut atau pengecut ataupun tiada ‘bijik’ tapi aku faham, boss pun mau jaga periuk nasi beratus-ratus staff dia. Syukurlah juga aku dapat share di dalam blog ni kan?

Next time kalau ada ‘123 Bangkit’ lagi jangan lupa untuk beri sokongan!

3 Responses to Himpunan ‘123 Bangkit’, Sabah

  1. Aleeya Anis says:

    Selagi BN dan pucuk pimpinan diterajui pemimpin yang sekarang ini tidak diganti.. selagi itulah kemalut penganiyaan rakyat semakin berleluasa dan sering berlaku..

  2. Poah says:

    baru ak taw owh..thnx ya..pasal info ne..bkin geram jg..hurm..

  3. anak sbah says:

    sya setuju sngt dgn aleeya & poah

Leave a comment