Melinda Louis, Unduk Ngadau 2012

Melinda Louis (tengah) bersama Fenny Doimis (kiri) dan Meryl Foster Paladius (kanan) selepas dimahkotakan sebagai pemenang Unduk Ngadau 2012 di Hongkod Koisaan pada 21 Mei 2012 (Khamis)

Terjawab sudah teka-teki Unduk Ngadau selama beberapa hari ini, apabila Melinda Louis dari Telupid dimahkotakan sebagai Huminodun yang baru.

Seperti juga Unduk Ngadau sebelum ini, Melinda bakal menjadi wajah rasmi KDCA untuk mempromosikan Sabah dan kebudayaan negeri ini selama setahun.

Upacara memahkotakan Unduk Ngadau 2012 kepada Melinda Louis, oleh isteri TYT, Toh Puan Norlidah RM Jasni -Kredit foto untuk James Tseu, See Hua Daily News

Memandangkan aku berada di dalam dewan Hongkod Koisaan sepanjang pertandingan, maka dengan sukarela aku membuat update secara langsung melalui akaun Twitter @mariahdoksil berkongsi dengan mereka yang tidak dapat hadir, apa yang berlaku sepanjang majlis.

Pusingan pertama bermula sekitar 1pm, dimana kesemua 41 orang peserta ditampilkan di atas pentas, sambil tayangan multimedia dimainkan untuk memperkenalkan kesemua 41 finalists.

Selesai persembahan perkenalan melalui skrin, seorang demi seorang peserta menuruni pentas dan memperagakan pakaian tradisi sambil menghampiri pihak juri untuk memperlihatkan pakaian serta dandanan dan solekan secara dekat.

Kedudukan aku di belakang juri memberikan pandangan yang jelas bagaimana mereka berjalan, senyum dan membawa diri.

Selepas itu, seramai 15 peserta diumumkan. Kota Marudu, Ranau, Likas, Banggi, Inanam, Tuaran, Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Penampang, Kuala Penyu, Pagalungan, Telupid, Tambunan, Kota Belud dan Beaufort dipanggil untuk meneruskan pusingan ke dua.

Manakala, setelah ditimbang-timbang, dinilai-nilai oleh juri professional, cuma 7 orang dipilih untuk mara ke pusingan ke tiga. Sebelum ketujuh-tujuh peserta meneruskan pusingan soal jawab, mereka bersumazau di atas pentas bersama dengan VIP yang hadir. Kalau menurut diriku sendiri, aku nampak di mana kepentingan menari Sumazau sebagai salah satu medium untuk menilai Unduk Ngadau.

Apabila mereka berada di atas pentas, penonton dapat melihat dengan jelas bagaimana mereka membawa diri mereka dan bergerak dengan sopan. Ada yang menari sambil tunduk tanpa memandang pasangan, ada yang asyik bercakap tanpa peduli langkah, ada yang menari dengan pergerakan yang sempurna dan ada juga yang menari seperti suka-suka dan tidak yakin dengan diri mereka.

Walau apapun, selagi acara belum tamat, pandangan pihak juri tertumpu kepada kesemua finalists. Dan mereka akan menilai setiap inci pergerakan sebelum diberikan gelaran Huminodun.

Top 7 Unduk Ngadau 2012

Di pusingan ke terakhir itu, ketujuh-tujuh peserta dari Tuaran, Kota Kinabalu, Tanjung Aru, Penampang, Telupid, Tambunan dan Kota Belud diuji menjawab dua soalan dengan menuturkan jawapan dalam bahasa ibunda (soalan pertama) dan Bahasa Melayu (soalan ke dua).

Soalan ke pertama berdasarkan visual yang dipaparkan di atas skrin, di mana peserta perlu menerangkan apa yang mereka lihat dalam gambar tersebut, tetapi perlu dituturkan dalam bahasa ibunda. Manakala, soalan ke dua adalah topik yang dicabut sendiri oleh peserta.

