Pilihanraya Sarawak vs Sabah

April 26, 2011

Keputusan pilihanraya negeri Sarawak menunjukkan Barisan Nasional perlu memikirkan semula sama ada untuk mempercepatkan Pilihanraya Umum 13 ataupun berdepan dengan lebih banyak kekalahan, terutama di negeri Sabah, iaitu ‘fixed deposit’ mereka.

Aku bukanlah penganalisis pakar tapi melalui pemerhatian kemenangan BN yang hanya dapat menawan 55 kerusi (daripada 71 kerusi), peratus pengundian juga telah drop habis dari 63 peratus kepada 55 peratus berbanding pilihanraya lepas.

Agak selamat mengatakan rakyar sudah mula beralih untuk mengundi pembangkang walaupun banyak isu yang telah dikeluarkan untuk menyerang peribadi ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terutama berkenaan video seks yang tidak diketahui kebenarannya dan juga Raja Petra yang keluar dari tapak persembunyian dan tiba-tiba meracau tak tentu pasal.

Melihat kepada pattern pengundi kaum Cina pula, majoriti undi mereka diberikan kepada DAP. Nampaknya DAP akan bertahan lama di Sarawak setelah mereka mengambil langkah bijak mengetengahkan calon-calon baru yang masih muda. Ya la, kebanyakan calon BN di Sarawak dah tua bangka, kalau diorang dah ‘pergi’ nanti belum tentu ada pengganti yang boleh ‘memberikan’ yang terbaik kepada mereka. Sedangkan calon DAP masih muda dan akan bertahan untuk jangkamasa yang panjang.

Kalau melihat dari sudut geografi pula, DAP telah meletakkan calon mereka di kawasan bandar dan mereka memenangi 13 kerusi dari 19 kerusi yang dipertandingkan. So, makin banyak rakyat kepada teknologi dan alternatif media, maka mereka akan lebih faham dengan situasi negara ini. SYABAS UNTUK DAP!

Walau bagaimanapun, PKR juga harus diberikan kredit kerana memenangi 3 kerusi di kawasan Dayak. Kemenangan PKR ini walaupun jumlahnya agak sedikit tapi ia bakal membuka lembaran baru kepada negeri jiran yang kita duduki ini.

Bagi kita di Sabah, terdapat banyak isu yang rakyat tidak pernah berpuas hati. Isu besar tidak pernah diambil serius terutamanya isu PENDATANG HARAM yang menjadi pengundi hantu di negeri ini. Bukti sudah banyak dikeluarkan, tapi ia dinafikan oleh menteri-menteri di federal.

Kalau melihat kepada YB kita di Sabah ni, aduh… tidak la mahu cakap banyak. Bikan tambah dosa sahaja. Kalau kamu mahu tahu perangai dan bertapa biadapnya beberapa wakil-wakil rakyat BN, toloooooonglah datang ke Dewan Undangan Negeri setiap kali bersidang. Silap-silap kamu boleh TERKEJUT BESAR dan tertanya-tanya di mana hilangnya KEBIJAKSANAAN MEREKA!

Selain daripada itu, UMNO yang terlebih kerusi di Sabah juga menyebabkan beberapa parti komponen tidak berpuas hati.

Aku rasa, isu di Sabah lebih berat daripada di Sarawak dan rakyat makn faham di mana kedudukan mereka.

Untuk menukar kerajaan negeri Sabah bagi Pilihanraya Umum 13 nanti mungkin agak sukar tapi kita tidak tahu rencana Allah bagaimana. Apa yang pasti, undi di Sarawak akan berjangkit lebih dasyat di Sabah.

Pandapat kamurang macamana? Buli la kita kongsi 🙂


Pilihanraya ke-13 dan Raja Petra

April 15, 2011

Sekarang ni kita tengah merasa bahang pilihanraya Negeri Sarawak. Sakit, pahit, gundah-gulana, seronok, penat, kek lapis, bendera parti, peti undi, hospital, Raja Petra, video seks, Altantuya, rasuah dan bermacam-macam lagi isu keluar dengan kata-kata besar dan yakin kita dapat dengar dari TV ataupun youtube, or even online news.

Secara jujurnya, terasa jijik bah aku tengok politicians kita yang tidak habis-habis menyerang antara satu sama lain, sehinggakan banyak ‘drama’ yang terjadi.

Baru sahaja beberapa hari ini, Raja Petra Raja Kamarudina (Ketua Editor Malaysia Today)  yang sebelum ini menjadi buruan kerajaan Malaysia telah tampil ke hadapan dan membuat kenyataan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang) tidak lagi releven untuk menjadi ahli politik negara. Kamurang tidak rasa dia ni terpaksa ka kena suruh cakap begitu?

Bagi PM Malaysia pula, ‘pendedahan’ Raja Petra ini adalah satu kelebihan baginya kerana dia telah dibersihkan daripada kes pembunuhan Altantuya dari Mongolia pada beberapa tahun lalu.

Masih ingat ka kes beberapa bulan lalu anak Raja Petra, Raja Azman Raja Petra dipenjarakan kerana mencuri, dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur? Sebagai ibu-bapa yang langsung tidak dapat datang melawat anak kerana menjadi buruan polis, sanggupkah anda melihat anak anda membuat tindakan sedemikian?

Foto dari The Borneo Post

Raja Petra sendiri dalam blognya menulis Raja Azman mengambil tindakan drastik itu memandangkan dia tidak lagi dapat manahan siksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara. Kini, aku percaya Raja Petra perlu selamatkan anaknya daripada siksaan yang dasyat ini. Mohon doakan keadilan akan menang di hadapan. Semoga kita sudah cukup matang untuk melihat landskap politik negara ke arah yang lebih luas dan terbuka.

Aduh, ngilu bah daging aku bila ingat sampai ke sini perjalanan politik negara kita. Tiap kali pilihanraya datang, terlalu banyak keburukan dan kemungkaran yang kita lihat. Sampai mau tulis dalam blog pun geli sudah bah.

Apa yang pasti, politik Malaysia akan lebih menarik terutama makin ramai anak muda yang berfikiran logik!

Selepas pilihanraya Sarawak, ramai orang membuat spekulasi kalau BN menang maka pilihanraya umum ke-13 akan berlaku dalam tahun ni juga. Ada juga sumber yang aku terbaca mengatakan bahawa surat sudah diedarkan ke sekolah-sekolah untuk mempercepatkan peperiksaan kerana untuk persediaan pilihanraya.

So sama ada statement Raja Petra akan laku ataupun basi seperti kes Ezam, kita tunggu dan lihat. Jangan pandang rendah pada kuasa rakyat 😉

Nampaknya, kalau pilihanraya umum jatuh pada bulan Julai, maka cuti aku ke luar negara terpaksa dibatalkan. Hmmm… mudah-mudahan election after July.

My dear Sarawakians, good luck with ur votes!

Jikalau takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan

– Anwar Ibrahim

Read the rest of this entry »