Top 7 yang pertama dari Tuaran, mendapat gambar visual orang menanam padi dan dia agak gugup bertutur dalam bahasa Dusun, manakala soalan ke dua dalam Bahasa Malaysia, saya sangat terkejut kerana dia bercakap seperti ada ‘slang’ orang putih. Saya kurang kurang pasti kalau dia memang tidak fasih berbahasa Melayu atau memang caranya bertutur memang begitu. Overall, boleh tahan!

Top 7 ke dua dari Kota Kinabalu, dia menerangkan gambar orang yang meniup api dapur kayu. Saya kagum dengan peserta Kota Kinabalu kerana bukan sahaja fasih berbahasa Dusun tetapi siap menerangkan apakah yang dimasak di dapur kayu tersebut. Apa yang saya dapat tangkap, dia sempat menyambung ayatnya ‘mongoguring do manuk’, maknanya orang tu menggoreng ayam ketika membuat penerangan. Sangat kreatif dan terserlah kefasihannya bertutur dalam bahasa Dusun. Dia mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Topik ke dua, dia menerangkan konsep masyarakat penyayang sebagai satu elemen penting dalam melahirkan masyarakat yang saling hormat menghormati, tolong menolong dan berfikiran positif. Overall, sangat bijak untuk gadis berumur 18 tahun.

Manakala, Top 7 dari Tanjung Aru, mendapat imej tudung saji sebagai kraftangan, dan saya kagum kepetahannya bertutur dalam bahada Kadazan. Penerangan topik masyarakat penyayang pada soalan ke dua juga sangat bertepatan dengan soalan yang diberikan. Overall, peserta yang berpotensi!

Manakala, peserta dari Penampang juga sangan fasih berbahasa Kadazan, kerana gadis cantik tersebut berjaya menerangkan imej aktiviti menanam padi dengan jelas dan lancar. Manakala, pemuliharaan bahasa ibunda adalah topik yang sangat mudah baginya. Overall, dia layak berada di Top 7.

Finalist dari Penampang antara tumpuan pada acara akhir Unduk Ngadau 2012 -Kredit foto untuk James tseu, See Hua Daily News

Top 7 dari Telupid, agak tersasul ketika menerangkan visual kerbau membajak sawah, dan mengulangi jawapannya dua kali kerana tersalah sebut. Mungkin kurang biasa berbahasa Dusun, kerana dia meminta maaf dengan berkata ‘sorry’. Overall, sangat bijak dan cantik. Dia juga menggalakkan generasi muda untuk memulihara warisan bangsa seawal usia muda untuk mendedahkan warisan dan budaya kepada generasi akan datang.

Bagi peserta Top 7 dari Tambunan pula, saya sangat kagum dengan kebolehannya bertutur dengan fasih dalam bahasa Dusun. Dia menerangkan dengan sempurna visual memancing untuk soalan pertama. Manakala, soalan ke dua, dia menegaskan masyarakat penyayang adalah mereka yang peka terhadap orang sekeliling dan boleh menerima orang-orang kurang upaya untuk hidup bersama dengan orang yang normal. Overall, pakej lengkap sebagai seorang ratu.

Top 7 terakhir dari Kota Belud, aku rasa dia tersalah nampak imej yang dipaparkan kerana gambar tersebut menunjukkan dua orang wanita sedang menumbuk padi tapi katanya ‘seorang’ wanita menumbuk padi. Namun, soalan ke dua dapat dijawab dengan sempurna, dan dia menasihatkan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bertutur dalam bahasa ibunda. Overall, dia memberikan saingan sengit.

Debaran pengumuman Unduk Ngadau 2012

Setelah sesi soal jawab selesai, juri dengan sebulat suara menobatkan peserta dari Telupid sebagai Unguk Ngadau Kaamatan 2012. Secara peribadi, aku berpuas hati dengan keputusan ini dan kesemua peserta yang mendapat tempat di Top 7 adalah layak untuk menjadi pemenang. Anyone of them could be a winner yesterday, cuma Melinda mendapat markah yang lebih tinggi kerana mempunyai kelebihan di hati juri. Saya menentang keras sebarang tuduhan bias dan berat sebelah kerana Melinda sangat cantik.

Unduk Ngadau 2011, Bo Tiza mengambil gambar kenang-kenangan bersama Top 7 Unduk Ngadau 2012.

KEPUTUSAN RASMI UNDUK NGADAU 2012

Melinda Louis, lambaian seorang ratu –Kredit foto untuk James Tseu, See Hua Daily News

Johan: Melinda Louis (Telupid)
Hadiah: Wang Tunai RM5,000 dari Guinnes Anchor Marketing, Pewter Trophy With Gold Trimming bernilai RM1,600 ditaja olehΒ  Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Biasiawa Diploma dari Asian Tourism International College bernilai RM25,000, Mahkota dan Barang Kemas bernilai RM8,300 dari Diamoney Jewellery Holdings, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun, Gold Edition Hotel Voucher, Hamper, Produk Kecantikan dari Innershine, Produk Kecantikan dari Victoria Jackson, Selendang Kemenangan and Sejambak Bunga dari penganjur.
JUMLAH KESELURUHAN: RM 68,800

Naib Johan: Fenny Doimis (Kota Kinabalu)
Hadiah: Wang Tunai RM4,000 dari Guinnes Anchor Marketing, Pewter Trophy bernilai RM1,400 ditaja olehΒ  Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili, Barang Kemas bernilai RM5,300 dari Diamoney Jewellery Holdings, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun, Hamper, Produk Kecantikan dari Innershine dan Sejambak Bunga dari penganjur.
JUMLAH KESELURUHAN: RM 13,450

Tempat ke tiga: Meryl Foster Paladius (Tambunan)
Hadiah: Wang Tunai RM3,000 dari Guinnes Anchor Marketing, Pewter Trophy bernilai RM1,200 ditaja olehΒ  Datuk Yee Moh Chai, Barang Kemas bernilai RM3,000 dari Diamoney Jewellery Holdings, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun, Hamper, Produk Kecantikan dari Innershine dan Sejambak Bunga dari penganjur.
JUMLAH KESELURUHAN: RM 9,650

Tempat ke empat: Vanessa Samantha Manih (Tanjung Aru)
Tempat ke lima: Samantha Sharon C.E. Laujang (Penampang)
Tempat ke enam: Milviana Madrigal (Kota Belud)
Tempat ke tujuh: Raemma Justim (Tuaran)
HADIAH: Masing-masing membawa pulang wang tunai RM700 dari Guinnes Anchor Marketing, Pewter Trophy bernilai RM700, barang kemas bernilai RM1,100 dari Diamoney Jewellery Holdings, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun, produk kecantikan dari Innershine dan sejambak bunga dari penganjur.
JUMLAH KESELURUHAN: RM 4,000

Miss Popular DiGi: Juslinah Dian Rangga (Tawau )
Hadiah: Mahkota dan Selendang bernilai RM290, Samsung Smartphone bersama langganan internet percuma selama setahun dan Sejambak Bunga yang ditaja oleh DiGi Telecommunication Sdn. Bhd.
JUMLAH KESELURUHAN: RM2,940

P/S: Sekian dulu update untuk Unduk Ngadau 2012, semoga pembaca blog ini mendapat maklumat yang berguna dan sama-samalah kita mengekalkan tradisi menyambut Pesta Kaamatan dengan suasana muhibah dan perasaan persaudaraan.

My report in The Borneo Post:

Melinda first Unduk Ngadau Winner from Telupid

ENTRI SEBELUM INI:

Keputusan Sodop Unduk Ngadau 2012

Senarai Finalists Unduk Ngadau 2012

19 Responses to Melinda Louis, Unduk Ngadau 2012

  1. […] MELINDA LOUIS, UNDUK NGADAU 2012 Like this:LikeOne blogger likes this […]

  2. […] Melinda Louis, Unduk Ngadau 2012 « Kopivosian… says: May 31, 2012 at 4:11 pm […]

  3. Bulla says:

    congratz melinda

  4. drkdude says:

    nice post lady mariah.

    tahun ini ada sedikit kelainan dari tahun lepas dengan penambahan soalan visual tu dan menjawab dlm bahasa ibunda.

    pendapat kau gia, sapa paling ngam jadi juara ini tahun? atau itu penonton, juri dan semua yang ada dlm hongkod sebulat suara memilih Melinda Louis?

    mcm last year tu agak kontroversi sikit keputusannya hehehe..saya nda dapat pigi hongkod this year mo tinguk.

    • ladymariah says:

      pendapat saya, melinda layak untuk menjuarai unduk ngadau kali ini. tapi kalau mengikut sorakan daripada penontotn, un kota kinabalu dan penampang lebih kuat dan bingit, terutama dalam round yang terakhir iaitu Q and A.

      imbas kembali keputusan tahun lepas, org cakap pengadilan berat sebelah kerana bo tiza tersekat-sekat ketika menjawab tetapi dia tetap memberikan jawapan yg betul. tapi kenapa bo tiza boleh menang? kerana dia score markah tinggi dalam kategori lain, ie. cara berjalan, solekan. dandanan, kecantikan semulajadi…

      begitu juga tahun ni, melinda juga tersekat2 ketika menjawab soalan pertama dalam bahasa ibunda (soalan berpandukan visual). namun, itu bukan bermakna dia tidak layak untuk menang kerana dia score tinggi dalam kategori yg lain. lagipun, melinda sangat cantik dan sangat lemah lembut.

      kalau kita lihat unduk ngadau sebelum ini pun, bo tiza, crystel eve huminodun, appey rowenna… semuanya mempunyai cara bertutur yg sangat menawan kerana lemah lembut dan begitu sopan ketika membawa diri.

      jadi, saya tidak rasa ada unsur bias dalam pertandingan unduk ngadau kerana juri yang dilantik adalah professional, di mana kebanyakan mereka berpangkat dokor, professor ect. dan sudah banyak kali mengadili beauty pageant.

      so to me, siapapun yg menang, kalau ada org buat kenyataan media sebab tidak puas hati, itu tetap menjadi kontroversi.

      last year, pengerusi penganjur unduk ngadau dari telupid lah yg membuat kenyataan terbuka kerana dia kata pengadilan unduk ngadau berat sebelah… i just wondering kalau tahun ni (after his district menang) dia akan buat kenyataan tidak puas hati lagi.

      anyway, tahniah kepada melinda kerana menjadi huminodun untuk tempoh setahun lagi… anda memang layak untuk menang. ketika registration day pun saya sudah nampak potensi. πŸ™‚

  5. drkdude says:

    ohh..satu lagi..last year punya UN 2011 mcm two days event kan. seingat saya lah. sebab 31hb semua peserta naik pentas untuk sekejap dan top 15 saja yg akan berada di pentas pada hari tu. hari sebelum tu mcm dah ada saringan suda nda silap saya..jadi controversi juga hal ni last year hehehe.

    dari laporan ni, saya tengok UN 2012 mcm 1 day event saja, betul kan?

    • ladymariah says:

      ya, last year for the first time diorang buat 2 days tapi tahun ni diorang kembali kepada kebiasaan iaitu 31 mei sebagai penentuan segala-galanya. dan saya puas hati dengan keputusan πŸ™‚

  6. meimei says:

    Soalan2 berserta jawapan ringkas suda diberikan sehari atau 2 hari sebelum final. Jd, agak mustahil jika peserta2 x dpt MENG-hafal jawapan (yg tdk melebihi 200 patah pekataan selepas huraian sndri). Tapi apa yang sya kagum sekarang ni, ada suda menjawab soalan dlm bhsa ibunda! Tabik laa KDCA. Pandai galakan gadis2 muda ni utk bertutur bahasa ibunda (wlaupun ada segelintir yg mgkin hnya menghafal jawapan2 ja hihihi)

    • ladymariah says:

      sayapun setuju dan suka dengan ujian di pusingan akhir di mana unduk ngadau diberikan ujian bertutur dalam bahasa ibunda. ujian ini akan ‘memaksa’ unduk ngadau akan datang untuk pandai bertutur dan menjaga keunikan bahasa sendiri. good job, penganjur!

  7. chegu carol says:

    after the Q&A, which was brilliant I must say..i was hoping KK and penampang will be in the top 3. but like u said, UN telupid must have scored in other categories so she is entitled to the crown. overall, i also feel very satisfied with the result. all of them in top 7 deserved to be in top 7…they are all beautiful, just that only one winner to wear the crown.

    good post by the way. πŸ™‚

  8. Mesraalam says:

    Kpts unduk ngadau tahun ini mmg fair la bgi sa. All top 7 contestants ada kelebihan masing2. Biasalah adat dlm pertandingan ada yg menang dn ada yang kalah. Yang menang mungkin ada sedikit kelebihan dari yang lain. Tahniah pada juri2 yg telah mengadili dengan telus. Disini juga saya ingin mengemukakan sesuatu agar dpt kita bincang bersama. Apa pandangan anda apabila sesorg unduk e2 menang atas dasar ketinggian smata2? Sdngkn d 1 sudut yg lain amat ketara peserta lain lbh berpontesi cuma krng 2 -3 inci dri segi ktinggian tapi masih melpsi ktingin yg d klurkn oleh penganjur unduk state. Mslh nya slh sorg juri tsbt adalah lelaki diberi tugasan utk menilai persembahan (apa yg sa dfhmkn persembahan trsbt adalah catwalk peserta). Sa tfkr sjenak apakah juri lelaki tsbt boleh mengadili kategori tsbt sdngkn beliau lngsng x kmahiran d dlm bdng tsbut. Juri lelaki tsbt telah d mta untk mengadili unduk d daerah tsbt sejak bbrapa tahun yg lalu. Apa yg ketara sngt (ramai yg sedar) unduk d daerah tsbt d beri jolokan sbgai Unduk Keluarga. Bp klu psrta unduk ada kaitan dgn beliau msti menang. Bgi pndang anda bgmana menylsaikan maslah tsbt…

    • ladymariah says:

      pendapat peribadi saya, kalau berlaku situasi seperti yg disebutkan, adalah lebih baik kalau memberi teguran kepada pihak penganjur sebelum pertandingan bermula. cuma pendapat peribadi saya la, tidak tahu mcmana yg lain.

  9. rose aweena says:

    kalau tengok muka macam tiada yg telampau cantik UN ni tahun. tapi bila fikir beauty is universal……congrate to melinda w/pun muka dia biasa2 saja

    • deodefen says:

      hem…..sorry cik rose aweena…cermin diri sebelum mengata orang…pesta kaamatan adalah pesta yang suci…terima la keputusan yg sedia ada…klu berani pegi la bertanding tahun depan…belum tentu kau dterima…so sebelum mengata pikir2 la diri sndiri…

  10. Dazeree says:

    Melinda , well . Sa tida brapa suka kalau kao dpt tempat pertama baa nie . Soryy sbb ckp mcm tuh . Tapy lama’lama sa tinguk kao , makin cantik pula . Anyway , congrats . ;))

  11. ika says:

    melinda mcm biasa2 saja. Tapi all contestants UN 2012 tiada yg telampau cantik. so she deserves it….(afterall beauty is universal)… kecewa juga Ranau did’nt manage to go to the final, she is pretty & tall. Lagi frust Papar competed only for the 1st round. heran….she is so pretty.. anyway, congrate to all contestants & the winners….

Leave a comment